Sunday, May 10, 2009

Kebersihan kereta

Bagaimana keadaan kereta anda? Adakah bahagian dalamnya sentiasa bersih dan bahagian luarnya sentiasa berkilat. Kalau ya maknanya anda sangat sayangkan kereta anda, seperti teman istimewa gitu. Setiap hujung minggu anda akan basuh sendiri kereta anda. Waa..rajinnya. Mesti kereta baru beli ni. Selalunya memang macam tu kan...masa baru beli memang semangat basuh.

Ada yang lebih senang hantar ke kedai cuci kereta saja, macam saya..;) Tapi takdelah setiap minggu. Biasanya dalam 2 minggu sekali saya hantar kereta untuk dicuci. Atau selagi saya nampak kedaaan kereta tu masih bersih, tak berhabuk sangat, saya guna saja dulu. Cuaca di Malaysia ni tak menentu, basuh selalu pun tak guna juga. Hari ni basuh, esok lusa dah kena hujan dan lecak.

Kedai cuci kereta memang boleh didapati di mana-mana, sama ada siang atau malam. Sekarang terdapat banyak kedai cuci kereta yang dibuka di pusat membeli-belah. Saya nasihatkan kepada anda jangan tinggalkan kereta di kedai cuci kereta seperti itu, dan pergi membeli-belah atau melakukan urusan lain sementara menunggu kereta siap dicuci. Mungkin kunci kereta kita disalin tanpa pengetahuan kita. Manalah tahu kan. Jadi kita kena sentiasa berhati-hati.

Kalau anda jenis yang jarang mencuci kereta, sekurang-kurangya bahagian dalam kereta perlu dijaga dan dipastikan sentiasa bersih. Takdelah malu sangat kalau tiba-tiba ada orang tumpang kereta kita kan. Itu mencerminkan keperibadian kita juga. Biasanya orang yang mempunyai anak-anak kecil memang susah sikit nak kekalkan kebersihan dalam kereta. Biasalah budak-budak kalau naik kereta, dengan makanan ringan, permainan, alat tulis dan macam-macam benda disepahkan dalam kereta.

Saya selalu hantar kereta untuk dicuci pada malam Sabtu, lepas main futsal. Dalam perjalanan balik ke rumah saya akan singgah ke kedai cuci kereta. Selalunya dalam pukul 2 pagi la, dan biasanya takde pelanggan lain pun, jadi tak perlu nak tunggu lama.

5 comments:

Emblem of Purity said...

Pakai kamera handphone ye. Teringat kereta kawan saya. Hantar car wash siap vacuum lagi tapi beberapa hari lepas tu entah datang dari mana anak-anak lipas yang sangat berani melintas dashboard.

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: aah, pakai handphone...tu yg blur

klu tiba2 lipas tu merayap kat kaki..auww

peminatjutawan said...

car wash memang tempat paling mudah..haha..sama la kita hehe

Lan Bingka said...

peminatjutawan: terima kasih kerana singgah..

Faizul said...

kereta aku dah lama tak hantar cuci daaaa....sabtu ni hantar...azam hujung minggu..hehe