Friday, December 31, 2010

Kalendar 2010 ditutup bergaya

Rasa macam hari ni hari Sabtu pulak kan.. Padahal hari Jumaat. Maklumlah, tiba-tiba dapat cuti. Kepada yang bekerja tu, kerja la dengan rajin ya..;)

Hari ni dah hari terakhir bagi tahun 2010. Sekejap je kan? Hmm...antara yang menarik bagi saya sepanjang tahun ni ialah:

- dapat APC...(alhamdulillah)
- dapat anak buah pertama...(muahh..muahh)
- dapat adik ipar ke-2
- makin ramai kenalan blogger
- silent reader yang bertambah...(ya, kamu)
- pasukan kesayangan beraksi semula di EPL
- menyertai tadarus geng surau pada bulan puasa (cool..pertama kali selepas tamat sekolah
- meraikan kawan-kawan rapat yang melangsungkan perkahwinan
- errrr....single again. (ceh, tak menarik pun)

Itu je la yang nak saya kongsi. Yang lain biar rahsia..;p

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat blogger yang rajin meninggalkan komen di setiap entri seperti zirconia, yott, meowwmania, eL, ann, mohd shahrul hafizi, maCy, kak jie, yonna dan qasih nadira. Komen kalian memberikan semangat untuk saya terus menulis di sini. Yang sekali sekala tinggalkan komen dan yang jadi silent reader pun saya ucapkan terima kasih.

***

Dan tahun 2010 diakhiri dengan sorakan padu peminat bola sepak tempatan di kedai-kedai mamak (kami bersorak macam kat stadium..;p). Semuanya bergembira meraikan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Yeahh, cara yang sangat bergaya untuk menutup kalendar tahun 2010. Tahniah K.Rajagobal! Tahniah Harimau Malaya!!

Selamat Tahun Baru!

Ops Broga

Owh, lupa nak cerita pasal satu aktiviti ni. Bulan lepas punya cerita. Saya dan kawan-kawan telah pergi mendaki Bukit Broga. Ramai betul manusia kat atas bukit tu. Macam kat shopping complex la dia punya ramai. Kalau tak nak ramai kena pergi weekdays. Memang seronok sekali sekala beriadah bersama kawan-kawan buat aktiviti outdoor macam ni. Dapat mengeratkan hubungan sambil bersenam. Laluan naik ke puncak bukit sampai sesak disebabkan ramai sangat yang nak naik. Bila dah sampai kat atas bukit, bergambar je la kerjanya. Apa lagi kan? ;p



Tapi bukan tu je yang kami buat. Kami juga bersihkan kawasan puncak bukit tu daripada sampah-sarap. Berlonggok-longgok sampah kat atas bukit tu tau. Ada ke patut diorang tinggalkan gitu je. Merosakkan pemandangan betul. Syabas kepada Farid kerana mencetuskan idea untuk melakukan Ops Sampah ni. Bagi sesiapa yang nak naik ke Bukit Broga atau mana-mana bukit pun, tolong la jangan buang sampah merata-rata ya. Pandai bawa naik, pandai-pandai la bawa turun. Ala, bukan susah pun.

AJK Kebersihan Bukit Broga..;p
Hasil Ops Sampah Bukit Broga

Wednesday, December 29, 2010

Sebab tu kena datang awal

Rugi tau siapa yang tak pergi tengok pusingan pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil hari tu. Meh sini saya cerita kemeriahannya..

Pukul 5.30 saya tiba di stadium. Masa tu 3 orang kawan dah sedia menunggu di sana. Kawasan sekitar stadium dah dibanjiri ribuan manusia. Sementara menunggu masa untuk masuk ke dalam stadium, kami lepak minum di salah sebuah gerai makan di situ sambil melihat gelagat manusia yang rata-ratanya teruja. Hampir semuanya memakai jersi kuning atau biru pasukan Malaysia. Sebahagian lagi memakai jersi merah pasukan Indonesia. Bunyi hon ala vuvuzela sentiasa kedengaran, menghangatkan lagi suasana sebelum perlawanan. 

Dalam masa yang sama, kami menunggu ketibaan dua orang lagi kawan yang datang menaiki LRT. Dua-dua datang dengan kawan masing-masing. Salah seorang kawan tu, tiketnya ada pada saya. Lambat betul mereka sampai. Lepas minum, kami meronda di gerai-gerai jersi dan barangan yang terdapat di sekitar stadium. Sempat la saya beli satu mafla Malaysia.

***

Ahh...orang dah makin ramai masuk ke dalam stadium..
Makin lama makin penuh..
Tiket kawan masih di tangan saya..
Network busy di saat genting...!*@#&
Terpaksa kami masuk dulu...mana boleh tunggu lagi

***

Setiap gol diraikan dengan riang...hooreyyy...gooaalll...gooaalll...gooaallll...(ya, begitu..)
Bunyi sorakan memang bingit sampai suara sendiri pun tak dengar.. (kalau dalam filem, suasana tiba-tiba jadi silent mode sekejap...cuma ada pergerakan) lepas tu ada bunyi balik... (haa..macam tu la)
Bersorak sambil berpelukan dengan semua orang yang berada di sekeliling.. (yeah...raikan chenta!)
Mafla dan jalur gemilang, semua nak dikibarkan...
Air mata gembira berlinangan...(ni saja kasi dramatik sikit..)
Yang bestnya semua orang tu saya tak kenal...hahaha (dah terpisah dengan kawan-kawan)

Nasib baik menang...;p

Untuk pusingan kedua malam ni, diharapkan pasukan Harimau Malaya akan bermain dengan cemerlang dan menjadi Juara Piala AFF Suzuki untuk edisi kali ini. Ngaumm...

Saturday, December 25, 2010

I will be the 12th man

Hai semua! Apa aktiviti kalian hari ni? Mesti ramai yang pergi shopping, dan tak kurang juga yang memenuhi undangan kenduri kan? Saya pergi kenduri siang tadi. Pergi kenduri berseorangan memang menyerlahkan gaya dan keyakinan diri..;p

Masa masuk dewan tempat kenduri diadakan, kebetulan terjumpa seorang kenalan. Ha, ada pun orang yang saya kenal. Tapi sayang, dia dah nak balik.  Terpaksa la duduk makan berseorangan sambil melihat pengantin yang sedang makan di atas pentas. Oo..maknanya takde bersanding betepung tawar segala la, pengantin datang je terus naik atas pentas dan makan di meja beradab. Senang. Di depan pentas, beberapa orang penari sedang mempersembahkan tarian tradisional. Teringat video yang dikongsi seorang kawan di fb baru-baru ni, pengantin dipersembahan dengan tarian shuffle. Tak sesuai langsung.

meja yang kosong jadi pilihan..
Balik dari kenduri singgah di A&W dan beli air root beer float. Memandu sambil minum float, ahh sedap...;)

Itu saja aktiviti saya hari ni. Biasa-biasa je. Tapi esok.....

Pagi macam biasa berjoging di sekeliling tasik...(alone of course..)

Petang....can't wait!...(gile la kalau pergi sorang kan...hehe)

I will be the 12th man..

Thursday, December 23, 2010

Malam 0-0

Dengar cerita budak-budak Tingkatan 5 dah habis peperiksaan SPM kelmarin. Hmm...mesti lega kan? Apa lagi, masa untuk melepaskan tekanan la! Jangan sampai terlibat dengan perkara yang bukan-bukan sudah. Dan jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Awak tu harapan ibu bapa tau. Jauh lagi perjalanan lepas ni.

Cepatnya masa berlalu, diam tak diam dah lebih sepuluh tahun alam persekolahan ditinggalkan. Saya teringat kembali malam terakhir semasa di asrama iaitu 'Malam 0-0'. Nama pun malam 0-0 kan, maka itulah masanya untuk 0-0 dengan semua orang. Kalau ada yang tak puas hati tu, masa tu la boleh  diluahkan. Kalau ada terhutang budi tu, masa tu la nak merakamkan penghargaan. Kalau ada persoalan yang belum terjawab, masa tu la nak mendapatkan jawapan. Apa saja yang tak terkeluar dari mulut dan terbuku di hati selama tinggal bersama di asrama, maka lontarkan saja pada malam itu.

Pada malam tu semua pelajar tingkatan 5 berkumpul dalam sebuah bilik yang disinari cahaya yang samar (macam la ada pelajar junior lain, semua dah cuti). Cahaya yang samar itu disebabkan oleh lampu kalimantang yang telah dibalut dengan kertas berwarna. Biasa la kalau di asrama, aktiviti menarik macam ni lepas pukul 12 baru mula. Pada malam tu seorang demi seorang diberi peluang untuk bercakap dengan semua yang berada di situ. Tak kisah la nak cakap apa pun, nak luahkan segala perasaan, nak minta maaf, nak menyatakan kekaguman, nak mengakui kesalahan, nak sandarkan pada kenangan dan sebagainya. Nak tujukan kata-kata kepada seorang demi seorang yang berada di situ atau nak tujukan kepada semua sekaligus, terpulang (ramai yang tujukan kepada seorang demi seorang). Pendek kata, itulah ucapan terakhir..ucapan perpisahan.

Sedih betul malam tu. Cakap pun dalam mood sedih. Walaupun kadang kala diselangi dengan jenaka, tapi tetap dilalui dengan suasana sayu. Yang mendengar pun terasa hiba. Mana taknya, lepas ni dah tak jumpa lagi. Dah tak dapat nak buat macam-macam perkara bersama.  Makan, mandi, belajar, bersukan waktu petang, aktiviti lewat malam, bergurau senda, bergelak ketawa... ahh..semuanya akan tinggal kenangan. Kawan-kawan lain yang berulang-alik dari rumah tak rasa perasaan ni. Rasa macam nak tinggalkan keluarga sendiri. Ye la, dari tingkatan 1 sampai 5 melalui suka duka bersama, membesar bersama (saya masa Tingkatan 2 baru masuk asrama). Sesi diakhiri dengan bersalaman, berpelukan dan bermaafan. Masa ni ada juga beberapa orang yang menangis. Memang agak terlebih emosi, tapi disebabkan malam terakhir...layankan aje. Berair juga mata saya disebabkan masuk habuk..;p

2 hari kemudian, kelihatan sekumpulan remaja lepasan SPM berjalan-jalan dan bersuka-ria di bandar. Apakah makna segala tangisan? Cehh..

