Thursday, April 29, 2010

Dicabul dalam bas

Satu hari, saya berdiri dalam bas yang hampir penuh. Bas berhenti di satu perhentian, beberapa orang penumpang lagi masuk. Makin penuh. Ah, jalan sesak pula. Lambat lagi la nak sampai. Kaki dah lenguh.

Sedang saya berdiri, tiba-tiba terasa ada sesuatu menyentuh punggung saya. Saya diam. Sentuhan itu berterusan. Keras rasanya. Saya diam. Tiba-tiba bas berhenti mengejut. Sentuhan itu terus menusuk tepat ke celahan (celahan apa ye?). Terjengket kaki saya, terkejut. Berani sungguh! Saya toleh ke belakang. Nyonya tua sedang memegang payung. Perlu ke pegang payung melintang macam tu? Kan lebih elok kalau dipegang menegak. Lantas saya beralih tempat...*@#^%. Nyonya tua buat tak tahu. (Mungkin dia senyum dalam hati)

Bingka: Kenangan naik bas Tong Fong

Tuesday, April 27, 2010

I'm really touched

 Bagaimana rasanya berjumpa teman lama? Teman yang dahulu paling rapat dengan kita...

Friday, April 23, 2010

Mesin penimbang yang rosak

Sedang tengok perlawanan bola. Adik saya baik punya tidur kat sebelah. "Tidur je kerja kau ni. Bangun la buat apa yang patut...kemas rumah ke, teman aku tengok bola ni ke." Eh, sekarang pukul 4.00 pagi. "Ye tak ye...teruskan tidur adikku, kamu bukan kaki bola pun." Tiba-tiba memori di sebuah kompleks menjelma. Tak boleh jadi ni, saya terus buat sit-up 100 kali. Adeh, sakit perut kejap. Ok, dah turun sikit..;p
Priitttt...sekali Frank Ribery kena kad merah daa..

Hmm...minggu lepas semasa rehat tengahari saya ke sebuah kompleks, teman kawan beli barang. Ternampak mesin penimbang analog yang kesunyian. Kawan saya nak belanja timbang. Saya pun pijak la benda tu, lagipun dah lama tak menimbang. Oops, naik la! Kali terakhir timbang 6* kg. Betul ke mesin ni, entah-entah rosak. Tiap-tiap minggu main futsal, takkan la naik. Ahh...penipu punya mesin. Kawan saya setuju (ye ke kau setuju). Kami terus berlalu. "Mesin dah rosak kasi simpan la...apa la diorang ni."

Di tingkat bawah nampak mesin penimbang digital. Kawan saya nak belanja lagi. Duit syiling dah terlebih agaknya. Beria-ria suruh saya naik. "Nampak sihat mesin ni". Saya pijak dengan yakin. Alamak...bacaannya sama dengan yang tadi. Kawan saya gelak. Mesin kat sini memang penipu Lan! hahahaha... 
Terimalah kenyataan berat awak tu dah naik..hehe

Bingka: kena ada satu kat rumah ni..

Monday, April 19, 2010

Tak Nak Potong

Potong...potong...potong. Ingat lagi iklan tu? Saya tak minat.

Saya nak cerita ni...
Ramai orang (blogger) suka potong (dalam entri), terutamanya yang muda-muda. Kesuntukan masa mungkin. Bangga pula tu. Owh...mungkin nampak cool gitu..
Contoh 'potong' begini: Sy x ske btul la ngan bdk2 yg ptg ni. Ntah ape2. Xleh ke nk eja btul2 pktaan tu.
Contoh 'bangga' begini: Ske ati ak la nk tulis cmne pun, ini blog ak. Xnk baca bleh tekan pgkah kt atas tu. Ade aq kesah.

Selagi boleh potong, geng potong pasti potong. Bagus. Teruskan.

Bingka: potong dalam komen takpe la kot..

