Sunday, January 18, 2009

Jozan

Kamu semua tengok tak rancangan Jozan di saluran Astro Prima? Gandingan Johan dan Zizan sebagai hos rancangan itu memang menghiburkan. Mereka berdua memang serasi bersama, cuma saya agak bosan jika gaya lelaki lembut dibuat secara berlebihan, terutama oleh Johan. Sudah sudahlah tu.. Antara tetamu yang dijemput adalah seperti Shebby Singh, Chef Wan, Afdlin Shauki, Joe Flizzow, Roslin Hashim, Azizi Chunk, Emmet Butterfingers dan lain-lain. Satu perkara yang perlu diperbaiki ialah soalan-soalan yang diajukan kepada tetamu undangan mereka. Kadang-kadang saya lihat Johan dan Zizan seperti tak tahu nak tanya apa kepada tetamu yang diundang. Buat la 'homework' sikit pasal tetamu tu. Lepas tu mulalah mereka melawak yang bukan-bukan. Memang la kelakar, tapi sayanglah jika kesempatan yang ada tak digunakan untuk bertanya soalan-soalan yang lebih baik, kerana ada antara tetamu tersebut dah lama tak ditemubual di kaca tv. Janganlah sampai tetamu undangan rasa macam buang masa saja datang ke situ kan.. Tak gitu?

3 comments:

Faizul said...

Bagi aku la mamat dua orang ni tak peka...terutama JOHAN... diorg ingat diaorg ni kelakar sgt..dia x tau org menyampah..aku tau kesukaran utk buat lawak.. kalau nak buat rancangan yg hiburan semata2 x der input lansung..jgn jemput nama2 besar yg terpelajar...aku dah malas nak tengok JOZAN ni..lawak OVER...heh..

Emblem of Purity said...

Soalan-soalan yang ditanya dibuat main-main sampai hilang kualiti rancangan ni. Zizan pernah ditegur kerana tidak serius mengacarakan Bolos.

eedany said...

Saya lebih suka ZIZAN dari JOHAN...

tapi rancangan ni berjaya buat saya gelak!

:)