Friday, September 11, 2009

Cuti 6 hari

Wah..masing-masing dah tak sabar nak cuti nampaknya. Kawan-kawan cuti berapa hari? Saya cuti 2 hari je iaitu pada 18hb (Jumaat) dan 23hb (Rabu). Kiranya 6 hari la. Pada 24hb (Khamis) saya dah mula bekerja. Masa tu pejabat masih sunyi. Ramai yang akan mula bekerja pada 28hb (Isnin). Takpe la, biar saya tolong tengok-tengokkan pejabat.

Oh, jangan lupa ye..pada malam-malam terakhir Ramadhan ni buatlah apa-apa yang bermanfaat. Tak dapat banyak, sikit pun takpe. Lepas habis mengaji hari tu saya pusingkan Al-Quran ke sisi, nak tengok dah berapa banyak baca. Hmm...separuh pun tak sampai. Nampak gaya memang tak sempat la nak khatam.

Minggu lepas agak malang ok. Dalam kesesakan jalan raya semasa pulang dari kerja, kereta saya telah tercium belakang sebuah Satria. Haishh..nasib..nasib...Terpaksa tukar lampu depan dan bumper baru. Habis terkurang bajet raya. Nama pemilik Satria tu sama la pulak dengan nama saya. Memang dah tersurat nampaknya.

Beberapa hari lepas tu saya beli Roti John "Special" kat pasar Ramadhan. Masa tu nak cepat, jadi saya ambil yang dah siap bungkus je la. Huh..dalamnya tiada sedikit cebisan daging pun. Ada telur, mayonis dan sayur. Oh, sangat 'special'. Baik saya pergi beli benjo je.

6 comments:

Kujie said...

ramai sungguh kawan2 yg kak jie baca blognya berkisah ttg 'dugaan' ditempuh dalam bulan puasa..bajer lari...hehehehe


sepanjang ramadan belum sekali pun ke pasar ramadan...memasak walaupun simple

kak jie surirumah,ok..kalau dah bersoping kat pasar ramadan, baik letak jawatan..hehe

Lan Bingka said...

kak jie: emak saya pun surirumah macam kak jie, memang setiap hari dia akan masak..

cuma kadang2 saya dan adik beli apa-apa makanan atau minuman tambahan. Kalau tak habis makan masa berbuka, sambung lepas tarawih pulak..hehe

Anonymous said...

selamat lah bercuti. 6 hari lama tu, boleh buat byk ziarah sanak saudara.

salam Ramadhan n Syawal

Aykay

zool said...

Cuti 2 hari je.. Rabu n Khamis.. Jumaat rugi kalau cuti..

Faizul said...

Waaa...aku tak dapat cuti..sebab baru je mula keja kat tempat baru.. kesian kat aku..Rabu dah start keja..

Lan Bingka said...

tangsi baru: salam ramadhan n syawal juga. InsyaAllah boleh ziarah ramai juga..

zool: mula2 saya nak buat macam tu juga, tapi tak jadi..;)

Faizul: hehe..kesian