Wednesday, December 15, 2010

Hoho..kacau dia

Siapa yang cium-cium ni? Ish..nak tidur pun tak senang..
  
Hehe...tak kira, kamu tengah tidur pun nak kacau gak...dah seminggu tak jumpa ok..
Amboi ngantuk sangat ke? (Buka mata kejap.. buat muka tak kenal, lepas tu sambung tidur)
Hohoho..cium lagi..muahh..muahh..muahh
(Buka mata lagi...kebil-kebil sikit...sambung tidur...)
Sombong la kamu ni..
Takpe, kacau lagi...angkat tangan dia...hohoho

Seminggu kerja di Langkawi, ada kawan tegur kulit dah gelap sikit. Memang patut la, sebab banyak buat kerja di luar. Kerja dari pagi sampai ke petang. Cuma malam je masa untuk berehat sambil buat laporan sikit. Nasib baik hotel tu ada WiFi percuma, takde la bosan sangat duduk sorang-sorang. 

Pagi hari kedua, kaki melangkah ke seberang jalan berdepan dengan hotel. Bila sampai, tengok kedai tu jual nasi campur, siap dengan pelbagai lauk-pauk. Dah macam makan tengahari. Hmmm..tak makan, sebab tak biasa la pagi-pagi nak makan nasi putih. Kalau nasi lemak atau nasi goreng boleh la..huhu. Dua hari lepas tu, terperasan ada gerai nasi lemak dan kuih berhampiran dengan hotel. Bila sampai, tengok nasinya berwarna kuning. Waa...bestnya. Dah lama tak makan nasi lemak warna kuning. 2-3 hari lepas tu memang makan nasi lemak tu je la untuk sarapan. Sedap...;)

Petang Jumaat sempat la teman geng dari Jepun naik kereta kabel. Disebabkan cuti sekolah, punya la panjang kena beratur. 40 minit jugak la nak tunggu sampai giliran kami.




Eh Zera, kamu dengar tak Pak Long bercerita ni?

bising la uncle ni..


Tuesday, December 7, 2010

7 hari 6 malam

Ku lari ke pantai kemudian teriakku...
Sepi, sepi dan sendiri...
Aku benci...(wekk)

Petang semalam saya berjalan-jalan di tepian pantai...melihat gelagat manusia bersuka ria, bermandi-manda, menaiki bot pisang (LOL), bermain bola tampar pantai, menunggang jet ski dan berterbangan dengan parachute sambil ditarik bot. Ternyata manusia-manusia itu sedang bergembira. Sekali sekala kamera ditangan menembak sasaran. Cadangnya nak tangkap gambar matahari terbenam, tapi hanya cuaca mendung yang kelihatan. Di tepi jalan di sepanjang pantai bersusun kedai-kedai cenderamata, kedai makan, pusat internet, tak kurang juga hotel dan chalet yang pelbagai. Pantai Cenang memang meriah dengan pengunjung.

Petang tadi selepas menghantar wakil dari Jepun pulang ke hotel mereka, saya berjalan-jalan di Pekan Kuah pula. Singgah makan cucuq udang campuq, lepas tu pergi beli mangkuk tingkat yang dipesan oleh emak. Semalam dah meronda membanding harga, jadi hari ni tinggal beli je di kedai pilihan. Saya tengok makcik-makcik kat kedai tu sibuk betul  membelek pinggan mangkuk, macam nak beli semua gamaknya. Udah la tu makcik...kesian paknya kat luar tu dah lama menunggu. Nak berjalan ke kedai lain pun tak boleh sebab kena jaga banyak barang-barang yang dah dibeli. 

Ok la, saya nak mandi ni. Esok cuti pun kena kerja jugak. Takpe la, awek Jepun punya pasal. Hmm...lagi 4 malam nak berkelana di Langkawi. Menyesal tak bawa 'How I Met Your Mother' musim 1 sampai 6 tu...ishh

Bingka: Selamat Tahun Baru 1432H...:)

Thursday, December 2, 2010

Mesej dari kawan lama

Sekali sekala dapat mesej dari kawan lama memang seronok. Boleh la berbalas mesej seketika, bertanya khabar dan sebagainya. Baru-baru ni saya dapat mesej dari kawan sekolah rendah. (sekolah rendah? ...itu cerita berbelas tahun yang lalu). Bila kali terakhir jumpa pun saya dah tak ingat. Dia selalu bertukar nombor handphone. Jadi mesej pertama tu selalunya dia kena perkenalkan diri sebab dah tak guna nombor yang sama. Nombor saya pulak memang tak pernah bertukar. Itu la satu-satunya dari dulu sampai sekarang, dah 9 tahun..

Bila dah saling berbalas 2-3 mesej, sekali dapat mesej macam ni... "lan bagi popuan sorang...he8"
Rasa macam....."come again?" 
Malas nak layan.

Bingka: Eh, dah lama tak main SMS ngan Cik Nab. Kenapa ya?
Owh...we're not together anymore...patut la...;p

Sunday, November 28, 2010

Selamat Pengantin Baru Mak Chik!

Lepas kamu sambut Hari Lahir Pak Long, esoknya kamu menyambut Hari Raya Aidiladha. Dapat kamu kumpul duit raya dari pakcik dan makcik kamu (jangan ponah-ponah ya). 3 hari lepas tu kamu meraikan perkahwinan Mak Chik kamu pula. Wah, semuanya dalam masa seminggu. Meriahnya. Tu yang kamu tengok blog Pak Long tak berupdate tu. Sibuk sikit.


Kesian kamu tak dapat tengok Mak Chik kamu bernikah dan bersanding, sebab kamu kena temankan mak kamu berpantang di rumah. Takpe la, kamu tengok gambar je. Kamu nak tahu tak, masa kenduri kahwin Mak Chik kamu hari tu, ramai betul orang tanya pada Pak Long pasal kahwin. Ada juga yang sibuk nak carikan calon. Letih Pak Long nak jawab tau. Nasib baik Pak Long pegang kamera besar satu, boleh menyibukkan diri ke sana ke mari.



Bingka: Sweet November...;p

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Lahir Pak Long!

Ramai betul orang tulis ayat-ayat ucapan pada dinding FB saya hari ni.  Terima kasih saya ucapkan...;)

Tiada kek hari lahir - takpe
Tiada parti buih hari lahir - takpe (ingat budak kecik ke?)
Tiada cuti umum - takpe
Tiada insan istimewa untuk menyambutnya bersama - eleh, takpe..
Tiada hadiah hari lahir - takpe
Sebab saya ada hadiah yang lebih istimewa yang baru hadir semalam, iaitu anak buah pertama saya! Oh, sangat teruja!

Eh, macam dengar dia cakap sesuatu la....
"Selamat Hari Lahir Pak Long!"

Friday, November 12, 2010

Singgah sebentar di kedai aksesori

Bosan juga duduk di kedai kereta sambil tunggu kereta siap dipasang aksesori. Selalunya saya buat hal saya sendiri. Cakap pun dengan pekerja kedai je, sambil tengok diorang siapkan kereta saya. Dengan pelanggan lain tu saya tak bertegur sangat. Tapi kalau ada yang datang bertegur, saya layan juga bersembang 4-5 baris. Beberapa hari lepas, saya duduk la tunggu kereta dibikin. Pekerja kedai ni dah buka 1 bahagian pada kereta saya, lepas tu dia pergi siapkan kereta lain dulu. Taktik biasa la ni. Tiba-tiba terasa nak jadi peramah, saya pun mulakan rondaan di kedai tu..

Pergi ke sebuah teksi...
"Tukar dvd player ke bang?"
"Haah.."
"Satu set ke?"
"Yup dengan speaker sekali. Speaker dah pecah2 bunyinya. Boring la kalau sangkut kat traffic jammed."
(Sambung berbual beberapa minit...)

Lepas tu pergi tengok kereta sendiri kejap. Cakap2 sikit dengan pekerja kedai yang baru nak memulakan operasi..

Kemudian lawat kereta Toyota...tuannya tiada
"Bos, pasang apa ni? Alarm eh?"
"Yup.." jawab pekerja kedai sambil membongkok di bawah stereng
"Berapa 1 set ni?"
"200 lebih"
(Tengok dia buat kerja kejap..)

Lepas tu masuk ke bahagian dalam kedai, tengok barang-barang dan amoi cun di kaunter. Tanya-tanya sikit dengan pekerja di dalam kedai..

Keluar dari kedai, pergi semula ke kereta Toyota...tuannya dah ada
"Pasang alarm ke bang?" (saja buat tak tahu)
"Haah.."
"Berapa 1 set?" (padahal dah tahu jawapan)
"200 lebih"
"Oo.."

Sambung berbual...Masa berbual tu sempat la saya bagitahu yang kereta sebelah kereta saya tu pun pasang alarm juga. Tadi siap terkunci lagi pintunya, kunci tertinggal kat dalam. Masa saya datang diorang tengah sibuk jolok besi panjang dari celah pintu. Selepas beberapa minit mencuba, akhirnya berjaya juga dibuka. 

Lepas tu saya pergi ke kereta saya, tengok perkembangan terkini.

