Tuesday, December 29, 2009

Karnival bowling 2010

Masuk kerja semula setelah cuti 10 hari, tiba-tiba ada poster karnival bowling anjuran jabatan saya pula. Kebetulan hari Jumaat lepas baru main bowling dengan kawan-kawan. Hmm..diorang ni macam tahu-tahu je saya berbakat dalam sukan ni. Dah 2-3 orang tanya saya nak masuk ke tak. Ala, cakap je la nak 1 kumpulan dengan saya, malu-malu pulak. Minta maaf ye, saya tak boleh memilih ahli kumpulan. Semuanya ditentukan melalui undian.


Inilah bukti betapa bagusnya saya dalam sukan bowling ni. Tak sampai 100 mata pun..;) Samalah juga dengan kawan-kawan saya tu. Tak cecah 100 mata pun boleh menang. Selalu kami main futsal je, tapi hari Jumaat tu futsal dibatalkan sebab ada beberapa orang geng futsal pergi bercuti ke Taman Negara. Entah macam mana timbul idea nak main bowling pula. Layan saja..

Nasiblah siapa dapat 1 kumpulan dengan saya nanti...hehehe. Hmm, karnival tu 24 Januari 2010. Sempat kot nak berlatih 2-3 kali. Itu pun kalau semangat la.

Bingka: Dapat buat 1 strike ok! Keluar gambar ayam belanda tu...haha

Monday, December 21, 2009

Avatar filem terbaik 2009

Hai semua, apa aktiviti yang anda lakukan semalam? Saya telah pergi menonton filem Avatar semalam. Wow..apa yang boleh saya katakan...filem ini memang sangat hebat. Dah lama saya tak rasa teruja macam ni setelah menonton filem. Sebutkan saja filem apa yang hebat tahun ni...bagi saya, tiada yang dapat menandingi filem terbaru arahan James Cameron ini.

Sepanjang menonton filem ini, saya telah dibawa ke sebuah dunia yang lain iaitu Pandora. Kehidupan di Pandora sangat indah dan mempesonakan, tidak kurang juga mencabar. Tak tercapai akalku. Penggunaan teknik CGI (computer-generated imagery) terbaik! Owh, teringat perasaan selepas menonton Titanic arahan James Cameron dulu. Sangat puas hati.

Jadi, tunggu apa lagi. Lapangkan minda dan alamilah sendiri pengembaraan selama 2 jam 40 minit di Pandora. Memang sangat berbaloi!


Bingka: tanpa ragu-ragu~5 bintang

Saturday, December 19, 2009

Ikan laga bernama The Rock

Dulu saya minat betul menonton rancangan WWE (World Wrestling Entertainment) di televisyen. Sejak sekolah rendah saya begitu teruja menyaksikan aksi bintang-bintang WWE (dulu dikenali sebagai WWF) seperti Hulk Hogan, Ultimate Warrior, The Million Dollar Man, Jake The Snake, Undertaker, The Rock, Stone Cold Steve Austin dan ramai lagi.

Zaman WWE paling hebat bagi saya ialah dari tahun 2000-2004. Antara bintang yang mewarnai gelanggang WWE pada masa tu ialah The Rock, Triple H, Stone Cold Steve Austin, Undertaker, Kane, Chris Benoit, Kurt Angle, Big Show dan Booker T. Masa tu saya masih belajar. Saya dan kawan-kawan serumah pasti tidak ketinggalan menyaksikan rancangan tersebut bersama-sama setiap minggu. Sangat meriah! Saya masih ingat betapa semangatnya beberapa orang kawan serumah saya membeli ikan laga (guppy fish) dan menamakannya dengan nama Triple H, The Rock dan Stone Cold. Lucu mengenangkan gelagat mereka..;)

