Monday, February 2, 2009

Bising di majlis perkahwinan

Semalam kawasan perumahan saya bising dengan suara orang menyanyi di satu majlis perkahwinan. Sungguh menyinggung perasaan ok. Kalau lagu-lagu yang dinyanyikan berentak perlahan dan mendamaikan jiwa boleh terima lagi la, ini nyanyi lagu yang jerit-jerit. Lagu Meet Uncle Hussein (Lagu Untukmu) yang menang Anugerah Juara Lagu hari tu pun ada. Bayangkan sajalah lagu tu macam mana. Ada bahagian yang kena jerit sampai nak terkeluar anak tekak. Ingat ni Battle of the Band ke? Dah la suara tak sedap. Ishh, memang tak seronok betul la kalau pergi ke majlis perkahwinan yang bising dengan muzik ni. Tetamu yang hadir terpaksa tinggikan suara untuk berbual. Kalau nak pasang lagu atau nak menyanyi sekali pun berpada-padalah sikit.

10 comments:

Emblem of Purity said...

Wahhhh...nyanyi lagu jerit-jerit pun boleh tersinggung perasaan ye :-)

kujie said...

samalah..kak jie pun kurang gemar kalau ada muzik yg terlampau kuat..selalunya majlis kahwin kita bertemu saudara mara, kawan2...masa inilah nak berbual

Faizul said...

Ko nyer orang kawin kat k.l... kalau kt kampung lagu2 la yg menghangatkan suasana...tapi semua irama 60'an 70'an jer... heh..jefry din..hail amir..r.azmi pun x ketinggalan..tapi memang syok giler la... terasa suasana KENDURI KAWIN tu.. sambil basuh pinggan nyanyi lagu oh fatimah...peh...terangkat beb..x der la lagu MUH... baik suh DJ tu pasang lagu system of down jer..hahaha..baru semua orang balik terus...

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: ye la, sebab diorang memekak tak kena tempat..:)

Kak Jie: bukan selalu dapat berkumpul ramai2..mesti ada cerita yg nak dikongsi

Fezol: haha, kalau nyanyi lagu yg tak sesuai, bukan menghangatkan suasana lagi dah, tu dah menghangatkan hati..

PJ selamba said...

zaman dah berubah
kalau dulu cuma pasang lagu² pengantin, lagu irama 60an 70an irama malaysia...
sekarang ni dah macam² rentak
siap ada sesi karaoke lagi
sebaiknya, kekalkan tradisi pasang lagu² nasyid atau ayat² al quran org mengaji
baru berkat majlis tu
tak gitu?

Lan Bingka said...

PJ selamba: betul tu..

tak payah la nak buat gig kat majlis kahwin..

Anonymous said...

malam ni aku cukup menderita...kat bawah flat aku menyewa ni..dekat flat desaria, taman medan ade org prep utk majlis kawin la..bengang giler la main music mcm nak pecah speker..kuat betul aku tngk tv pn nak kena high volume..kepala aku dah ler sensitive bunyi2 bising yg melampau ni..kalo nak pasang bacan alquran ke ok la gak..aku bleh terima...ni baru preparation,,esok pg nampaknya xbelh la aku nak tenangkan diri nak tido satu ari..bising sial..mcm fun fair...patut kena hormat la org lain pn nak tdo..asyik memekak aje...dah banyak kali dah mcm ni..tp malam ni aku mmg bengang...nak aje jerit suruh berenti memekak...nyanyi lagu bukan nyer sedap..begini la nsib malang tinggal kat flat mcm ni..mentality org kat cni mmg teruk..kalo aku nak neli rumah nanti baik aku beli kondo..ade privacy cikit..teruk la..lagu 60an,70,rock kapak,dangdut la aku dengar malam ni...tension maaa

Lan Bingka said...

adoi, kesiannya..

kalau buat majlis kahwin kat kawasan flat tak payah la nak nyanyi2 bagai..

bukan semua orang suka dengar..tak fikir ke kalau orang ada nak kecil ke, orang tua ke..

huzaimi hussin said...

sabo apek.. sabo.. hehe

Lan Bingka said...

mie: pakcik bukan apo, geram je...hehe