Sunday, January 3, 2010

Kata Kunci 2010

Tadaa...macam mana dengan layout baru blog saya ni? Ok tak? Saja saya tukar template untuk merasai mood tahun baru. Ini ialah kali pertama saya menukar template. Mula-mula tu saya risau tak jadi je, hmm..nasib baiklah jadi.

Apa yang anda lakukan di minggu terakhir 2009 yang lalu? Mesti ramai yang pergi membeli belah kan? Saya ada juga membeli 2-3 barang. Antaranya ialah sebuah kamera digital bagi menggantikan Sony Cybershot saya yang telah rosak. Para ibu-bapa sudah pasti sibuk dengan persiapan anak ke sekolah kan? Lagi-lagi kalau anak pertama, hmm...esok mesti ramai yang cuti nak hantar anak ke sekolah.



Apa harapan anda untuk tahun ini? Saya harap tahun ni saya dan keluarga akan sentiasa sihat dan sejahtera, serta dimurahkan rezeki oleh Allah. Saya harap adik-adik saya yang masih belajar akan berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga berharap saya akan mendapat anak saudara pertama..;) Anda ada kata kunci tak untuk tahun ini? Kata kunci saya untuk tahun ini ialah 'berjimat cermat'. Baiklah, itu saja untuk kali ini. Selamat Tahun Baru!

Bingka: Masa terasa sangat pantas berlalu...

13 comments:

Kujie said...

mood baru di tahun baru - bagus juga utk semangat baru
thn baru tak pergi mana-mana

kat rumah seperti tahun2 sudah

Farhana said...

Heehee.. Tukar template jugerr.. Bagus2.. Huhu.. Smoga tahun baru bawa lebih makna banding taun2 lepas yek lan. Heehee.. ;)

Lan Bingka said...

Kak Jie: yup, semangat baru! baguslah kak duk umah, tak payah berserabut kepala dengan kesesakan..

Farhana: Terima kasih! semoga tahun 2010 akan mengumpul banyak kenangan manis untuk kita semua..

ije said...

hadiah tahun baru ea kamera tu? =)

Lan Bingka said...

ije: ye la tu, hadiah untuk diri sendiri..;) tak syok aar xde kamera..

Nazra~ said...

wow chantek template baru ni ;)

Lan Bingka said...

Nazra: terima kasih, saya pun rasa camtu gak..hehe

eL said...

Saya cari jugak bangunan saya dalam banner kat header tu, tapi tak jumpa ^-^ voila...nampak milenium blog ni.

Lan Bingka said...

eL: terima kasih..;) tengok orang lain rajin tukar template, saya jugak yg tak tukar2.. kena la cuba gak.

nasib baik hasilnya memuaskan hati..

aman said...

tahun nie akan mula terlibat dengan alam perkerjaan dan alam student akan tamat. huaaa~

Lan Bingka said...

aman: nak tak nak kena lalui gak..
all the best!

paksuu said...

minat kamera ke Lan...kamera dslr ke tu yg baru beli tuh?

Lan Bingka said...

paksuu: minat gak...yang saya beli tu kamera biasa je, tak mampu la beli dslr..;)