Thursday, September 17, 2009

Semoga selamat sampai

Sunyi la kat pejabat saya ni. Ramai yang dah mula bercuti dan pulang ke kampung masing-masing. Takpe, esok saya dah cuti. Ish, lambat betul nak petang. Nak balik ni! Kawan-kawan dah selamat sampai ke kampung ke? Alhamdulillah... Yang belum tu berhati-hati di jalan raya ye.. Saya akan balik ke Johor pada hari Sabtu nanti. Doakanlah kami sekeluarga selamat sampai.

Hmm...bagaimana dengan persiapan pulang ke kampung? Jangan ada barang yang tertinggal pulak. Saya memang ada senarai barang-barang yang perlu dibawa untuk 'outstation'. Kalau nak 'outstation' je, saya keluarkan la senarai tu dari dalam laci. Kalau semua barang tu ada, dalam masa sejam pun boleh siap berkemas. Cuma untuk Hari Raya kena la tambah barang-barang seperti baju melayu, songkok, butang, sampin dan sebagainya. Mudah saja..;)


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya selama ini.

p/s: Pada Hari Raya Pertama nanti, genaplah setahun usia blog ni..;)

3 comments:

Cikgu Ije said...

selamat hari raya dan ulangtahun blog yang pertama!

:)

eL said...

semoga selamat sampai. happy 1st birthday to Bingka. selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.Rilek Rilek.

Selamber!