Beberapa minit kemudian, tuan punya kereta Toyota tadi datang pula ke kereta saya. Kami sambung berbual 2-3 perenggan lagi...~~tempat tinggal~~kerja~~kereta~~sekolah~~jalan~~bla bla bla geletek sikit.. bla bla bla..~~

Tiba-tiba perkerja kedai bersuara..."Bos, sudah kunci ka?" sambil tangannya memegang pembuka pintu kereta  "Mana ada...kunci kat dalam.." balas saya.  "Haiyaa...sudah terkunci la..."

Saturday, November 6, 2010

Pelik tengok pengantin berarak

Tengahari nanti saya nak pergi kenduri kahwin di Sungai Buloh. Eh, yang muda-muda ni cepat pula kahwin ye. Alhamdulillah, dah sampai jodoh kan... Minggu lepas ada kenduri kahwin juga. Saya pun pergi la ke majlis tu, mana tahu berjumpa jodoh ke...;p

Lepas Zohor pengantin lelaki pun tiba. Dia bersama 'rombongannya' mula berarak lebih kurang 20 meter dari rumah diiringi paluan kompang. Bila dah sampai depan pintu pagar rumah, mereka berhenti seketika sambil kompang terus dipalu. Pengantin perempuan dari dalam rumah pun berjalan diiringi pengapitnya dan mengambil tempat di sebelah pengantin lelaki. Kemudian mereka pun berjalan beriringan menuju ke pelamin yang tersedia di dalam rumah. Macam tu la kebiasaannya kan, mana ada pelik.

Oh ya, lupa nak bagitahu...rumah tu rumah pengantin lelaki. Majlis sebelah pengantin perempuan dah berlangsung minggu sebelumnya. Rombongan yang berarak bersama pengantin lelaki ialah keluarga pengantin perempuan. Sekarang pelik tak? ;p

Bingka: Bosannya nak pergi kenduri sorang-sorang...ish

Friday, November 5, 2010

Remy nak cari kerja halal

"Woi, bila nak cari kerja ni?" tanya Remy
"Nanti la..hari tu kan dah cari...takde"
"Ye la, kena la cari lagi.. Mentang-mentang dah ada duit sikit, ko eksen eh.." Remy cuba menarik perhatian.
Terhenti petikan gitar Ali.. "Ok, jom kita cari sekarang!" 
"Nanti la...tunggu weekend"
"Haa...tau pun nanti"

"Wei Remy, nak kerja tak? Aku ada lubang baik punya" soal Kamal yang baru keluar dari bilik air.
"Memang la ko ada lubang.." kata Ali. Remy mengangguk setuju.
"Tu lobang lain bai...ni lobang kerja"
"Kerja apa?" tanya Remy sedikit teruja
"Gigolo"
"Ceh, tak guna. Itu bukan gigolo, itu kerja gilo. Bagi la kerja yang mulia sikit" balas Remy.
"Ok apa. Kaya tu! Daripada ko jual bon***, sakit beb."
 "Kahkahkahkah...ko pernah rasa ke?...kahkahkah"  Remy dan Ali bantai gelak.
"Takde la, orang cerita...hahaha" Kamal pun tergelak sama.

"Nak ke tak nak?" Kamal cuba buat serius sambil menyikat rambut depan cermin.
"Sejak bila ko jadi ejen plak ni?" tanya Remy sambil tersengih.
"Ko bagi je la kerja tu kat Ali ni ha.." sambung Remy lagi.
"Hoi..gila"  Ali mencelah.
"Ali susah sikit nak jual.." terang Kamal
"Celaka.." kata Ali.
"Kahkahkah.." Remy dan Kamal tergelak.

"Dah la wei...aku nak keluar jap" kata Kamal sambil memegang beberapa helai kertas.
"Pergi mana? tanya Remy
"Photostat toyol...hehe"
Sebelum keluar, Kamal meletak dua helai kertas di atas tilam..."Nah amik ni, isi. Gua gerak dulu"

Ali mengambil kertas itu....
"Remy, tengok ni.."
Remy menyambut borang bertajuk McDonalds.

Wednesday, November 3, 2010

Kisah Remy pelajar IPTA

Malam itu Remy berbaring di biliknya sambil mendengar radio. Kipas di siling yang berputar laju direnungnya kosong. Rakan serumah yang lain keluar makan beramai-ramai. Bila diajak keluar tadi, disuruhnya mereka pergi dulu, kononnya dia akan menyusul kemudian. Remy termenung jauh...banyak betul duitnya terpaksa dikeluarkan bulan ini. Tiba-tiba pula motor rosak dan perlu dibaiki secara besar-besaran. Habis duit yang diberi oleh ayah. Duitnya yang dipinjam oleh Zul belum dibayar lagi. Tidak banyak jumlahnya, tapi sangat berguna di saat kegawatan seperti itu. Ahh, segan pula nak minta. Lagipun dia tahu Zul tiada duit. Nanti saja.

Kelmarin dia dah menggunakan duit terakhir yang dipinjamnya daripada Kamal untuk membeli sebungkus mi segera. Keluar dari kedai dia hanya jalan memandang ke bawah, tak melihat gadis-gadis yang ramai di situ seperti kebiasaan. Bukan jadi jejaka pemalu atau tiba-tiba meminati kaum sejenis, tapi mencari-cari jika ada duit yang bergelandangan, boleh dia tolong simpankan. Dengan duit pemberian Kamal lah dia pulang ke rumah pada hujung minggu yang lalu. Ketika mahu pulang semula ke rumah sewa, ayahnya sempat bertanya.. "Ada duit?"  Dengan tenang Remy menjawab "Ada". Dia tahu belum masanya untuk meminta lagi.

"Sorry Ali, aku pun takde duit la." dia teringat dialognya siang tadi. "Tengok ni, satu sen pun takde, tinggal maruah diri je ni." terang Remy sambil menyelak dompetnya yang kosong. "Hahaha" gelak Ali geli hati. "Apa lagi, jual body la" usik Ali. "Kepala hotak ko!". Dalam kelaparan mereka gelak bersama.

"Entah ke mana pula si Ali ni..." Remy tertanya-tanya dalam hati. "Dah takde duit tu, ada hati nak keluar...ceh"

Tiba-tiba terdengar bunyi orang menaiki tangga. "Remy, ko dah makan belum?" Ali menjengah di muka pintu.  "Belum" jawab Remy. "Nah amik ni" Ali menghulur sebungkus burger.  "Berapa ni?" tanya Remy.  "Amik je la. Macam la ada duit nak bayar...kihkihkih"  "Hehe...gurau kasar ni, mana ko dapat duit?"  "Pow orang la" kata Ali sambil tersengih.  "Haha, macam la aku nak percaya"  "Takde la, aku pinjam kat budak kelas aku."  "Oo..gitu"

"Eh Remy...jom kita kerja part time nak?" Ali memberi usul.

Monday, November 1, 2010

Up..up..underwear!

Entah apa soalan yang ditanya oleh Cikgu Ishak, saya tak ingat. Beberapa orang murid dalam kelas 3 Coklat yang tak berjaya menjawabnya didenda berdiri di atas kerusi, termasuk saya. Cikgu Ishak bukanlah dalam keadaan marah, cuma angin bergurau dia dah sampai, layan je la. Tak silap saya dia bagi teka-teki kot. Kebetulan masa tu Cikgu Ravi dalam perjalanan ke kelasnya. Cikgu Ravi ni pun kaki bergurau juga. Dia singgah nak tahu apa cerita. Cikgu Ishak pun beritahu pada Cikgu Ravi apa soalan yang diajukannya (rasa macam dah ingat apa soalannya). 

"Ha, sebab apa Lan?" sergah Cikgu Ravi. Mentang-mentang tempat duduk saya depan sekali, senang la jadi sasaran. Saya geleng sambil tersengih. "Cuba buat gaya Superman terbang." Saya pun buat. "Cakap Up..up..underwear!"  Saya pun ikut. Rakan yang lain gelak. "Tahu tak apa makna underwear tu?" Saya geleng, disambut deraian ketawa rakan sekelas. "Ha..tak tahu..meh sini cikgu bagitahu" Cikgu Ravi terus pikul saya atas bahunya dan culik saya dari kelas. "Ishak, pinjam kejap" Rakan lain sambung ketawa.

Sampai di dalam kelasnya yang selang dua kelas dari kelas saya, Cikgu Ravi turunkan saya. Semua murid dalam kelas tu pandang saya. "Kenal tak siapa ni?" tanya Cikgu Ravi pada murid-murid 3 Merah. Kenal! Lan! jerit 2-3 orang kawan saya dalam kelas tu. "Salah...ini Superman.." kata Cikgu Ravi. "Awak nak buat apa kat sini?" tanya Cikgu Ravi. "Takde ape" jawab saya tersipu malu. "Kalau macam tu balik la kelas"  "Terima kasih cikgu."  saya pun keluar dari kelas sambil murid-murid 3 Merah tergelak kecil. Dalam hati..."Ko yang culik aku, tanya plak aku nak buat apa...ish."

Sampai di kelas saya, Cikgu Ishak bertanya "Dah tahu jawapannya?"  "Dah...hehe" "Masa bila dia bagitahu?"  "Masa dia angkat saya" Rakan lain sambung gelak yang masih bersisa. Eleh, yang gelak-gelak tu pun bukan semua tahu. Kat rumah mana ada panggil benda segitiga tu dengan nama tu kan...

sumber
Oh ya, soalan Cikgu Ishak pada awal tadi ialah "Kenapa Superman pakai seluar dalam kat luar?" Jawapannya....

Thursday, October 21, 2010

Amir budak cepat belajar

Dah 4 hari Romzi menghantar anaknya Amir ke pusat asuhan kanak-kanak. Dulu senang...Amir dihantar ke rumah abangnya saja sementelah kakak iparnya seorang suri rumah sepenuh masa. Abangnya tinggal pun tidak jauh dari rumahnya, selang satu taman perumahan saja. Balik kerja, lepas ambil isterinya di stesen LRT mereka berdua singgah la mengambil Amir. Minggu lepas abangnya dah berpindah ke Johor Bahru sebab dinaikkan pangkat. Jadi terpaksalah Amir dihantar ke pusat asuhan. Mujurlah umur Amir dah 3 tahun, dah besar sikit. Takde la risau sangat. Bayarannya pun kurang sikit berbanding budak-budak lain yang lebih muda.

