Monday, December 21, 2009

Avatar filem terbaik 2009

Hai semua, apa aktiviti yang anda lakukan semalam? Saya telah pergi menonton filem Avatar semalam. Wow..apa yang boleh saya katakan...filem ini memang sangat hebat. Dah lama saya tak rasa teruja macam ni setelah menonton filem. Sebutkan saja filem apa yang hebat tahun ni...bagi saya, tiada yang dapat menandingi filem terbaru arahan James Cameron ini.

Sepanjang menonton filem ini, saya telah dibawa ke sebuah dunia yang lain iaitu Pandora. Kehidupan di Pandora sangat indah dan mempesonakan, tidak kurang juga mencabar. Tak tercapai akalku. Penggunaan teknik CGI (computer-generated imagery) terbaik! Owh, teringat perasaan selepas menonton Titanic arahan James Cameron dulu. Sangat puas hati.

Jadi, tunggu apa lagi. Lapangkan minda dan alamilah sendiri pengembaraan selama 2 jam 40 minit di Pandora. Memang sangat berbaloi!


Bingka: tanpa ragu-ragu~5 bintang

8 comments:

RABUN said...

james cameron memang terbaik..sagat detail orangnyer

Lan Bingka said...

INDRA QIRANA: ye betul, terbaik!

lizz said...

sure best yek???kene tgk ni!!!

Lan Bingka said...

lizz: betul3x..pasti puas hati!

Kujie said...

teringin sgt nak tengok
dah pergi KLCC hari tu

movie dia lewat sgt, lagi pun kak jie kena teman anak2 bawah 10 thn tu tgok Puteri Katak..issshhh

Lan Bingka said...

Kak Jie: rugi tak tengok kak. saya hari tu kul 10.00 pagi dah ada kat klcc, senang sikit, orang tak ramai lagi..;)

Unknown said...

5 bintang tuuu :)

Lan Bingka said...

cik EPAL: of course!
dah lama tak bagi 5 bintang ni..