Friday, February 6, 2009

Jangan sia-siakan bakat mereka


Di atas adalah pencapaian Malaysia dalam Danone Nations Cup 2007 yang disertai oleh murid-murid bawah 12 tahun. Skuad Malaysia menduduki tempat ke-17 daripada 32 buah negara yang bertanding. Bagi saya Malaysia sentiasa mempunyai bakat-bakat muda yang baik dalam sukan bola sepak.Ternyata mereka boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Yang menjadi persoalan ialah apa yang dilakukan terhadap mereka pada umur mereka 13-18 tahun? Jangka masa ini merupakan masa yang penting untuk menggilap dan mengasah bakat mereka secara efektif. Adakah mereka diajar dengan teknik bola sepak yang betul? Adakah mereka dilatih oleh individu yang berkelayakan? Jika tiada program pembangunan yang berkesan, bakat yang ada tidak akan berkembang dengan baik. Maka terhasillah skuad bola sepak kebangsaan seperti yang kita ada sekarang. Sebaliknya negara-negara yang pernah Malaysia tewaskan dalam Danone Nations Cup akan berjaya melahirkan pemain-pemain bola sepak yang lebih berkualiti dan bertaraf dunia.

5 comments:

eL said...

Alaa...kenapalah saya tak tau main bola masa saya umur 13-18 tahun dulu ek....

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: ai, teringin nak main ke..;)

Anonymous said...

kalu bakat mereka ni terus digilap tanpa adanya campurtangan politik seperti yg melanda FAM skrg, bola sepak tanahair ni boleh naik..

tapi memandangkan tampuk pemerintahan yg sama, idea yg sama, kroni yg sama maka teruslah bola sepak negara kita tercicir & tercorot berbanding ngan negara2 membangun lain.mudah, ambik contoh vietnam, betapa negera yg dulunya mengalami masalah dalaman yg pelbagai, banding malaysia yg punya fasiliti yg berbagai-bagai, tetapi vietnam lebih mudah membenam malaysia.

kerana apa? fikir2 sendiri..hehe

Lan Bingka said...

katarsis: dulu senang je kita belasah diorang..

Anonymous said...

siannya malaysia, fasiliti ada tapi mentaliti kita tiada.bukan tiada tapi lum dimaksimumkan sepenuhnya.