Petang tu Romzi pulang dari kerja tepat pukul 5.00 petang. Sementara musim tak sibuk ni baik dia pulang awal. Kalau Amir duduk di rumah abangnya tak mengapa la kalau ambil lambat sikit. Di tempat baru ni, lepas pukul 6.00 petang akan dikenakan bayaran lebih masa. Sekarang ni Romzi kena ambil Amir dulu sebelum ambil isterinya sebab pusat asuhan tu terletak berdekatan dengan pejabatnya. Hari pertama Amir dihantar ke pusat asuhan tempoh hari, pulang saja dari kerja Romzi menonong ke stesen LRT seperti biasa untuk mengambil isterinya. Sampai di stesen LRT baru dia teringat pasal Amir. Dah masuk hari ke-4 ni, Romzi dah dapat biasakan diri dengan rutin baru.

"Ayah, mak mana?" tanya Amir yang berdiri di kerusi penumpang depan. "Nak amik mak la ni". Kereta menghampiri stesen LRT. Keadaan di stesen LRT waktu petang begitu memang sesak dengan manusia dan kenderaan. Amir memandang ke luar tingkap. Mata Romzi sibuk mencari kelibat isterinya. "Bodo..bangang.." tiba-tiba Amir bersuara. Terkejut Romzi. "Heyp, siapa ajar cakap macam tu ha?" sambil tangannya menampar kaki Amir. Entah apa yang dilihatnya di luar tingkap sampai terkeluar perkataan tu. Amir terkebil-kebil.

Bila ibunya masuk ke dalam kereta, dilihatnya Amir meniarap di kerusi belakang sambil menutup muka tanda merajuk.

Sunday, October 17, 2010

Cerita orang di kampung

Bila balik kampung, ada saja saudara mara yang baru pertama kali saya jumpa walaupun dah besar panjang macam ni. Semalam mencari rumah seorang sepupu ayah, nak hantar kad jemputan kahwin. Lepas dah bertanya 2-3 orang dalam kampung tu, baru jumpa rumah yang dicari. Dah 20 tahun mereka tak berjumpa sejak sepupu ayah tu berpindah. Sekarang masing-masing dah bersara. Anak-anak pun dah besar semuanya. Maka orang tua pun bersembang la macam-macam hal, orang muda tumpang dengar je. Sesekali bersuara juga menjawab soalan. "Tak...adik saya yang nak kahwin"...antara soalan yang dijawab...;)

Bila dah lama tak jumpa, sembang pun lama. Tukang dengar pun dah naik kematu. Air dah tambah 2 kali..huhu. Ye la, orang tua punya cerita takkan nak mencelah. Nak mencelah pun nak cerita apa. Bukan cerita pasal isu semasa. Bukan cerita pasal EPL. Cerita pasal si polan sekarang tinggal kat sana.. si polan tu dah meninggal.. anaknya gitu.. anaknya gini.. macam-macam cerita la.

Bila sembang lama lagi sikit, masuk pula cerita harta, cerita tanah. Cerita tanah ni selalunya memang hangat. Pasal tanah, adik-beradik bergaduh. Pasal tanah, bapa saudara dan anak saudara berbalah. Pasal tanah, ipar-duai yang takde kena mengena nak masuk campur. Masuk pula bab nak pecah-pecah nama, kena dapatkan persetujuan semua. Ada yang nak lebih pula. Sampai ke sudah tak selesai. Huh..rumit...rumit. Tukang dengar tambah lagi secawan air..

Thursday, October 14, 2010

Aktiviti 10.10.10

Tak sangka minggu lepas saya berjaya menonton filem Antoo Fighter sampai habis. Dah lama cerita ni ada dalam external hard disk, tapi tak rasa nak tengok. Seperti yang dijangka memang banyak adegan yang buat saya rasa macam nak geletek diri sendiri. Awal-awal dah buat lawak yang tak faham. Poh Jee (Radhi OAG) bertarung dengan 2 orang penjahat. Sampai satu tahap yang genting, Poh Jee keluarkan poster gambar Jalaluddin Hassan yang tertulis "pilihan muktamad". Lantas kedua-kedua penjahat melarikan diri. Sekelumit rasa lucu pun takde. Banyak lagi babak yang entah apa-apa. Tengok sambil rasa tak puas hati. Paling teruk sekali, sampai tak tahu nak rasa apa. Nasib baik tengok berdua. Kalau tengok sorang memang dah lama saya menyerah kalah...haha.

Tapi nasib baik ada juga babak yang buat saya ketawa.. Babak Bel Ngasri letak buah tembikai atas kepala...dan dibaling dengan pisau oleh Pak Guntur memang kelakar...hahaha. Memang mencabar nak cari satu babak yang lucu dalam filem ni. Di samping tu, lakonan Awie, Harun Salim Bachik dan Usop Kopratasa banyak membantu menghidupkan cerita yang syok sendiri ni. Azizi Chunk memang syok sendiri. Mungkin dia gelak guling-guling layan cerita ni.

Lepas maghrib, saya dan 2 orang kawan keluar makan di kedai. Di kaca tv ada siaran langsung majlis perkahwinan. "Lan, ko tak dijemput ke?"  "Tak"  "Tak kan kot.."  "Iye..."

Saturday, October 9, 2010

Cerita rahsia

Kelmarin saya pergi ke kedai nak beli kasut futsal. Cadangnya nak beli kasut yang sama jenis dengan kasut yang hilang tu, sekali takde saiz pulak. Kononnya tak nak bagi kawan-kawan perasan kasut saya tu hilang..hehe. Jadi terpaksalah beli jenis yang lain. Maka semua orang pun perasan saya pakai kasut baru. Terpaksa cerita kisah kasut saya yang hilang. Saya ni memang perahsia sikit, saja suka nak simpan rahsia sorang-sorang. Padahal bukan hal besar mana pun...;)

Bila cerita pasal rahsia ni, teringat kawan-kawan rapat saya sejak sekolah. Bab simpan rahsia ni memang kelakar jugak la. Contohnya Si A cerita sesuatu pada Si B, dan pesan jangan cerita pada sesiapa. Entah macam mana Si B tercerita kepada Si C, dan pesan pada Si C jangan cerita pada sesiapa. Kalau dah rapat sangat ni, rasa macam tak sedap hati je kalau tak cerita. Nak nak kalau cerita terhangat di pasaran, terseksa jiwa nak simpan sorang-sorang. Selalunya cerita pasal kawan-kawan atau keluarga la. Bila dah disampaikan dari seorang ke seorang, akhirnya semua tahu pasal cerita tu, dan semua tak tahu yang semua dah tahu pasal tu. Saya pulak bila dah tahu, memang buat tak reti je. Tahu-tahu datang Si G menyampaikan cerita terkini (kononnya) kepada saya. Saya suka biarkan orang cerita sampai habis dulu, tengok versi dia sama tak dengan saya. Lepas tu saya pun bagitahu "Aku dah tahu la." Baru Si G tahu dia orang terakhir yang tahu...hehe.

Hmm...ada cerita yang semua sedar yang semua dah tahu, dan ada juga cerita yang sampai sekarang masih menjadi rahsia. "I know what you did 10 years ago".....suspen kan? haha...

Saturday, October 2, 2010

Penamat hari penuh rezeki

Ya ampun, banyaknya saya makan semalam. Dari pagi sampai ke malam asyik makan je. Pagi tu kawan belanja sarapan, alhamdulillah..rezeki. Lepas tu ada orang bagi duit, alhamdulillah..rezeki. Tengahari pulak ada jamuan hari raya di pejabat...rezeki lagi. Hmm..hari Isnin pergi bengkel di PICC Putrajaya, hari Selasa-Khamis pergi kursus di Langkawi. Diakhiri dengan jamuan hari raya di hari Jumaat, ok la tu..;) Setiap tahun kami buat jamuan hari raya secara potluck, lebih seronok. Kali ni saya bawa blueberry cheese tart. Sedap gak diorang kata. Habis licin bekas saya tu. Bagus..bagus..

Antara makanan yang sempat saya makan ialah sate, laksam, lemang, spagetthi, soto, kek, puding, popia dan macam-macam lagi. Balik rumah petang tu kebetulan mak masak lontong pulak. Hmm..memang tak boleh la saya tengok kuah lodeh ni...terus berselera nak makan walaupun masih kenyang. Balik futsal pukul 1.00 pagi, makan maggi goreng pulak ramai-ramai, kawan belanja. Ish..ish, selagi tak terpejam mata tu, mengunyah je  la kerjanya. Dah orang nak belanja, tak sampai hati pula nak tolak..hehe. Sambil makan, sambil  belek-belek D90 kawan saya, melihat aksi yang ditangkap semasa bermain futsal.

Lepas dah bersembang dan bergelak ketawa di kedai makan, kami pun balik. Owh, hari yang meriah dan mengenyangkan. Dalam perjalanan balik saya tergerak nak periksa beg kasut saya. Alamak, laju saya menuju semula ke tempat futsal. Ahh...seperti yang dijangka memang dah hilang kasut futsal saya. Baru empat bulan pakai kasut tu...demm. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya mengenang semula rezeki saya sepanjang hari, bahkan untuk sepanjang minggu ini. Rupa-rupanya ada juga yang bukan rezeki saya. Begitulah penamat hari yang meriah dan penuh rezeki..

