Monday, March 30, 2009

Pening jika membaca

Hujung minggu baru-baru ni saya bercadang nak buat kerja-kerja pejabat di rumah. Kerja tengah banyak, masa pun singkat. Saya dah bawa balik segala data dan dokumen yang berkaitan. Tapi satu apa pun tak buat. Tiba-tiba saya buat keputusan nak ikut ayah dan emak saya balik kampung pada pagi Sabtu. Ada jemputan kahwin. Beberapa hari sebelum tu adik saya dah kata nak ikut, tapi tak jadi pula. Kesian la nak biarkan ayah saya memandu sorang-sorang. Lebih baik la saya ikut.

Petang Sabtu, makcik saya berkata, "Eh, pergi beli lilin kejap. Lilin takde ni, malam kang takde lampu.." Kami yang tengah berkumpul di depan rumah tersenyum je. "Kita tutup sendiri la, bukan diorang (TNB) tutup, kalau tak tutup pun takde siapa marah.." Oo..macam tu ke...hehehe" Jadi malam tu 'Earth Hour' di kampung la saya. Setengah jam je pun. Tiba-tiba nak kena cari barang pula. Tak perlu la semangat sangat sampai nak cari guna lampu suluh kan..

Dalam perjalanan, semasa saya memandu kadang-kadang ayah dan emak saya menghabiskan masa membaca surat khabar. Tak puas hati ni..;) Kenapa saya tak boleh. Kalau saya membaca dalam kenderaan yang bergerak mesti pening kepala. Kenapa ya? Haish...tak puas hati ni..

16 comments:

.:maira:. said...

saye pon xley gak!
he.konpem penin gile.
wonder y.kite serupa la abg.
haha

Lan Bingka said...

maira: ai, sama plak ye.. aah..memang pening gile, kena tidur kejap baru ok..

lemah...lemah...hehe

PJ selamba said...

sama la aku pun...
lan, earth hour sejam bukan stgh jam
hehe

Lan Bingka said...

PJ selamba: ada barang penting yg hilang, kena cari masa tu jugak..;)

zafi said...

org2 senior ni dah lali agaknya.
yg muda-muda je yg tak tahan... kepala cepat pusing.. :P

Lan Bingka said...

zafi: ye la kot..;)

terima kasih kerana singgah..

arsaili said...

salam..setiap org ada kelebihan dia..ada yg bole baca dlm kenderaan, ada yg bole baca dlm toilet...ehehe

Lan Bingka said...

arsaili: dalam toilet baru sibuk nak membaca ye.. kat luar taknak pulak membaca..haishh

Kujie said...

selalu larang anak2 mcm tu..jgn baca dlm kereta...

tapi dia org........selamber je baca
tak de hal pun..

pelik...pelik...

Kujie said...

p/s ..lama tak jejalan rumah kawan2.... minggu lepas tak de mood

Lan Bingka said...

Kak Jie: ok la kalau dah ada mood.. semoga luka cepat sembuh ye kak..

Emblem of Purity said...

saya pernah terbaca kalau kita berkereta sebolehnya keep our eyes in the horizon. kalau tidak ia akan mengakibatkan nausea dan yang sewaktu dengannya.

masalahnya, kalau naik kereta, kalau kita bukan sebagai pemandu, lebih2 lagi yang tak boleh tidur dalam kereta macam saya, terpaksalah buang masa macam tu je. pandang depan je. patutnya masa macam tu la masa yang sesuai untuk membaca daripada terbuang gitu je. kadang-kadang terpaksa cari topik untuk bersembang. bersembang pun setakat mana sangat kan. kalau perjalanan 5, 6 jam, lama-lama penat jugak mulut ni. apa lagi boleh buat ye waktu2 macam tu?

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: tu la kan, bosan..bosan.. takkan nak tido je..

yOnnA said...

yonna pun!!
baca sebaris je terus rasa nak muntah.
kepala mcm nak pecah!
dats y yonna pelik, mcm mana org boleh baca novel dalam bas? dalam kereta?? huh

Lan Bingka said...

yonna: sungguh tak puas hati tengok diorang khusyuk membaca...kan

Sekolah Tinggi Managemen Informatika dan Komputer (STMIK)Jakarta said...

sama kaya saya, pusing klo membaca pas di jalan. mampir