Selepas zaman itu, minat saya pada WWE mula berkurangan. Makin lama makin bosan saya menontonnya. Mungkin sebab bintang-bintang yang saya minat dah tiada. (Owh, cara kematian Chris Benoit memang mengejutkan!) Tapi saya tengok peminat WWE dari kalangan 'orang lama' tak pernah bosan menontonnya. Masa siaran rancangan lain mungkin boleh lupa, tapi masa siaran WWE sentiasa ingat. Tepat pukul 10.00 malam setiap Selasa dan Khamis pasti dah berada depan tv. Memang peminat setia. Termasuklah ayah saya..;)

Antara individu yang tidak akan dilupakan dalam WWE adalah Paul Bearer. Watak misteri bekas pengurus Undertaker ini memberi impak tersendiri kepada rancangan tersebut. Tambahan pula, pada masa tu Undertaker akan membungkus lawan yang berjaya dikalahkannya ke dalam beg mayat. Paul Bearer pula akan terkumat-kamit membaca sesuatu sambil memegang bekas abu mayat. Seram ok. (sebab masa tu saya kecil lagi).

Paul Bearer bersama Undertaker

sumber

Bingka: Rindu dengan aksi The Rock tanggalkan 'elbow guard'nya..;)

Tuesday, December 15, 2009

Bakal bos anda sedang menyiasat

Semalam saya lihat dua orang pegawai saya sibuk melayari laman Facebook bersama-sama. Sesekali mereka berbincang. Kadang-kadang mereka tergelak. Sambil tu mereka meneliti beberapa fail di atas meja. Saya tertanya-tanya juga apa yang menarik. Akhirnya baru saya tahu, mereka sedang melihat profil calon-calon kakitangan baru yang akan dipilih untuk menyertai jabatan saya. Wah, sampai macam tu sekali proses pemilihan mereka. Siasat sampai ke akar umbi. Nak tengok personaliti katanya. Hmm...siapa la yang terpilih tu nanti.

Anda jangan tulis yang bukan-bukan di laman sosial ok.. Bakal bos anda sedang menyiasat!

Bingka: banyak jadi 'silent reader' sekarang..;)

Monday, November 30, 2009

Berkenalan dengan bius

Sebaik sahaja kereta berhenti, saya terus berlari keluar. Hmm...takde la sakit sangat...ceh. Siapa yang buat cerita ni, pandai-pandai kata sakit. Tatkala abah baru menjejakkan kaki keluar dari kereta, saya sudah berada di dapur mendapatkan emak. "Mak...mak...tak sakit pun...hehe". "Ye ke, baguslah tu...dah, gi baring kat depan, jangan nak lasak-lasak sangat", kata emak. Saya tidak terus berehat, sebaliknya berjalan-jalan dan bermain-main dengan adik. Ala..bukan sakit pun. Beberapa ketika lepas tu baru saya baring.

Sejam/2 jam kemudian
Saya: Mak...sakit la...adoiii
Emak: Haa..tu la...kan mak suruh duduk diam-diam tadi. Kan dah sakit.
Saya: Tadi tak sakit pun...isk isk
Abah: Haa..kan dah, degil sangat. Tadi tu ada bius lagi, memanglah tak rasa. Sekarang dah hilang bius, memanglah sakit.

Itulah pengalaman saya 17 tahun lalu. Barulah saya tahu apa itu bius. Dalam seminggu tu, masa banyak dihabiskan dengan berbaring di depan tv sambil memakai kain sarung. Bila perlu ke bilik air, mak atau abah akan memimpin saya. Oh ya, masa tu baru saya tahu macam mana rasanya ngilu. Ouchh..

Sempena cuti sekolah ni, saya ucapkan Selamat Berkhatan kepada adik-adik yang akan melaluinya. Semoga cepat sembuh. Ala, tak sakit pun...;)

Saturday, November 7, 2009

Walimatul Urus Pertama

Sudah seminggu berlalu. Di saat abah selesai menikahkan pasangan pengantin, bermulalah fasa baru dalam hidup kami sekeluarga. Adik saya sudah menjadi isteri orang. Abah dan emak dah ada menantu. Saya dah ada adik ipar dan adik-adik yang lain dah mempunyai abang ipar. Sekejapnya masa berlalu. Seperti baru semalam kami adik-beradik berhimpit dalam kereta abah untuk pulang ke kampung dan seperti baru semalam kami berkelahi sesama sendiri berebutkan permainan yang satu. Sekarang semuanya dah besar.