Bingka: kepada yang berkenaan, gunalah kasut itu untuk kebaikan...sob sob

Tuesday, September 21, 2010

Iklan raya Perodua tak habis



Apa yang tak kena dengan iklan ni? Ya, cerita yang tak habis. Takkan macam tu je habisnya, turun kat bus stop lepas tu bas jalan. Buat orang terpinga-pinga je kan.. Tambah la lagi beberapa saat, buat ending yang menarik sikit.

Cuba buat macam ni..
Bila pakcik tu dah turun dari bas, dia berdiri kat bus stop tu, tak tahu nak ke mana..
Tiba-tiba berhenti satu kereta. Keluar sepasang suami isteri dari kereta tu...

"Ayah...ayah buat apa kat sini?"
"Nak jumpa mak kamu, nak bagi makanan ni.."
Pasangan suami isteri saling berpandangan...
Si suami memimpin tangan ayahnya sambil menggelengkan kepala sedikit..
"Dah la ayah, mari kita balik.."

(Rupa-rupanya pakcik tu yang ada penyakit alzheimer..)

Lepas tu keluar ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...dari Bingka... kan menarik tu.

Saturday, September 18, 2010

Tak lupa kata kunci

Semalam masa makan tengahari dengan kawan, ada sorang salesgirl datang jual buku. Jarang saya berminat nak beli. Tapi semalam lepas belek buku yang dijual tu, saya beli satu. Lepas dah bayar, salesgirl tu tanya  "Abang orang Johor eh?"  "Haah...mana tahu?"  "Macam pernah nampak, kat Batu Pahat"  "Ye ke, memang Batu Pahat pun"  "Tu la macam biasa nampak, ok la bang... Assalamualaikum"...sambil berlalu. Alamak, ada pulak yang kenal. Saya bukan selalu pun balik kampung. Pelanduk dua serupa la tu..;) Eh, pernah tak korang jumpa 'pelanduk' korang? Kalau terjumpa kita nak buat apa ye? Nak buat muka tak puas hati ke, nak tanya khabar ke, atau nak pow duit dia? Pening gak nak fikir kan?

Cakap pasal balik kampung, teringat aktiviti pada Hari Raya ke-2 semasa di kampung. Adik-adik saya bukan setakat berjalan di BP Mall, siap shopping lagi. Saya je rilek, tengok-tengok pakaian bukan main. Cakap cantik..lawo..murah segala. Akhir sekali lepak kat luar kedai tunggu adik-adik yang sibuk memilih dan mencuba baju dan seluar. Kat kedai lain pun macam tu...tengok kasut, seluar dan macam-macam lagi barang. Lepas tu teringat 'kata kunci' untuk tahun ni. Hmm...terus bertenang. Yup, 'kata kunci' untuk tahun ni masih diingati...JIMAT. Oo...mungkin masa saya tengah lepak depan kedai sambil tengok gadis-gadis BP jalan pakai baju raya, dia (salesgirl) ternampak saya. Atau masa tengah berdiri atas mesin penimbang. Haa...atau masa tengah makan KFC dengan adik-adik. Tu je la masa saya menonjolkan diri di khalayak ramai, yang lain semua pergi rumah saudara-mara je..;)

Malam tu saya tengok orang bakar mercun. Bunyi bang..bang..boomm...sambil nampak cahaya bunga api di langit. Saya dongak ke langit dan nampak banyak bentuk RM, lantas teringat 'kata kunci'... Saya tambah Glo dalam besen dan sambung basuh pinggan kenduri...:)

Thursday, September 16, 2010

Ayam Panggang penambah _ _ _ _ _

Malam tadi lepak minum 2 gelas nescafe-o dengan 2 orang kawan. Balik rumah ingat nak buka Google Reader atau nak update blog. Sekali dah sedap-sedap baring, tertidur pulak. Bila bangun pagi tadi rasa macam...ohh penuhnya, terus masuk bilik air. Ada orang masa tengah tidur boleh terjaga sebab nak buang air kecil. Saya bukan jenis macam tu la...heheh.

Semalam saya dah mula kerja. Agak bosan la. Hari Isnin dan Selasa hari tu bosan sebab duduk rumah, ni bosan sebab kerja pulak..haha. Kerja memang ada, jadi saya buat je la sikit-sikit. Pergi makan tengahari pun sorang-sorang. Dah takde idea nak makan apa, saya saja la masuk kedai Rasamas, nak mencuba la konon. Saya makan Nasi Ayam Panggang sebab gambar dalam menu nampak macam sedap. Tapi tak puas hati la, sebab ayamnya macam tak cukup panggang, pucat macam ayam yang distim dan ditabur black pepper je. Hmm..itulah yang dinamakan jauh panggang dari api. Nak ambil gambar pun malas sebab...well....bosan.

Nasi Ayam Panggang...not even close

Semalam kawan saya tanya rumah saya ada buat open house ke? Saya jawab takde..in fact tak pernah pun. Kalau tak buat rumah terbuka bukannya tak boleh datang beraya kan..

Bingka: Yup, ayam panggang Rasamas penambah....BOSAN

Monday, September 13, 2010

Topik raya warga Batu Pahat

Tengah malam tadi saya selamat sampai di rumah setelah 3 hari beraya di kampung. Hmm...tiga hari memang tak cukup untuk menziarahi semua saudara-mara di Batu Pahat dan Johor Bahru. Yang tak sempat diziarahi tu, mungkin tahun depan la pulak. Trafik malam tadi lancar walaupun banyak kenderaan. Tu yang saya suka balik malam tu. Syukur takde apa yang berlaku sepanjang perjalanan, tak mencabar macam tahun lepas. Ya, tahun lepas memang raya paling mencabar. Nasib takde kemalangan jiwa je...ish ish

Macam mana sambutan Hari Raya anda? Mesti meriah kan. Saya bertolak ke rumah Mak Long di JB pada malam raya. Sampai di sana pada pukul 1.45 pagi. Sejak nenek tinggal dengan Mak Long ni, memang situ la destinasi pertama kami untuk beraya. Lepas Solat Raya kami sekeluarga sempat beraya ke satu rumah je di Kampung Melayu Majidee. Maklumlah hari Jumaat, memang tak banyak masa sangat untuk berjalan. Lepas Solat Jumaat kami bersantai je di rumah sambil menonton tv. Akhirnya saya layan tidur dengan jayanya. Cuaca pun mendung serta hujan renyai, ditambah perut yang penuh dengan makanan. Memang sesuai sangat untuk beradu. Tengah tidur tu Mak Long kejut bagi bantal pulak. Ish..ish..sedapnya. Dalam pukul 4 baru bangun, tu pun sebab ada saudara datang. Petang tu kami bertolak ke Batu Pahat pula dan bermalam di rumah makcik di sana.

Hari Raya ke-2 setiap tahun memang rugi sikit sebab tak dapat nak beraya. Dari pagi kena berewang di rumah saudara sebab malamnya ada kenduri tahlil. Kena bersihkan pinggan mangkuk, bentang karpet, basuh ayam dan macam-macam lagi. Bab potong-memotong di dapur memang saya tak campur. Bila bahagian saya dan adik-adik lelaki saya dah selesai, kami pun menghilangkan diri dan berjalan-jalan di BP Mall. Lepas tu balik ke rumah makcik dan tidur. Dah petang baru kami muncul semula. Malam tu macam biasa, kena tolong angkat hidang lepas selesai tahlil dan kena basuh pinggan mangkuk lepas selesai makan-makan. Tu dah menjadi tugas setiap tahun (ahh mana pelapis ni..). Walaupun tak beraya, tapi dapat jumpa ramai juga saudara-mara yang datang pada sebelah petang dan malamnya.

Hari Raya ke-3 baru aktiviti kunjung-mengunjung dapat diteruskan. Topik hangat di setiap rumah yang dikunjungi ialah kes kematian Datuk Sosilawati Lawiya, maklumlah dia pun berasal dari BP. Kasihan betul dengan keluarganya. Hari-hari yang sepatutnya disambut dengan gembira ni, perkara begini pula yang menimpa. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.

Setelah berehat sekejap di rumah makcik, dalam pukul 4 petang kami sekeluarga bertolak pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang, aktiviti berkunjung ke rumah sanak-saudara tetap diselitkan. Tu yang sampai rumah pun dah tengah malam tu. Bagi yang akan memandu pulang ke rumah masing-masing...saya doakan semoga anda semua selamat tiba.


Bingka: saya dapat duit raya gak..haha

Wednesday, September 8, 2010

Hari Raya dulu-dulu

Semalam semasa berbuka puasa sempat abah bercerita tentang Hari Raya dulu-dulu. Malam sebelum Hari Raya semua berkumpul di tepi radio nak dengar pengumuman raya. Mana yang takde radio tu pergi ke rumah jiran nak tumpang dengar suara Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kalau tak jadi raya takpe la, semua bertenang je sambil bersiap nak solat tarawih. Tapi kalau jadi je esok raya, semua kelam-kabut baru nak masak ketupat, masak rendang dan segala macam hidangan raya. Ada juga yang baru nak masukkan beras dalam anyaman ketupat (jangan baru nak cari daun kelapa sudah). Masa tu baru terdengar bunyi kecoh-kecoh kat belakang rumah "keeook...keeook"...orang sibuk tangkap ayam. Lepas tu baru nak sembelih dan cabut-cabut bulu ayam diterangi hanya lampu pelita. Dulu mana ada orang jual ayam dah siap sembelih macam sekarang, semua kena sembelih sendiri. (Owh...teringat kenangan cabut bulu ayam masa kecil).

