Friday, February 13, 2009

Keunikan Anak Betong

Apa yang menarik di akhir sesebuah drama? Yang menarik ialah jika sedikit sedutan semasa pengambaran dipertontonkan. Lucu bila tengok pelakon tergelak atau tersilap semasa pengambaran. Kadang-kadang ketika melakonkan babak serius pun mereka boleh tergelak. Selain daripada itu macam biasa la, nama krew dan pihak yang terlibat dengan produksi tersebut disiarkan.

Tapi bila saya tertengok pengakhiran drama bersiri Anak Betong di TV3, saya rasa begitu tertarik. Di akhir drama tersebut, Sheila Rusly, Maya, Hairie Othman, Fizz Fairuz dan Ezany Nizariff membaca Selawat Shifa daripada kumpulan Hijjaz. Waa..hebatnya! Memang lain daripada yang lain. Selawat itu sungguh sedap didengar. Memang tak puas kalau dengar sekali. Tahniah diucapkan kepada syarikat JS Pictures Sdn. Bhd. dan TV3 kerana menyelitkan unsur dakwah di dalam penerbitan mereka.

*Waktu siaran: 4.30-5.30 petang, Isnin-Khamis. Ulangan: 8.35 malam di TV9

6 comments:

PJ selamba said...

eh dah habis ke cite tu?
erm...
aku pernah tgk sekali je
haha
cam tak best langsung cite tu
ekekeke

Lan Bingka said...

PJ selamba: tak habis lagi cite tu..
ye ke tak best...
hmm...tak tahu la, yg aku tengok hari tu pun dah last2..

yOnnA said...

ni la cite hantu..
hantu paling lawa!! hahahhaha

cite ni mmg unik.
besides,dengan penampilan sheila rusli yang bertudung tu. heee

ape da jadi ek skang ni?
aku da lama tak tgk.
:D

Lan Bingka said...

yonna: entah la..hehe

Anonymous said...

pehhh..boring giler finale citer ni..mentang2 lah ni citer laki dia punya company..over lak dia (overacting) tul

Lan Bingka said...

ye ke..sian sape yg follow

saya pun tak tahu menahu cerita dia macam mana..

tau part selawat shifa je..;)