"Dulu masa kau kecik abah kau selalu bawak kau datang rumah makcik. Kecik je kau dulu, diam je...sekarang dah besar." Ingat tak?

Saya geleng....senyum...

Masa kenduri ni la saya dapat jumpa orang yang dah lama saya tak jumpa. Ada yang saya masih ingat. Ada yang mula-mula saya tak cam, bila disebutkan nama baru saya ingat. Ada yang saya tak tahu mereka pernah wujud dalam hidup saya. Seronok..;) Abah pun ada juga beberapa kali memanggil saya dan memperkenalkan pada kenalannya. Hmm...nasib baik buat kenduri kahwin pada masa bukan cuti sekolah, ramailah yang dapat hadir. Kalau tak, mungkin ada juga yang tak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri kenduri lain.

Beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan, abah dan emak orang yang paling risau. Takut ada yang kurang pada majlis tu nanti. Kelam kabut juga kami melakukan persiapan kerana pada saat akhir ada barang yang kurang. Tapi syukurlah, pada masa kenduri berlangsung, semunya berjalan lancar.

Seperti dijangka, saya telah diajukan soalan yang sama bertalu-talu. "Bila lagi?" Hmmm.....macam la diorang nak taja.

Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Angah dan suaminya. Semoga rumahtangga mereka bahagia dan berkekalan.


Wednesday, October 7, 2009

Langkah bendul

Beberapa hari yang lalu, saya menonton perlawanan bola sepak (Arsenal vs Blackburn) sambil melipat kain. Jarang sebenarnya saya buat kerja-kerja melipat ni. Ye la, adik-adik ramai..hehe. Tapi hari tu nampak banyak pula kain baju yang belum berlipat, berlonggok atas sofa. Hmm...lipat je la..mood pun tengah ada.

Kebetulan akak jiran sebelah datang, jumpa adik perempuan saya.

Jiran: "Khusyuk betul tengok bola, tu yang malas nak pasang Astro kat rumah tu"
Saya: "Haa...(pandang dia sekejap)...hehe"

sambung tengok bola...

Jiran: "Amboi, rajinnya...untung la siapa jadi bini dia"
Saya: "Ish...baru hari ni je la saya lipat"
Jiran: "Kalau abang tu jangan harap la nak lipat. Tunggu kita pengsan baru dia lipat. Kita pengsan pun dia tak lipat kot"
Saya & adik: "Hehehe..."

Jiran dan adik perempuan sambung berbual..."muffin, cup cakes, sticker terima kasih, barang hantaran, katering...bla bla bla..."
Saya dan adik lelaki sambung tengok bola...

Jiran: "Along, setuju tak?"
Saya: "Apa dia?"
Jiran: "Langkah bendul.."
Saya: "Kenapa?"
Jiran: "Ye la, pihak lelaki bagi hadiah, sebab langkah bendul.."
Saya: "Setuju...setuju!"
Hahahaha...kami semua tergelak
Jiran: "Tanya Along memang la dia setuju!"
Hahahaha...ketawa berderai lagi..

Hmm...saya tak kisah pun sebenarnya pasal langkah bendul ni. Orang tua saya pun tak kisah sangat. Tapi orang tua yang lain (saudara dan kenalan) yang sibuk-sibuk. Saya pun takde nak minta hadiah apa-apa pun.

Tapi kalau orang nak bagi...saya terima je...hehe

Monday, October 5, 2009

500 days of Summer


Kelmarin saya telah menonton filem "500 Days of Summer". Filem yang dibintangi oleh Joseph Gordon-Levitt dan Zooey Deschanel ini sangat menarik untuk ditonton. Ia bukan seperti filem komedi romantik yang biasa. Ibarat sebuah filem indie, jalan ceritanya jujur, lucu dan menyentuh perasaan. Tidak bosan mengikuti perjalanan ceritanya dari awal hingga akhir. Pengakhiran cerita ini juga menarik dan sukar dilupakan, membuatkan saya dan semua yang berada di pawagam tergelak kecil.