Yang mana tak sempat dengar pengumuman raya tu sibuk la datang tanya esok raya ke tak. Bila tahu je esok raya, diorang pun pergi la sebarkan kat orang yang mungkin tak tahu lagi. Pendek kata, pada malam raya sampai ke awal pagi, semua orang sibuk dengan persiapan raya. Yang mana ditugaskan jaga makanan yang dimasak memang kena berjaga la sampai pagi. Kalau takde yang jaga, siapa nak tambah kayu api kalau dah habis...;)

Mesti ramai yang dah ada kat kampung kan? Saya masih bekerja sampai esok. Sunyi je keadaannya.  Jalan lengang, tempat parking kosong. Nak parking tempat bos pun boleh. Terdengar sayup-sayup lagu raya dari pejabat depan. Amboi...mood raya betul orang di sana tu, seharian pasang lagu raya. Esok saya nak kerja separuh hari...sampai pukul 1 je, tak kira. Malas nak tunggu berita daripada bahagian pentadbiran. Macam tahun lepas dan tahun sebelumnya, pukul 3 petang baru dapat tahu boleh balik awal, padahal orang di bangunan pentadbiran awal-awal lagi dah balik...kan durjana tu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog Bingka. Mohon maaf zahir & batin jika ada tersilap kata, tersalah laku atau terlanjur bicara.

saja nak bangga dapat 1 kad raya...;)
Bingka: "Dont sleep and drive.."  ;p

Monday, September 6, 2010

Berpada-pada menyambut Syawal

Di akhir-akhir Ramadhan ni, kita dapat lihat betapa sibuk orang kita membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Kalau kat Facebook tu, macam-macam status melibatkan raya dapat dibaca. Ada yang sibuk dengan shopping raya, buat kuih raya, mengisi masa mendengar lagu-lagu raya dan ada yang dah tak sabar nak balik kampung untuk berhari raya. Tak kurang juga link iklan raya dan e-kad raya yang ditagged. Iklan raya yang paling kontroversi pastinya iklan raya TV3. Pendek kata, semuanya pasal raya.

Bukan tak boleh kita nak bergembira dengan kedatangan Syawal. Hari Raya Aidilfitri ni memang disambut sebagai simbolik meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan. Tapi jangan sampai teruja sangat, nampak macam dah tak sabar benar nak meninggalkan bulan Ramadhan. Saya tak dengar satu lagu raya pun sepanjang Ramadhan ni, kecuali lagu raya yang memang kadang-kadang keluar kat tv. Ada je melambak lagu raya dalam komputer, tapi satu pun saya tak dengar. Kebetulan radio kereta pun rosak, jadi memang tak berkumandang la lagu raya. Entahlah, rasa malas nak terikut-ikut dengan blues raya orang lain. Buat rileks sudah. Tiba masa beraya, saya beraya. Kunjung-mengunjung dan saling bermaafan. Ada orang dah puas dengar lagu raya sebelum Hari Raya, bila tiba masa beraya...melekat depan tv, tengok orang nyanyi lagu raya pula.

Cuba kita renung apa yang kita buat pada bulan Ramadhan ni. Adakah kita memanfaatkan bulan mulia ini sebaiknya? Adakah kita lebih banyak membazir pada bulan ini berbanding bulan-bulan lain? Saya awal-awal dah pesan pada emak jangan beli kuih raya banyak sangat, nanti sampai  Thaipusam tahun depan pun tak habis. Kata ustaz dalam tazkirah kelmarin, kalau kita benar-benar faham kelebihan Ramadhan, pasti kita akan mengharapkan setiap bulan itu bulan Ramadhan. Jadi berpada-padalah.

Oh ya, ini emel saya kepada TV3: "Salam, tolong fikir dengan bijak sebelum buat iklan raya."

Bingka: Salam Aidilfitri kepada semua...Maaf Zahir dan Batin!

Friday, September 3, 2010

Memandu sambil tidur

Minggu depan ramai orang akan balik ke kampung. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang baik. Pandulah dengan berhati-hati. Kalau mengantuk berhenti di R&R dan berehat dahulu, atau pun tukar pemandu. Saya bagi nasihat ni sebab saya pernah mengalami pengalaman seperti di bawah:

I'm just lucky
Sedar-sedar saya masih memandu, tapi macam ada terdengar bunyi yang kuat. Jadi saya pun berhentilah kejap nak tengok apa yang tak kena. Rupa-rupanya dah terlanggar besi penghalang lebuh raya. Habis pintu depan dan belakang sebelah kiri kemek selain ada kesan sagat. Walaupun terkejut, saya tetap bersyukur sebab tak berlaku kejadian yang lebih teruk. Mujur ada besi penghalang jadi penyelamat. Masa tu bukan saya seorang, ada emak dan adik-adik. Sorang adik saya tu ada lesen memandu, tapi masa tu dia tengah tidur. Yang lain pun tidur juga. Jadi saya biarkan je la dulu sebab R&R Ayer keroh lagi 10km je. Saya ingat sempat la nak berhenti di R&R tu, sekali tak sempat.

Lepas dah kena tu memang terus segar ko, walaupun dah tukar pemandu. Sampai ke KL mata ni terbuka, tak payah nak tahan dengan batang mancis. Kesimpulannya kalau dah mengantuk sangat tu, jangan la cuba nak tahan-tahan. Memang akan tertidur punya. Belum kena belum tahu. Jadi beringatlah.

Bingka: memandu di lebuhraya pada waktu tengahari memang mencabar...zZzZ

Sunday, August 29, 2010

Tadarus...peluang menimba ilmu

Alhamdulillah, malam tadi (malam ke-19 Ramadhan) saya bersama ahli tadarus surau di rumah saya berjaya khatam Al-Quran. Teringat pada malam pertama Ramadhan, ada 20 orang semuanya. Malam tadi hanya tinggal 6 orang saja. Majlis tadarus Al-Quran ni diadakan setiap kali selepas selesai solat tarawih dan kadang-kadang selepas solat Subuh (pada hari minggu). Ada la dalam 7 hari yang saya tak dapat datang sebab demam dan sebagainya (sebagainya: cakap je la pergi main futsal..huhu). Geng perempuan dah khatam lebih awal, iaitu pada minggu lepas.

Pertama kali bertadarus selepas tamat sekolah, banyak manfaat yang saya dapat. Kalau kita baca sorang -sorang tu, kita perasan macam dah betul dah bacaan kita. Tapi bila ramai yang tukang semak, ada juga bacaan dan cara sebutan kita yang salah. Dari hari ke hari saya dapat memperbaiki bacaan saya. Tambahan pula salah seorang dari ahli tadarus tu adalah bekas peserta tilawah Al-Quran sebanyak 3 kali, maka banyaklah ilmu yang dikongsi bersama ahli yang lain.

Saya teringat kisah pada satu malam, waktu tu tiba giliran saya membaca. Saya pun bacalah macam biasa. Selepas habis je saya baca satu ayat tu, semua orang bersujud mengadap kiblat. "Awat plak ni?" saya bertanya dalam hati. Dalam terpinga-pinga saya bersujud sama. Kebetulan kedudukan saya dah mengadap kiblat, jadi tak perlu la nak berpusing. "Nak baca apa ni?" Waktu tu saya teringat bacaan yang dibaca antara takbir raya yang sebanyak 7 dan 5 kali tu. Saya pun baca ayat tu sebanyak 3 kali sambil menunggu orang di sebelah bangun dari sujud. Bila orang tu bangun dari sujud, saya pun ikut sama. Kebetulan ayat tu ayat terakhir yang perlu saya baca, maka bacaan pun disambung oleh pakcik di sebelah. Sambil orang lain menyemak bacaan pakcik tu, saya masih merenung ayat tadi lama-lama...hmmm

Bila balik ke rumah saya tanya pada abah... "Abah, kenapa semua orang sujud tadi?"  "Itulah sujud tilawah. Bila jumpa ayat sajdah, kita disunatkan untuk sujud."  "Nak baca apa masa tu?"  Lalu abah mengambil kitab dan menunjukkan pada saya bacaan sujud tilawah. Lepas daripada itu, saya dah bersedia dah untuk sujud bila bertemu dengan ayat sajdah.

Bingka: kalau baca sorang-sorang, tak khatam lagi ni..

Tuesday, August 24, 2010

Ragam bangun sahur

Lagi 2 minit pukul 5.00 pagi. Seperti semalam, saya dah terjaga sebelum alarm berbunyi. Bagus ni. Suasana sunyi. "Aik, takde orang bangun lagi ke?" Selalu masa-masa macam tu, kalau pergi dapur dah boleh makan. Saya menjengah ke dapur, memang sah takde orang, sama macam semalam. Saya ketuk pintu bilik emak dan abah yang tak berkunci. Lepas 2-3 kali ketuk, saya terus buka pintu. Kedinginan bilik terus menerpa ke tubuh. Patutlah sedap je tidurnya. Sejuk betul suhu pendingin hawa. Sementara tunggu emak menghangatkan lauk saya menonton tv kejap. "Mak, tak kunci jam ke?"  "Entah abah tu, kunci kot...tapi tak dengar apa pun"

Sekali sekala memang begitu. Ada ketikanya emak atau abah tak terjaga. Tapi ni dah 2 hari berturut-turut ni, takut esok saya pulak yang lena diulit mimpi, memang terlepas la sahur seisi rumah. Hmm...esok saya kena kunci jam awal sikit, pukul 4.45. Nak harap lagi 3 orang adik yang ada di rumah tu...toksah la. Semua nak harap dikejut je baru bangun.

Teringat kenangan waktu kecil dulu, macam-macam ragam kalau nak kejut bangun sahur. Ada yang senang bangun, ada yang susah nak bangun. Macam-macam cara kalau nak kejut bangun sahur tu...nak kena sapu air kat muka, renjis air kat muka, nak kena dudukkan badan, nak kena tarik kaki, nak kena lempang-lempang sikit...baru nak bangun. Bila dah bangun tu macam-macam perangai pulak..ada yang kat meja makan pun mata masih nak terpejam. Ada yang muka masam mencuka, ada yang ceria. Ada pula yang tak puas hati dengan orang yang ceria tu. Ye la, pagi-pagi dah kecoh apehal. Tu yang kadang-kadang bangun sahur pun boleh berkelahi. Ada je benda yang boleh jadi point..haha. Adik-beradik ramai memang begitu kan..

