Wednesday, February 10, 2010

Tambah lagi dua cendol pulut

Pada hari Jumaat lepas, saya dan beberapa orang teman rapat bertolak ke Batu Pahat pada pukul 8.30 malam dan tiba di sana kira-kira jam 12 tengah malam. Kami bermalam di rumah saudara saya yang terletak di bandar Batu Pahat. Keesokan harinya kami menghadiri majlis pernikahan kawan kami (Khairul) di Semerah. Kebetulan Semerah tu kampung ayah saya, jadi tiada masalah la nak menuju ke situ. Dengan sekali lafaz, Khairul sah menjadi seorang suami. Tahniah Boy! (nama panggilan sejak sekolah).

Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah di Melaka. Destinasi persinggahan kami ialah kedai cendol di depan bangunan Stadthuys. Ala...tempat yang ada menara jam dan air pancut tu. Haa...situ la. Sebelum bertolak ke Batu Pahat lagi saya dah ajak mereka singgah di situ. Ada hal sikit. Hmm...nikmatnya makan cendol di situ, terutama ketika cuaca panas, sejuk tekak dibuatnya. Satu mangkuk tak cukup ok, kena dua mangkuk. Pisang goreng pun ada, harus 'ngap' juga. Sambil makan boleh tengok gelagat orang, maklumlah kawasan tu memang meriah dengan pelancong. Ada yang sibuk bergambar, ada yang menaiki beca, ada juga yang mengunjungi kedai-kedai cenderahati yang banyak terdapat di situ. Kebetulan masa tu ada orang main gasing dan menyanyi lagu dondang sayang. Memang menambahkan suasana cuti-cuti Malaysia..;)


Dah selesai makan, saya pun panggil la abang cendol tu kira. Dah saya yang ajak, saya la kena belanja. Takpe, kecik punya hal. Lepas dia beritahu jumlah yang perlu dibayar, saya cakap kat dia..."bang ,tambah lagi dua cendol pulut, hari tu lupa bayar la"...hehe

Bingka: yes, misi selesai...

7 comments:

Kujie said...

template , sidebar dah mesra pengguna..hehehehe :p


paling tak suka kalau cendol tu dia letak ais kiub kecik2....aaaa...nak kuis2 ais tu potong stim
alang2 letak, letak kiub yg besar tu tak pe...

Lan Bingka said...

Kak jie: terima kasih kak...

itu namanya cendol main2..
kena ais yang hancur baru best, makan sampai licin...

iidyLL iceneSS said...

petang tadi p makan cendol hanya kerana tbaca blog entri kamu...

malam nie dah baca full entri,rasanya esok p pekena cendol lagi lor...(*_*)

Lan Bingka said...

iidyLL iceneSS: tak aci ni, makan dua hari berturut2. saya pun nak jugak..;)

eiy_Da said...

macam pernah mkn jek kt situ..heheh

Lan Bingka said...

eiy_Da: saya baru dua kali..;)

-BalqisShafiqa- said...

sedapnya.
ubat utk demam. hehe. :D