Baca review mengenai "500 Days of Summer" di Rotten Tomatoes.

Bingka: 4 bintang

Friday, October 2, 2009

1Badut


Wow...cantiknya kereta F1 1Malaysia. Jom beli baju warna-warni untuk menyatakan sokongan...haha

Thursday, September 24, 2009

2009 - Hari Raya paling mencabar

Selamat Hari Raya semua! Bagaimana dengan perjalanan anda pulang ke kampung? Adakah semuanya berjalan lancar? Hmm...saya ingin menceritakan pengalaman yang saya lalui sepanjang perjalanan ke kampung dan pulang semula ke KL.

Saya sekeluarga bertolak pulang ke kampung menaiki dua buah kereta pada 19/09/2009 (Sabtu), pukul 9.00 malam iaitu pada malam raya. Berhampiran hentian rehat Seremban, kereta saya mengalami masalah teknikal. Bateri kereta saya berasap. Kami (saya dan 3 orang adik) terpaksa menunggu di hentian rehat Seremban selama sejam setengah sebelum mekanik membawa bateri baru untuk ditukar. Kereta satu lagi terpaksa menunggu kami di hentian seterusnya. Selepas bateri ditukar, kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai di Johor Bahru pada pukul 4.00 pagi.

Dalam perjalanan pulang ke KL pula, iaitu pada 22/09/2009 (Selasa), kira-kira pukul 11.30 malam, sekali lagi bateri kereta saya mengalami masalah yang sama. Kali ini berhampiran susur keluar Port Dickson/Seremban. Asap dari bateri telah masuk ke dalam kereta melalui saluran pendingin hawa. Kami terpaksa berhenti di lorong kecemasan, pasang lampu kecemasan dan terus keluar dari kereta. Saya buka bonet dan saya dapati bateri mengeluarkan asap seperti air mendidih. Pada masa ni, kereta satu lagi dah jauh di depan, kami suruh mereka teruskan saja perjalanan hingga sampai ke rumah. Huh...mencabar kan?

Belum cukup mencabar lagi... Nak tahu apa yang berlaku selepas tu? Sedang saya risau melihat keadaan kereta saya, tiba-tiba...DUMMM...(terdengar bunyi dentuman yang kuat). Saya terus palingkan muka...takut ada serpihan yang berterbangan. Bila saya pandang semula ke arah kereta, saya tengok bonet kereta saya dah terhempas ke bawah. Saya ingat bateri saya meletup. Rupa-rupanya sebuah motosikal telah melanggar belakang kereta saya. Ya Allah...banyaknya dugaan. Dalam keadaan panik saya terus hubungi PLUS. Beberapa minit kemudian ambulans dan PLUS Ronda pun datang memberikan bantuan. Penunggang motosikal tu dibawa ke hospital dengan ambulans. Kereta saya pula ditarik ke tol Port Dickson/Seremban oleh PLUS Ronda. Kami terpaksa menunggu adik saya datang dari KL untuk mengambil kami disitu. Kami sampai di rumah pada pukul 4.00 pagi dalam keadaan yang sangat letih.

Penunggang motosikal mengalami patah kaki

Itulah pengalaman pulang ke kampung paling mencabar sepanjang hidup saya. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana kami selamat sampai di rumah tanpa sebarang kecederaan.

p/s: masalah kereta saya adalah berpunca daripada kerosakan alternator yang menyebabkan bateri 'overcharge'.

Thursday, September 17, 2009

Semoga selamat sampai

Sunyi la kat pejabat saya ni. Ramai yang dah mula bercuti dan pulang ke kampung masing-masing. Takpe, esok saya dah cuti. Ish, lambat betul nak petang. Nak balik ni! Kawan-kawan dah selamat sampai ke kampung ke? Alhamdulillah... Yang belum tu berhati-hati di jalan raya ye.. Saya akan balik ke Johor pada hari Sabtu nanti. Doakanlah kami sekeluarga selamat sampai.