Ada yang bila bangun je.. "Mak, kenapa tak kejut bangun sahur tadi?"  "Ko jangan nak ngada-ngada, orang dah kejut banyak kali tadi""Tak dengar pun"...sambil garu kepala.

Bingka: Alhamdulillah belum terlepas sahur lagi..

Thursday, August 19, 2010

Sedekah di bulan mulia

Entah dah berapa puluh kali saya bersin sejak pagi tadi. Penat pulak rasanya. Dua-tiga hari ni saya tak berapa sihat. Kat tempat kerja tak terasa sangat, tapi bila balik rumah rasa makin lemah dan lesu pula badan ni. Sampai je kat rumah terus terlepek atas katil. Sahur dan berbuka pun makan bubur je. Ubat batuk dan ubat demam jadi dessert. Tarawih dah 2 malam tak pergi. Pagi semalam siap termuntah dalam bilik air. Keluar balik sebahagian santapan sahur. Nak minum air dah masuk waktu Subuh pula, terpaksa la tahan rasa muntah yang tak sedap kat tekak ni. Yaks..

Minggu lepas, keluar je dari surau selipar dah takde. Takpe, saya sedekah je la kat orang yang ambil tu. Minggu sebelum tu adik saya kehilangan capalnya. Kawan saya kata anaknya pun hilang selipar. Cari punya cari nasib baik jumpa juga, tapi kartun-kartun yang dipasang dah hilang..hehe. Lain kali jangan letak banyak sangat kartun ye..;)

Kat surau rumah saya ni selang sehari atau dua hari pasti ada ustaz jemputan yang mewakili mana-mana madrasah atau sekolah tahfiz yang akan mengimamkan solat tarawih dan menyampaikan tazkirah. Bagus-bagus bacaannya, tazkirah yang disampaikan pun menarik. Ada juga seorang ustaz yang lebih muda dari saya. Bagusnya. Selalu pergi solat tarawih memang dah terbiasa tak bawa duit. Ye la surau dekat je pun, jalan kaki je sampai. Jadi takde la nak bawa beg duit, lesen dan IC segala. Tapi lepas ni rasanya kena bawa juga la sikit, sebab ustaz-ustaz ni di samping menjadi imam dan memberi tazkirah, mereka juga mengumpulkan sumbangan untuk tempat-tempat yang mereka wakili. Ada tu yang datang dari Terengganu...jauh tu. Kan bagus kalau dapat bagi sedikit sumbangan. Hatchemmm!! one more..

Bingka: psst...berat dah turun

Thursday, August 12, 2010

Jeling param

Hai semua.. Bagaimana dengan hari pertama berpuasa semalam? Mesti baik-baik saja kan.. InsyaAllah kalau dah niat berpuasa, kita akan mampu bertahan sehingga masuk waktu berbuka. Semalam saya bersahur dengan cempedak goreng dan kurma. Ada je nasi, tapi tak terasa nak makan. Pagi-pagi semasa di pejabat perut saya dah mula berbunyi...krekk..krukk..krekk. Ahh, ganggu betul la. Malu kat orang sebelah. Mungkin perut dah terbiasa memproses makanan pada waktu begitu. Kali ni kosong pula. Sudah la perut, baik kamu berehat saja.

Tempat kerja saya balik macam biasa, pukul 5.00 petang. Mengantuk betul dalam perjalanan pulang ke rumah semalam. Bulan puasa tahun lepas pun macam tu, asal balik waktu petang mesti mengantuk. Berjuang saya nak tahan mengantuk. Tapi gagal juga sekali tu, tengah terperangkap dalam traffic jammed, sedar-sedar kereta Proton Satria di depan dah tercium...oopss.

Apa cerita dengan pasar Ramadhan? Harga makanan berpatutan tak? Tahun lepas harga kuih RM2.00 untuk 5 biji. Tahun ni masih sama ke? Saya tak ke pasar Ramadhan pun semalam. Kat status facebook tertulis: "hari ni nak jeling je param.. tak singgah". Saya tak sedar pun masuk waktu berbuka. Tiba-tiba terdengar suara mak dalam bilik, "la, tidur rupanya...bangun-bangun, dah masuk waktu ni".

Malam tadi semasa tarawih, ada tazkirah. Ustaz kata.. kalau sedang bersahur, tiba-tiba terdengar suara azan, rileks je...habiskan makanan dan minum seadanya. Tapi habiskan yang di dalam mulut saja ye, bukan yang di dalam pinggan.. ;)

Bingka: hari ni nak jeling param lagi..

Monday, August 9, 2010

Did you mean it?

Hari ni jumlah follower blog Bingka menginjak ke angka 100. Ada orang yang bagi hadiah kepada follower ke 100. Saya tak buat begitu. Tak adil kepada orang yang lebih awal menjadi follower. Kalau nak bagi, kena bagi kepada semua. Tapi itu pun tak adil sangat. Ada orang tekan butang follow dan betul-betul follow. Ada orang tekan butang follow dan menghilang, yang penting followernya jadi ribu-ribu. 

Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang betul-betul follow tak kiralah tekan butang follow ke tak.

Bingka: suka dengar Sinar FM...i follow!

Saturday, August 7, 2010

The Magpies kembali dengan azam baru

Sejak tamat Piala Dunia tempoh hari, jiwa terasa bosan terutama pada hari minggu. Tak tahu nak buat apa.  Ditambah pula dengan status perhubungan yang dah berubah...owh memang bosan. Nasib baik 2-3 minggu ni ada juga kawan yang ajak keluar. Takde la bosan sangat. Saya memang jarang nak ajak kawan-kawan keluar sekarang ni. Masing-masing dah berkeluarga, malas nak ganggu. Kawan saya yang bujang sorang lagi tu sibuk dengan kerja dan kuliah pula, tu pun tak perlu diganggu. Kalau dia free dia akan roger saya.

Minggu depan akan bermulalah musim baru (2010/2011) bagi Liga Perdana Inggeris (EPL). Pastinya hari minggu akan kembali bermakna...yes! Untuk musim ni, Newcastle United (NUFC) akan kembali beraksi dalam EPL setelah semusim bersaing dalam Liga Championship. Sebagai penyokong, memang kecewa apabila mereka tersingkir ke liga bawahan pada Mei tahun lepas. Tapi sokongan terhadap The Magpies tak pernah goyah, malah semakin kuat lagi sokongan saya terhadap mereka. Saingan di Liga Championship tidak disiarkan di kaca tv. Jadi dah semusim saya tak dapat menonton aksi mereka. Hanya dapat mengikuti perkembangan semasa dan keputusan perlawanan mereka melalui internet. Sekarang saya dapat menonton kembali aksi mereka. Bagusnya.

Ada hikmahnya NUFC bersaing di liga bawahan. Dari kegagalan itu mereka menilai segala kelemahan yang ada dan bangkit semula dengan semangat baru. Mereka kini lebih bersatu. Akhirnya mereka berjaya menjuarai Liga Championship sekaligus dapat menyertai semula EPL. Gembira betul rasanya. Kali pertama mereka bergelar juara sejak 14 tahun saya menyokong mereka. Kalau tak masuk Liga Championship, tak merasa nak bergelar juara. Hmm..14 tahun lepas mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat. Permainan mereka sentiasa menghiburkan. Pada musim 1996/1997, mereka membelasah Manchester United 5-0 dengan selamba je. Zaman tu zaman kegemilangan Alan Shearer, idola saya. Nama pun lebih kurang sama...Azlan & Alan. Memang gandingan yang mantap. Bila dia berpindah dari Blackburn Rovers ke NUFC, saya pun turut sama menyarung jersi NUFC dan menjadi Toon Army sehinggalah sekarang.

yeahh..we're going back to Premier League!
Saya bukan macam sesetengah orang, bila pasukan dah tak kuat, tukar sokong pasukan lain yang lebih kuat dan ramai bintang pula. Saya masih ingat ketika Chelsea baru dibeli oleh jutawan Rusia, Roman Abramovich dan tiba-tiba menjadi kuat apabila berjaya membeli ramai bintang-bintang bola sepak. Masa tu tiba-tiba muncul ramai penyokong Chelsea. Padahal sebelum tu tak dengar cerita pun dia sokong Chelsea. Dey, pegii dah..

Bingka: no more relegation please...
 (jom ke pesta konvo UKM)

Wednesday, August 4, 2010

Crack

Harapan saya semoga hari Jumaat ini tumpuan saya tak terganggu ketika mendengar khutbah. Dah beberapa minggu sebenarnya terganggu. Rasanya orang lain pun terganggu juga la. Bila ternampak buat kali pertama, rasa macam nak sebat je. Lalu saya lebih banyak memandang ke bawah. Tapi bila pandang bawah lama-lama jadi layu pulak mata ni. Kena lah pandang depan sekali sekala. Yang peliknya bila pandang ke depan, walaupun kita tak nak pandang, tetap macam ada magnet yang menarik pandangan ke situ semula. Durjana betul. Eh, tolong duduk jauh-jauh sikit ye, jangan duduk depan saya.

Yang ni teruk sangat..;p

Bingka: Macam kau sorang ada rekahan..

Sunday, August 1, 2010

Pertolongan cemas

Baru-baru ini saya menghadiri Seminar Pertolongan Cemas di tempat kerja saya. Seminar ni diadakan selama separuh hari je, sebab tidak melibatkan latihan praktikal. Berikut perkara yang sempat diserap oleh otak saya, pada masa saya tidak bersembang atau menggunakan fungsi WiFi pada handphone.

1. Pertolongan cemas bermaksud rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke klinik atau hospital.

2. Punca kebanyakan mangsa kemalangan tidak dapat diselamatkan adalah disebabkan kelewatan mangsa menerima rawatan pertolongan cemas, bukan disebabkan kelewatan ambulans tiba.

