Monday, March 8, 2010

Final Raja Lawak 4...Membosankan

Selepas menonton Final Raja Lawak 4 semalam, bolehlah disimpulkan bahawa Final Raja Lawak musim ini memang yang paling membosankan. Itulah telahan saya apabila kumpulan Mamu tersingkir pada minggu ke-9 yang lalu. Memang membuang masa. Yang datang ke dewan MBSA lagilah kesian. Tak berbaloi.

Sesungguhnya tiada apa yang istimewa pada Idlan, Alex dan Kumpulan Kechik. Walau bagaimanapun, Alex dan Kechik  wajar dipuji sebab walaupun tak kelakar sangat, sekurang-kurangnya mereka mencuba sedaya upaya. Jauh berbeza dengan persembahan Idlan yang amat mengecewakan. Macam tak buat persediaan langsung. Gaya persembahannya dari minggu pertama sampai ke final tak berubah. Kalau dah masuk final tu ubah la sikit kawan. Nak suruh penonton muntah ke? Alih-alih yang keluar dari mulut dia .."Nak cakap apa lagi ni.... Johan, Zizan mai la sini...abah dah tak boleh blah ni". Persembahan keduanya juga tiada apa yang istimewa, sampai juri-juri secara spontan naik ke pentas dan menari bersama mungkin kerana dah terlalu bosan.

Lepas menonton persembahan Idlan yang sambil lewa tu, memang saya berharap dia tak menang. Tak adil rasanya kalau dia menang. Bagilah kat Alex atau Kechik yang lebih bersungguh-sungguh nak menang. Akhirnya Kechik diumumkan sebagai juara. Bagi saya kemenangan Kechik bukan kerana mereka yang paling lawak, tapi kerana kesungguhan mereka untuk membuat persembahan yang terbaik. The Tribe Has Spoken...

Bingka: majoriti perserta Raja Lawak musim ni tak best

6 comments:

cHeRyNa PiReS said...

tak paham betul si burung tuh...adoiii...

Lan Bingka said...

cHeRyNa PiReS: dah jadi burung, tiba2 nak jadi penyu plak...^&%$

Faizul said...

Walaupun Si Idlan tu dipuji oleh Bob Lokman sejak dari dulu... Tapi aku x penah gelak pon lawak yg dia buat... Ntahhapehape..aku x paham asal org gelak...menyampah ada la... Aku slalu tengok ulangan raja lawak masa NABIL... kali ni jgn harap la nak tgk ulangan..aku rasa ASTRO pon malas nak ulang... YANG PELIKNYA... PELAWAK TERKENAL...TERMASYUR...yg terkenal dgn lawak2 cerdik...lawak2 suasana.. adalah salah sorang juri...Bro Aflin Shauki...Aku rasa peserta kali ni byk dipengaruhi oleh DIN BERAMBOI yg aku rasa bukan lawak tapi KURANG AJAR...

bila mak aku call..h/p aku pakai ring tone...
LALITAMPLOM....LALITAMPLOM..hehehehe

Lan Bingka said...

fezol: lebih baik zaibo daripada bob lokman..

yonna said...

yonna tak penah tgk pun RL4 ni. tp ada tengok ulangan dia la, alahai, semua mcm ape je. heh. tp ramai la org cakap, since mamu keluar dah tak best dah RL4. heee

diorg tak gempaq mcm nabil dengan sepah kan?

Lan Bingka said...

setakat ni takde peserta sebagus nabil..bosan betul
sepah tu pun gempaq sebab bertiga je tu..:)