Friday, April 16, 2010

Kasih Ibu

Semalam saya berehat di depan tv sambil menonton berita. Abah dan emak sedang makan malam di dapur. Rasa letih, malas nak turut serta. Habis berita, menonton 999 pula. Separuh jalan menonton, saya ke dapur. Tudung saji dah terlangkup di atas meja. Mereka dah selesai makan nampaknya.

Mak: Dah makan belum?
Saya: Belum, baru nak makan la ni
Mak: Nasi dah habis, tu ha...tengah masak lain
Saya: Ye ke, takpe la

Capai sebiji pisang, terus masuk ke bilik dan online. Sedang online tu, tiba-tiba adik cakap nak ke pasar malam. Baru teringat belum makan... "Wan, burger satu!"...."Ok". Saya sambung online semula. Mandi pun belum. Gasak la...nanti baru mandi

Beberapa minit kemudian, mak memanggil dari dapur. Nasi dah masak katanya. Saya menyahut, tapi rasa macam malas pula nak makan nasi, sebab dah pesan burger. Saya teruskan menghadap komputer. Seketika kemudian Wan balik...burger ada di meja makan katanya.

Saya pun ke dapur. Bestnya...dah lama tak makan burger. Saya makan burger...ngap...sedap. Baru nak ngap yang kedua, terpandang telur goreng dari celahan tudung saji. Erk, mak dah masakkan untuk saya. Saya singkap tudung saji...erk, mangkuk lauk yang tadi kering kini dah bertambah isinya. Memang dihidang untuk saya.

Beberapa detik kemudian... sedar-sedar saya sedang makan nasi di situ. Burger yang baru segigit dijamah dah berbungkus kembali. Tak sampai hati rasanya tak makan. Penat mak siapkan untuk saya.

Tak lama lepas tu, ada seseorang pulang dari kerja. Saya bertanya: "Dah makan?"... "Belum"... "Tu ada burger, makanlah".

Thursday, April 15, 2010

Kalau aku, ish..ish..

Mata ku terjaga. Meraba-raba mencari handphone, owh dah pukul 4.00 pagi. Ku lihat ada mesej daripada Cik B, dihantar pada pukul 11.00 malam. Hmm...di saat itu aku dah belayar jauh, sejak pukul 9.30 malam rasanya. Ku balas mesej Cik B, lantas bersila di atas tilam (lambat juga kamu balik kerja ya). Aku lihat sekeliling, adikku sedang tidur dengan kain pelikatnya. Ish..ish...kalau aku entah dah ke mana agaknya kain tu.

Ku lihat keadaan diriku, masih dengan T-shirt dan seluar kerja. Alamak, tak mandi rupanya. Masuk ke bilik air, sejurus kemudian keluar dan solat Isyak (patut la terjaga...dikejut suruh solat mungkin). Usai solat, aku teringat sesuatu...haa, pagi ni ada perlawanan bola. Terus ke ruang tamu dan menonton kegigihan manusia mengejar dan menyepak bola. Kesudahannya, dengan berbaki empat lagi perlawanan, harapan Arsenal untuk bergelar juara dah berkubur. Cuba lagi musim depan ya.. Lepas habis perlawanan, online sekejap. Kemudian bersiap dan terus pergi kerja.

Di kantin tempat kerja: 
Nescafe 'O' satu!...(biar segar mata tu)..

Bingka: Ish..ish..kalau dah nama kaki bola

Tuesday, April 13, 2010

Diajar mengurut dalam mimpi

Saya ada satu cerita. Waktu petang semasa kenduri kahwin sepupu saya hari tu, selepas puas menggosok pinggan mangkuk berbesen-besen, akhirnya selesai kerja saya dan konco-konco di bahagian membasuh. Fuhh..penat. Nasib baik guna sabun cuci pinggan yang betul. Tak macam kenduri 2-3 tahun lepas, tuan rumah sediakan sabun serbuk basuh kain pula untuk basuh pinggan. Lepas kenduri, esoknya tapak tangan jadi macam menggelupas.