 3. Bagi mangsa yang mengalami kesukaran untuk bernafas, jika dalam masa 5-6 minit si mangsa tidak menerima bantuan pernafasan atau rawatan CPR (Cardiopulmonary resusitation), mungkin dia boleh koma atau lumpuh seumur hidup, atau lebih teruk lagi...meninggal dunia. Semasa melakukan CPR, sebaik-sebaiknya elakkan sentuhan terus dengan mulut mangsa kerana dikuatiri berlaku jangkitan kuman. Lapik dengan sapu tangan atau kain yang nipis.

4. Jika berlaku pendarahan, balut dan tambahkan tekanan pada kawasan yang luka. Tinggikan kawasan yang luka dari paras jantung dan otak.

5. Jika melecur atau terbakar, sejukkan kawasan yang melecur dengan air paip yang mengalir selama 10-20 minit. Tak perlu nak letak marjerin, kicap, ubat gigi dan sebagainya...lol

6. Jika terseliuh, langkah terbaik adalah tuamkan tempat yang sakit dengan ais. Jika hendak diurut, lakukannya selepas 3 hari. Ini kerana jika berlaku kes seperti ini, pendarahan dalaman sebenarnya sedang berlaku. Jika terus diurut, ia hanya akan membuat keadaan menjadi lebih teruk. (Lebam menunjukkan pendarahan dalaman sedang berlaku)

Banyak lagi situasi yang memerlukan pertolongan cemas. Contohnya kalau ada patah-patah, kena la dibalut dan disokong dengan kain anduh. Situasi lain seperti pitam, sawan, tercekik, keracunan dan kejutan elektrik...semuanya mempunyai langkah-langkah pertolongan cemas yang mampu membantu mangsa untuk mengurangkan kesakitan, mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk dan menyelamatkan nyawa mangsa.

Selepas langkah pertolongan cemas dilakukan, segeralah bawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Bayangkan jika anda seorang sahaja yang berada di tempat berlaku kemalangan, dan perlu melakukan pertolongan cemas. Adakah anda bersedia?

kaki saya waktu terseliuh dulu..


Bingka: rasa nak letak First Aid Kit dalam kereta..

Friday, July 30, 2010

Menonton teater di Istana Budaya

Di depan Ampang Puteri...
"Wei, mana ko?"..tanya Faizul
"Depan ni la, cepat la keluar.."  
"Ko pakai baju apa?"  
"Batik la" 
"Cakap betul-betul"  
"Iya...nak gi Istana Budaya, kena la kemas" 
"Macam mana ko tahu?"
"Aku search internet la, peraturan Istana Budaya"

Dari jauh Faizul melambai. Saya terus bergerak menghampirinya.
"Gi kat kereta aku jap, nak pakai kasut."
"Cakap la betul2 ko pakai baju apa?"
Saya menyelak jaket..."Haha...T-shirt berkolar dah la."
"Aku T-shirt round neck je ni. Nasib baik ada jaket berkolar...haha"
"Apa la...ko yang ajak, ko tak tahu plak." 
"Round neck tak boleh, jeans lusuh/koyak tak boleh, selipar tak boleh"

Sampai di Istana Budaya jam menunjukkan pukul 7.50. "Huh..kalau naik kereta tak sampai lagi ni"...kedengaran suara Faizul dari belakang.

"Bang parking motor kat mana?"
"Pusing ke depan...ikut jalan ni"
(Kantoi first time datang..hehe)

"Bang, surau kat mana?"
"Naik tangga ni belok kanan"
(First time datang ye..hehe)

Dah pukul 8.10. Dah boleh masuk ke dalam nampaknya. Kami berjalan ke pintu masuk.
Tiket disambut dengan senyuman. "Yang ni kat atas encik, tingkat 2...naik tangga tu"  "Owh...ok2"
Bayar murah nak masuk tempat mahal. Kami menaiki tangga sambil cover gelak.
(First time datang ye...hehe)

Usai menyanyikan lagu Negaraku...
Tuan-tuan dan puan-puan...mempersembahkan...Cuci The Musical 2!

'Cuci the Musical 2'....27 Julai - 10 Ogos 2010

Bingka: my only problem is the duration...:) 

Tuesday, July 27, 2010

Hari Marathon

Di pagi yang gelap itu, dengan bersemangat saya menunggang motor ke rumah Faizul. Waa..syoknya, macam ni rupanya pagi hari Ahad. Yeah, pagi Ahad yang aktif! Setelah membelok masuk ke Jalan K2, saya lihat Faizul berdiri di hujung jalan, sedang menunggu di depan rumahnya. Saya angkat kedua-dua belah tangan, macam baru menamatkan perlumbaan. Dia hanya berpeluk tubuh. Kagum barangkali. Ala..baru pukul 6.35, sempat lagi..hehe

Saya sangat teruja pagi tu. Kali pertama nak menyertai marathon. Haha..seboleh-seboleh nak sebut marathon, padahal 11 km je, suku marathon namanya tu. Sebelum ni tak pernah la saya nak masuk lari-lari ni. Masa kat sekolah dulu ada la, itupun memang program sekolah. Bukannya jenis terbuka macam ni.

Sejurus pintu kereta ditutup, saya terus memula bicara: "Kata ada baju free" "Ada aku cakap ke?" "Ada la, dalam phone hari tu" "Hahaha..aku pun dah lupa" "Hampeh tul, tipu." "Dapat kot kat sana...hahaha" "Banyak la ko, takkan hari ni baru sibuk-sibuk nak bagi baju."

Pukul 7.30 pagi para peserta lelaki dilepaskan untuk larian. Peserta wanita dah dilepaskan 15 minit lebih awal. Laju peserta lain memulakan larian. Kami berjalan je awal-awal tu, sebab masa tu saya baru nak pasang nombor pada baju. Nombor tu baru dapat dari kawan Faizul yang dah sampai lebih awal. Lepas beberapa meter baru kami mula berlari seiringan. Tak dapat la nak lari sepanjang masa. Sekali sekala kami berjalan (selalu kot). Saya bukannya ada berlatih pun. Faizul ada la juga berjoging di KLCC pada waktu petang. Bila nampak payung 7UP Revive dari kejauhan, kami seronok..."Yes, revive!" Sampai je di  payung tu, kami mencapai secawan air isotonik yang disediakan di atas meja. Para petugas sibuk menuang air ke dalam cawan-cawan kertas yang masih kosong. Ahh...lega. Beberapa kilometer lepas tu, nampak lagi payung dari kejauhan. "Yes, revive!"  "Wak lu, tu orang jual nasi lemak"

Catatan masa: 1 jam 30 minit

***

Selesai menonton The Sorcerer's Apprentice, kami menuju ke medan selera di tingkat 2Dah hampir pukul 3 petang, perut pun dah lapar semacam. Oops..terlupa, sebelum ke medan selera kami singgah di kaunter tiket. Tak ramai orang pula hari Ahad tu. "Inception, pukul 5.30, untuk 3 orang..Ok?"...tanya pekerja di kaunter"  "Ok!"..balas Kamal. Saya dan Dell mengangguk setuju. "Pehh, pagi marathon berlari, petang marathon movie plak". Kamal dan Dell tergelak.


"Ko makan apa Lan?" "Entah, sini je kot"(sambil menunjuk ke arah kedai yang dimaksudkan). "Aku cari kat sana la"..kata Kamal. Saya pun beratur. Panjang sikit pun takpe la, banyak masa lagi.  "Yes, makan apa?" "Spaghetti Napolitana"

Sampai di rumah malam tu saya terus baring di atas katil. Lunyai. Sedar-sedar dah pagi.


Bingka: Are you genius? Try to watch Christopher Nolan's 'Inception'..

Sunday, July 25, 2010

Bulan Ramadhan nanti, den torai..

Macam mana? Nak masuk tak? Kalau nak masuk abah tulis nama. Sudah kali kedua soalan tu ditanya. Masa kali pertama ditanya saya berat nak beri jawapan. Abah kena cari orang. Dia kata takde orang lagi sekarang ni. Cara bertanya tu macam nak suruh saya masuk. Saya faham.

Hmm...boleh la kot. Tapi hari Jumaat tak boleh. Ada futsal macam biasa. "Bulan puasa pun main futsal?"..tanya abah. "Main la. Futsal pukul 11, lepas tarawih sempat lagi pergi". Lepas tu baru saya terfikir nak tanya.. "Selalu tu lama ke diorang buat?" "Boleh la, sampai pukul 12 gak". (Erk...boleh tahan ke ni?)

Kelmarin saya minum petang dengan Pali. Dia nak saya install Adobe CS4 dalam laptopnya, juga berbincang beberapa hal lain. Disebabkan saya dah janji nak jumpa dia, saya tak dapat nak joging dengan Faizul di taman KLCC. Dah beberapa kali dia ajak. Tak pernah saya ada masa nak pergi. Menjelang maghrib kami berangkat pulang. Sebelum pulang, sempat saya berpesan kepada Pali..."Nanti bulan puasa, kalau nak buka puasa kat luar, hari Jumaat je aku free, hari lain tak boleh."  "Kenapa?"  "Aku join geng surau"  "Buat apa?"  "Tadarus..." "Waa.."

Bingka: Wakil geng muda...den torai

Sunday, July 18, 2010

Tangisan gembira







Bila satu-satunya pasukan yang anda sokong sejak sekian lama berjaya menjadi juara buat kali pertama, anda akan merasai kepuasan yang tak terhingga. Dan bila anda melihat ianya disambut  dengan tangisan, owh...ia lebih dari kegembiraan. Bibit air mata mula bergenang. Lantas ditahan, terlindung di sebalik sorakan. Tangisan gembira...itu tangisan kejayaan!

Bingka: It's different if you support a team that always win, or you only start supporting them after they won something.