Tuesday, April 13, 2010

Diajar mengurut dalam mimpi

Saya ada satu cerita. Waktu petang semasa kenduri kahwin sepupu saya hari tu, selepas puas menggosok pinggan mangkuk berbesen-besen, akhirnya selesai kerja saya dan konco-konco di bahagian membasuh. Fuhh..penat. Nasib baik guna sabun cuci pinggan yang betul. Tak macam kenduri 2-3 tahun lepas, tuan rumah sediakan sabun serbuk basuh kain pula untuk basuh pinggan. Lepas kenduri, esoknya tapak tangan jadi macam menggelupas.

Petang tu semua dah mula berehat. Kebanyakan sepupu perempuan dan mak saudara berehat di dalam rumah Mak Long saya, di depan pelamin. Saya tengok macam ada topik yang dibualkan. Dari luar rumah saya lihat sepupu saya (kakak kepada pengantin) sedang mengurut bahu adik saya sambil berbual-bual. Wahh...sambil berehat, ada pula orang yang mengurut...memang syok. Yang lain  memerhati dengan penuh minat, tunggu giliran agaknya.

Saya tak turut serta berkumpul di situ. Hmm...perut terasa lapar...ambil nasi dan makan di meja pengantin. Selesai makan, saya masuk ke rumah arwah Mak Su (sebelah rumah Mak Long), mandi dan berkemas untuk pulang. Sementara menunggu masuk waktu Maghrib, saya membaca Mingguan Malaysia yang belum sempat dibaca sejak pagi. Lepas Maghrib saya dan adik-adik saya pun bertolak pulang. 

Dalam perjalanan balik ke KL baru adik saya cerita yang sepupu saya tu dah pandai mengurut sekarang. Rupanya dua minggu lepas dia bermimpi didatangi seorang tua. Di dalam mimpi tu, dia telah diajar cara mengurut. Orang tua itu berpesan supaya dia menolong orang yang sakit. Owh...patutlah semua berkumpul tengok dia mengurut. Saya sangat kagum. Bukan semua orang dapat keistimewaan macam tu. Adik saya cakap, sepupu saya tu tak rasa penat pun mengurut walaupun dah ramai orang yang diurutnya dalam satu-satu masa. Urutannya pula amat berkesan dan melegakan. Semoga ramai orang yang akan mendapat manfaat daripada kelebihannya itu.

7 comments:

yonna said...

wwahhh. jarang2 org dapat anugerah mcm tu kan? lagi2 dari mimpi :)

bagus lah. dia pun tolong orang kan? hee

Lan Bingka said...

yonna: betul2..nak2 yang dapat tu orang yang rapat dengan kita, memang tak sangka..:)

dia memang rajin tolong orang dari dulu, dan tak berkira dengan orang..

DiyanaDaniel said...

em..mommy penah dengar gak pasal kebolehan yang datang dari mimpi macam ni..x datang pd org sebarangan jugek..mungkin ada keturunanan nya dulu2 yg ada kebolehan sama. maksudnya secara turun temurun kepada pewarisnya. bertuah kan..

FarhanaDr said...

Ku slalu juge dengar cerita begini.. Involve soal batin. Huhu.. Kalau guna ke arah kebaikan baguslah.. Heehee.. :)

Lan Bingka said...

Diyana: oo..gitu eh

sepupu saya tu masih dapat mimpi tu dari semasa ke semasa, macam ada silibus la plak..

Farhana: InsyaAllah diguna ke arah kebaikan..

Nurul Harun said...

wahhh.. tak sangka kan? alhamdulillah kalau mcm tu..

Lan Bingka said...

Nurul: betul3...mana tau lepas ni awak