Hmm...bagaimana dengan persiapan pulang ke kampung? Jangan ada barang yang tertinggal pulak. Saya memang ada senarai barang-barang yang perlu dibawa untuk 'outstation'. Kalau nak 'outstation' je, saya keluarkan la senarai tu dari dalam laci. Kalau semua barang tu ada, dalam masa sejam pun boleh siap berkemas. Cuma untuk Hari Raya kena la tambah barang-barang seperti baju melayu, songkok, butang, sampin dan sebagainya. Mudah saja..;)


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya selama ini.

p/s: Pada Hari Raya Pertama nanti, genaplah setahun usia blog ni..;)

Tuesday, September 15, 2009

Ada apa dengan Steven

Pada hari Sabtu lepas saya pergi ke Danau Kota untuk menonton perlawanan bola sepak bersama Man dan Dell. Woo...sangat sesak kawasan tu. Ramai orang nak pergi beli barang raya di Uptown. Saya memang tak bercadang nak pergi Uptown pada akhir-akhir Ramadan ni, dan pada malam minggu pulak tu. Ye la, orang terlalu ramai. Nak jalan susah, nak pilih-pilih barang pun susah. Buat penat je. Baik tengok bola. Keputusan perlawanan: Spurs 1 - 3 ManU.

Danau Kota yang sesak. Setengah jam baru dapat parking.

Esoknya saya menemani Cik B mencari barang di Jalan TAR dan Bukit Bintang. Kami berbuka puasa di Steven's Tea Garden Bukit Bintang. Sebenarnya tak bercadang nak ke situ pun, tapi disebabkan kedai lain dah penuh + kaki dah penat berjalan, kami pun masuk je la restoran tu. Kedainya cantik dan selesa, selain menunya yang pelbagai. Harga makanan kat situ seperti yang dijangka la, 'mahal'. Saya cuba Mee Konloo Kicap Sotong manakala Cik B cuba kuey teow goreng. Hmm...bagi saya tak berbaloi la makan kat situ. Lagi sedap makan kat kedai mamak biasa je. Penilaian tu berdasarkan menu yang kami cuba la kan. Tak tahu la kalau menu yang lain semua sedap. Kalau memang betul sedap, saya tak kisah pun nak bayar lebih sikit, janji puas hati.

Mencari kerongsang


Mee Konloo Kicap Sotong. Mee tersorok di bawah telur.

p/s: memang penat ikut kaum hawa membeli-belah..;)

Friday, September 11, 2009

Cuti 6 hari

Wah..masing-masing dah tak sabar nak cuti nampaknya. Kawan-kawan cuti berapa hari? Saya cuti 2 hari je iaitu pada 18hb (Jumaat) dan 23hb (Rabu). Kiranya 6 hari la. Pada 24hb (Khamis) saya dah mula bekerja. Masa tu pejabat masih sunyi. Ramai yang akan mula bekerja pada 28hb (Isnin). Takpe la, biar saya tolong tengok-tengokkan pejabat.

Oh, jangan lupa ye..pada malam-malam terakhir Ramadhan ni buatlah apa-apa yang bermanfaat. Tak dapat banyak, sikit pun takpe. Lepas habis mengaji hari tu saya pusingkan Al-Quran ke sisi, nak tengok dah berapa banyak baca. Hmm...separuh pun tak sampai. Nampak gaya memang tak sempat la nak khatam.

Minggu lepas agak malang ok. Dalam kesesakan jalan raya semasa pulang dari kerja, kereta saya telah tercium belakang sebuah Satria. Haishh..nasib..nasib...Terpaksa tukar lampu depan dan bumper baru. Habis terkurang bajet raya. Nama pemilik Satria tu sama la pulak dengan nama saya. Memang dah tersurat nampaknya.

Beberapa hari lepas tu saya beli Roti John "Special" kat pasar Ramadhan. Masa tu nak cepat, jadi saya ambil yang dah siap bungkus je la. Huh..dalamnya tiada sedikit cebisan daging pun. Ada telur, mayonis dan sayur. Oh, sangat 'special'. Baik saya pergi beli benjo je.