Petang tu semua dah mula berehat. Kebanyakan sepupu perempuan dan mak saudara berehat di dalam rumah Mak Long saya, di depan pelamin. Saya tengok macam ada topik yang dibualkan. Dari luar rumah saya lihat sepupu saya (kakak kepada pengantin) sedang mengurut bahu adik saya sambil berbual-bual. Wahh...sambil berehat, ada pula orang yang mengurut...memang syok. Yang lain  memerhati dengan penuh minat, tunggu giliran agaknya.

Saya tak turut serta berkumpul di situ. Hmm...perut terasa lapar...ambil nasi dan makan di meja pengantin. Selesai makan, saya masuk ke rumah arwah Mak Su (sebelah rumah Mak Long), mandi dan berkemas untuk pulang. Sementara menunggu masuk waktu Maghrib, saya membaca Mingguan Malaysia yang belum sempat dibaca sejak pagi. Lepas Maghrib saya dan adik-adik saya pun bertolak pulang. 

Dalam perjalanan balik ke KL baru adik saya cerita yang sepupu saya tu dah pandai mengurut sekarang. Rupanya dua minggu lepas dia bermimpi didatangi seorang tua. Di dalam mimpi tu, dia telah diajar cara mengurut. Orang tua itu berpesan supaya dia menolong orang yang sakit. Owh...patutlah semua berkumpul tengok dia mengurut. Saya sangat kagum. Bukan semua orang dapat keistimewaan macam tu. Adik saya cakap, sepupu saya tu tak rasa penat pun mengurut walaupun dah ramai orang yang diurutnya dalam satu-satu masa. Urutannya pula amat berkesan dan melegakan. Semoga ramai orang yang akan mendapat manfaat daripada kelebihannya itu.

Monday, April 5, 2010

Rewang kenduri kahwin

Hujung minggu lepas saya balik ke kampung di Batu Pahat untuk meraikan perkahwinan sepupu saya. Seperti biasa kalau ada kenduri di kampung, mesti la kena rewang. Takkan nak datang makan je. Yang kahwin bukan orang lain pun, sepupu sendiri, memang kena turun padang la.

  Pelamin yang sangat cantik

Ada yang tak tahu rewang tu apa? 'Rewang' tu bermaksud gotong-royong majlis kenduri. Tak kisahlah kenduri apa pun. Asal ada kenduri, ada lah rewang. Berlainan dengan orang di bandar. Kebanyakannya guna katering sekarang. Antara sebabnya adalah masa dan ruang yang terhad. Tenaga kerja pun kurang. Seronok buat kerja-kerja rewang ni. Di samping dapat berkumpul dengan saudara-mara dan melakukan kerja bersama-sama, dapat juga berbual dan bergurau senda. Maklumlah, bukan selalu dapat berkumpul begitu. Memang meriah. Hmm...kalau kenduri di kampung pun guna katering, alahai...bosannya.

 Lencana geng rewang

Antara kerja-kerja yang sempat saya lakukan ialah membasuh pinggan (ni memang kerja utama) dan membuat air untuk tetamu. Keperluan di khemah tetamu seperti nasi, lauk, air, pinggan, gelas, air basuh tangan dan lain-lain juga sentiasa dipantau bersama geng rewang yang lain.

 Saya sedang beraksi di bahagian air

Dari majlis nikah pada malam Sabtu hinggalah selesai kenduri pada petang semalam (Ahad), banyak betul kerja-kerja yang dilakukan. Penat tetapi seronok. Ni kira ok la jugak,  buat secara buffet. Dulu lagi penat, buat secara berhidang, pehh...memang lunyai dibuatnya. Lepas maghrib semalam, saya dan adik-adik pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Setakat tu saja yang kami dapat tolong. Esok (hari ni) dah nak kerja. Masa kami nak balik tu, pengantin lelaki sedang tekun mencuci periuk. Selamat Pengantin Baru! Periuk tu kami tinggalkan untuk awak basuh ye..

Bingka: Susah betul buat kenduri ketika air dicatu..