Sunday, January 10, 2010

Hari Tanpa Beg Plastik

Petang tadi saya pergi ke Carrefour. Ada la beberapa barang yang dibeli. Sesampai di kaunter saya terbaca notis berikut:
Setiap Hari Sabtu merupakan "Hari Tanpa Beg Plastik". Setiap beg plastik akan dikenakan caj 10 sen
Oops, tak tahu terlupa pula pasal kempen ni. Menurut sumber, kempen bagi mengurangkan masalah pencemaran ini akan dijalankan selama 6 bulan berkuatkuasa mulai hari ini. Bagus juga tu. Bayangkan berapa banyak beg plastik yang dapat kita jimat sepanjang kempen ini berlangsung. Anda bagaimana? Dah ada beg untuk membeli belah?

Bingka: Takde beg plastik, susah nak buang sampah..;)

13 comments:

FarhanaDr said...

Yeah!!! Dah beli.. Ade banyak.. Untuk shopping di tesco.. Ngeee.. ;)

Lan Bingka said...

FarhanaDr: ye ke, saya takde lagi la..;)

ije said...

pakai beg kertas. =) ehehe.

Lan Bingka said...

senang kan, banyak gak beg kertas kat rumah tu, boleh la guna..

eL said...

Cakap je nak beg apa...giant? cold storage? jusco? bangsar village? mercato? carrefour? Semua ada. Wahhh...bangga sungguh. Tapi setiap kali pergi supermarket, beli lagi beg tu nak letak barang-barang. Bawaknya tidak masa nak pergi. Sampai dah berlambak kat rumah. Beg ni tak boleh simpan lama-lama. Nanti reput. Angkat je terus jadi macam roti kirai. Kempen ni dah ada sejak tahun lepas. Tapi tahun lepas belum kena caj lagi kalau pakai beg plastik.

Tahun lepas, sesiapa yang didapati berjalan membawa beg plastik di pejabat saya, kena denda.

Lan Bingka said...

eL: wah, ada peluang gak nak jadi pengawas lepas habis sekolah..jadi pengawas beg plastik

paksuu said...

kalau hari hari pun paksuu sokong...memang tak suka pakai plastik sejak dulu pasal dah tahu plastik susah hendak dimusnahkan...memerlukan masa 100 tahun

Lan Bingka said...

paksuu: owh, maknanya plastik yang pernah saya guna sepanjang hidup ini belum musnah lagi...ia cuma dikitar semula saja...banyaknya

arsaili said...

salam..yea, kat sini pun ramai yg shopping akan membawa beg utk mengurangkan pengunaan beg plastic tapi asian cam kita org ni mmg sengaja tak bawa sebab nak save cost beli beg for buang sampah. Wont be that guilty coz we r practising recycle concept. Kalau beli beg sampah pun plastic juga and membazir kan....

Lan Bingka said...

arsaili: betul gak, plastik yang saya dapat dari kedai memang saya guna untuk buang sampah dan untuk letak baju yang dah dibasahi peluh lepas habis main futsal..

yonna said...

sebenarnya,yonna baru je tau pasal kempen ni T____T kesian kannn. tapi yonna tak penah lg lah bawak beg sendiri. heeeeeee. tak menggalakkan kempen betul

Lan Bingka said...

yonna: hehe..sibuk ngan hlovate la tu..;)

Kujie said...

kak jie dah beli beg kitar semula masa 1st sabtu tu..jadi tiap kali g shopping bawa beg tu..tak de plastik lagi utk setiap hari...