Tuesday, September 1, 2009

Dah lama tak cuti sakit

Pagi tadi lepas solat subuh, saya sambung tidur semula. Pukul 9.30 pagi baru bangun balik. Hmm...dah lama tak cuti sakit. Hari Jumaat hari tu dah cuti rehat. Setelah bersiap, saya terus pergi ke klinik. Sementara menunggu nama dipanggil, saya belek 'Buku Rawatan Perubatan Kakitangan' saya. Oh, baru saya perasan, saya tak pernah cuti sakit sepanjang tahun 2008. Kali terakhir saya ke klinik pada September 2007. Tahun ni pun tak pernah lagi cuti sakit. Alhamdulillah...

Malam semalam susah betul saya nak tidur. Batuk teruk. Tak pernah saya batuk sampai terganggu tidur. Sejak Jumaat lepas dah 2 botol ubat batuk saya habiskan, takde perubahan nampaknya. Tu yang terpaksa juga jumpa doktor hari ni.

Pada waktu tengahari saya bawa Aishah keluar, teman seseorang pergi ke bank. Pertama kali saya bawa Aishah berjalan-jalan. Selalunya main di rumah saja. Kebetulan tengah cuti ni, dia pun nampak bosan je, bawak je lah. Nasib baik dia tak meragam. Dah dapat jajan memang la tak meragam kan...;) "Aishah...Aishah jumpa siapa tadi?"...hmmm

Hai, Aishah tak puasa..;)



Jumaat - Selasa. Waa..dah 5 hari cuti. Esok kena bersemangat!

Monday, August 24, 2009

Pahala diam

Dalam bulan yang mulia ini, barangsiapa diam (tidak berkata-kata) dia akan mendapat pahala seperti sedang berzikir. Barangsiapa tidur pada siang hari, dia akan mendapat pahala seperti sedang beribadat.

Itulah antara isi khutbah pada hari Jumaat lepas. Lihatlah, sekecil-kecil perkara pun ada ganjarannya pada bulan Ramadhan ni. Bagaimana kita boleh tak gembira dengan kehadiran Ramadhan betul tak? Gunalah kesempatan yang ada untuk beramal ibadat ok!

Oh ya, minggu lepas saya terlanggar seekor kucing. Adoi, maaflah kucing. Masa tu saya sedang memandu ke tempat kerja, sampai di satu jalan tiba-tiba kucing tu berlari melintas jalan. Tak sempat saya nak tekan brek. Dumm...terus saya tengok cermin pandang belakang, kucing tu sedang menggelupur. Adoi..kesiannya. Kucing..harap umur kamu panjang..

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan 1430 bakal menjelma

Bulan Ramadhan akan menjelma. Apa perasaan anda?
Adakah anda merungut? Oh, jahilnya.
Adakah anda berasa teruja dan gembira? Oh, seharusnya begitu..;)

Bulan Ramadhan akan menjelma. Apa sasaran anda?
Adakah anda nak melantak pelbagai makanan sewaktu berbuka puasa? Oh, pelahapnya..
Adakah anda nak melakukan amal ibadat, lebih baik daripada tahun lepas? Oh, itu yang terbaik..:)

Bagi yang nak berniaga sepanjang bulan Ramadhan ni, selamat berniaga ya! Tapi tolonglah...jangan fikir nak untung je. Makanan yang dijual tu haruslah mempunyai rasa yang boleh diterima oleh akal dan tekak.

Ok la, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika saya ada melakukan apa-apa kesalahan. Selamat Berpuasa!

p/s: Psst..kuah roti jala tu buat biar molek sikit ye...;)

Tuesday, August 18, 2009

Aktiviti di Tioman

Saya dah kumpul gambar di Tioman daripada kamera kawan-kawan. Saya masukkan la sikit di sini ye. Kalau ada apa-apa aktiviti di tempat kerja, gambar saya sikit je sebenarnya, sebab sayalah tukang ambil gambar.


