Monday, January 12, 2009

Disoal Mazidul

Pada hari Sabtu yang lepas saya ke rumah saudara saya kerana ada majlis pertunangan. Semasa di sana, saya telah diajukan beberapa soalan oleh seseorang yang tak jauh beza umurnya dengan saya; "Kau masih kerja kat tempat lama ke?" "Dah beli rumah?" "Dah beli kereta?" "Bila nak kahwin?" Saya menjawab setiap pertanyaan sambil tersenyum (sekadar ingin berbudi bahasa). Soalan diajukan seperti cikgu menyoal anak murid, atau seperti Mazidul Akmal Sidek menyoal pesalah. Tak salah jika nak tahu, tapi ada cara yang sesuai jika ingin bertanya soalan begitu, terutama dengan orang yang jarang kita jumpa. Kalau tak kena gaya, nampak seperti memandang rendah orang lain. Soalan diteruskan lagi.."Dah berapa lama kau kerja kat situ? Oo..dah 3 tahun lebih....'jump' la. Apa lagi nak tunggu? Dah best sangat ke gaji kat situ?" Saya cuma tersenyum..(ingat main teng teng ke, nak 'jump' sana sini).

4 comments:

Jie said...

jawap 3@4 soalan belum tentu merungkai sepenuhnya kehidupan seseorang...

eL said...

Lan...lain kali boleh tak jangan duduk sebelah orang yang tanya soalan macam tu? Soalan pertama je dah buat kita fikir dia tu berfikiran cetek. Apa, dia ingat hidup dalam dunia ni ukuran kejayaan tu dengan harta je ke? Suka hati kita la nak kerja berapa lama kita suka. Dia pulak pandai-pandai nak atur hidup orang. Eeiii...tiba-tiba orang lain yang angin ni, apa hal hehehe

Faizul said...

Kadang2 kita terlalu taksub dengan apa yang kita tau... Terlalu ingin mengaplikasikannya terhadap orang lain tanpa memikirkan kesesuaian soalan yang dikemukakan... Hidup ini penuh dengan warna warni...yang sesuai untuk aku tak bermaksud sesuai untuk kau,dia,mereka.... mungkin niat tuan empunya soalan agak baik..tetapi cara yang digunakan tidak sesuai.. terutama dengan orang yang jarang kita jumpa...erti kata lain orang yang kita kurang mesra...nasihat aku...perlu lebih bergaul dengan masyarakat....

Lan Bingka said...

Kak Jie: situasi yg dilalui setiap orang berbeza..

Emblem of Purity: saya tak tau dia nak tanya macam tu..:)

Fezol: memang tak berkenan betul orang yg bercakap macam dia tahu segalanya..