Monday, April 13, 2009

PC Fair 2009

Pada hari Sabtu lepas saya ke Plaza Imbi bersama Faizul dan Fadhli.

Saya: "You punya company ada buka booth kat PC Fair?"
Ah Weng (bukan nama sebenar): "Ada"
Saya: "Harga lagi murah ke kat sana?"
Ah Weng: "Sama saja"
Saya: "Oo...baik beli kat sini je"
Ah Weng: "Ye la, sama saja...sana ada free gift saja, tengoklah apa barang you beli"
Saya: "Takpe, esok saya pergi sana"

Semalam saya pergi la PC Fair sorang-sorang. Tengok barang-barang yang dijual. Harga memang sama la. Lagi mahal pun ada. Sebab minggu lepas saya ada tanya harga satu printer jenama HP. Saya tak beli lagi sebab nak tengok kat PC Fair dulu, mana tahu harga lagi murah. Kat PC Fair lagi mahal pula harganya. Tak jadi la saya beli.

Saya cuma beli RAM 2GB (sekarang guna 1GB je, mana cukup..) dan 'Kaspersky Antivirus 2009 for 3 users'. Saja nak cuba antivirus yang berbayar. Harganya tak mahal sangat. Kalau dihitung, sebulan cuma perlu bayar RM2.50. Ada orang membazir RM2.50 macam tu je setiap bulan. Saya pula guna untuk antivirus. Ok la tu kan, keselamatan komputer pun terjamin.

8 comments:

Kujie said...

Kak Jie tak pernah pergi PC Fair...selalu cari kat Lowyat je

Lan Bingka said...

Kak Jie: rasanya lepas ni malas la nak ke PC Fair..;)

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Lan Bingka said...

Anak Pendang Sekeluarga: terima kasih kerana singgah..

eL said...

Rasa-rasa Book Fair esok macam PC Fair tak? Eeeeiiii....janganlah hendaknya. Saya nak borong ni.

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: entahla..tapi kalau ikut pengalaman kawan2 yang pernah pegi, diorang kata murah sikit..

Faizul said...

Salam bro... hahahahhaha rugi tak terus beli hari tu..dah penat layan orang ramai2 tu.. aku pun dah pakai antivirus tu....ehehehhe

Lan Bingka said...

Faizul: tu la pasal, nyesal tak beli je ari tu..