Sambil sepak bola tenis, depan sekali ye..;)


Naib Johan: Kumpulan Hijau (Rangers)


sedang bertugas


Yang kanan tu la Nazril, kawan sekelas saya masa sekolah rendah


Sunday, August 16, 2009

Saya tetap setia

Semalam bermulalah musim baru Liga Perdana Inggeris atau lebih dikenali sebagai English Premier League (EPL). Bagi peminat bola sepak, hujung minggu tanpa EPL memang membosankan. Sekarang barulah rasa meriah sikit. Tapi musim ni saya tak seronok sangat sebab kelab yang saya sokong dah turun ke divisyen bawah iaitu English League Championship. Terpaksalah saya mengikuti perkembangan Championship juga musim ni. Malam tadi Newcastle United mengalahkan Reading 3-0. Ya, saya seorang Geordie (gelaran bagi penyokong Newcastle), dan saya akan terus menjadi Geordie, tak kisah la diorang main kat divisyen mana. Oh..saya sangat suka melihat sikap penyokong di England, mereka susah dan senang bersama pasukan. Pernah satu ketika Newcastle tidak menang 13 perlawanan berturut-turut, tapi sokongan yang diterima tetap yang terbaik. Kalau di Malaysia, habis pemain dihina dan kemudahan stadium dirosakkan.

Saya dah mula mengikuti Liga Inggeris ni dari zaman sekolah rendah lagi. Masa tu saya tak sokong mana-mana pasukan. Tapi sejak 1996, selepas Alan Shearer berpindah dari Blackburn Rovers ke Newcastle United saya mula menjadi penyokong mereka. Saya memang peminat Alan Shearer..;) Masa tu kelab ni antara yang kuat juga, kira 'top 4' dalam EPL. Tapi disebabkan pengurusan pasukan yang lintang-pukang, lama kelamaan kelab ni menjadi kelab yang lemah, dan akhir sekali tersingkir dari EPL. Ah, sakit hati dibuatnya. Saya harap musim depan The Magpies a.k.a Toon Army akan naik semula ke EPL. Jangan makin turun ke League 1 dan seterusnya ke League 2 sudah.

Thursday, August 13, 2009

Tioman 2009

Assalamualaikum semua! Maaf la sebab dah lama tak update blog ni. Sibuk semacam..;) Saya baru balik dari Pulau Tioman pada petang Sabtu lepas, ada program selama 3 hari 2 malam di sana. Kami menginap di Berjaya Tioman Beach Resort. Kalau pergi sendiri takde la duduk kat situ kan..hehe. Saya jumpa kawan sekolah rendah saya tau di sana. Nazril namanya. Dia bekerja sebagai eksekutif di Berjaya Resort tu, dan dia yang menguruskan jadual kami di sana. Sempat la kami bersembang serba sedikit perkembangan masing-masing. Eh, lupa pulak nak bergambar dengan dia. Lembap betul.

Pada pagi hari kedua, acara sukaneka diadakan. Memang seronok. Saya masuk geng Rangers (topi hijau). Nasib baik tak dapat topi merah..hehe. Kumpulan saya dapat tempat ke-2 keseluruhan. Lepas tu ada cabutan bertuah. Saya dapat cerek elektrik..;) Dapat gambar je, barangnya tuntut lepas pulang ke KL. Tapi tak berapa puas la kali ni, sebab masa snorkeling tu hujan. Hmm..ok la, sambung lagi nanti. Saya belum habis kumpul gambar daripada kamera kawan-kawan yang lain.

Menyibuk dekat "geng dapat T-Shirt"


Beraksi dalam acara 'land fishing'

Saturday, July 18, 2009

Bukan sebab Bio Aura

Minggu lepas saya buka akaun google reader saya. Haa, 54 entri yang belum dibaca? Sungguh cemburu. Banyak sungguh idea dan masa rakan blogger yang lain. "Ishh..lama gak aku tak buka benda alah ni. Jenuh nak baca ni. Sibuknya aku sekarang." Teringat 5 perkara sebelum 5 perkara...Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Sihat sebelum sakit, Lapang sebelum sibuk, Hidup sebelum mati. Adakah telah dimanfaatkan segala kesempatan? Hmm...

Dalam seminggu ni saya luangkan masa membaca entri kawan-kawan. Malaslah nak tinggalkan komen. Dah berpuluh-puluh orang komen, topik pun dah basi. Saya belek kalendar, cuba mencari jawapan...sejak tarikh bila yang saya sibuk sangat ni? Hmm..entah la, sejak awal bulan agaknya. Buat apa yang sampai sibuk sangat? Nak kata join Bio Aura, tak pula..;) Hmm...entah la Labu..

Sebenarnya Kak Jie ada hantar komen pada entri sebelum ni bertanya khabar. Haishh...rasa dirindui pula. Tu yang cari juga idea nak taip entri ni...hehe. Tapi betul la, bila kita lama tinggalkan blogging ni, nak taip entri baru dah macam tak reti pula..haha. Takpe la, nanti ada masa saya sambung lagi.

Oh ya, saya sangat gembira dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI. Sayangilah bahasa kita ok!

Saturday, June 27, 2009

MJ yang disalahkan

Saya teringat ketika menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1996. Petang tu kami menduduki kertas Kemahiran Hidup dalam suasana yang agak bising. Ada sesi 'sound check' pula di Stadium Merdeka di sebelah sekolah. Memang sesuai! Hilang tumpuan dibuatnya. Sambil jawap soalan sambil dengar muzik, sesekali mulut turut sama menyanyi kecil. Itulah jarak paling dekat antara saya dan dia. Dalam lingkungan 100 meter mungkin.

Malam tu penuh stadium dengan para peminat untuk menyaksikan konsert pertamanya di Malaysia. Kami tumpang dengar saja dari asrama. Kedengaran sangat meriah.

Bila keputusan PMR keluar, ada kawan saya tak mendapat gred yang bagus untuk subjek KH. Tahu siapa yang disalahkan? Michael Jackson..;)

Jika benar bagai dikata..."Al-Fatihah untuk Mikael".

Friday, June 19, 2009

Peluang Kerja

Bagi sesiapa yang sedang mencari pekerjaan, di sini ada senarai jawatan kosong yang boleh dipohon. Cubalah, mana tahu ada rezeki.

Wednesday, June 17, 2009

0-2

Hari Jumaat lepas saya cuti bermain futsal, tolong kawan saya (Dell) memasang papan tanda ke majlis perkahwinannya. Sesiapa yang ada nampak beberapa pemuda berkeliaran di simpang jalan sekitar Greenwood, Gombak...mungkin saya dan kawan-kawan la tu. Man, Pali, Lan dan Dell pun ada sama. Ada juga geng lain yang sibuk mencari tempat strategik memasang papan tanda. Siapa cepat, dia dapat la ye. Dah habis majlis jangan lupa cabut balik. Hmm...sorang lagi dah kahwin nampaknya. Tinggal la lagi 4 orang daripada 9 bersaudara. Aik, dah makin mengecil pula geng bujang ni. Dah jadi minoriti. Aiyoo..

Esoknya, saya dan kawan-kawan meraikan cinta Dell dan Irfa. Dapatlah jumpa dengan kawan-kawan lain. Pada hari Ahad, saya, Man dan Lan pergi ke majlis perkahwinan Ali pula..untuk kali yang kedua. Erk...orang lain dah dua kali kahwin, awak tu jugak yang belum. Waduh.. Kalah 0-2 ni.

Minggu ni harus main futsal balik, hilangkan segala tekanan... tingkatkan segala sepakan...yeah. Apa pun Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Dell dan Ali. Semoga berbahagia. Doa-doakanlah yang belum ni..;)


Tuesday, June 9, 2009

Sungguh sayu

Oh...sungguh sayu membaca Utusan Malaysia semalam. Kisah Malek Noor yang dah berubah. Saya kagum kerana dia sanggup berkongsi kisah hidupnya kepada umum.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati"

Syukurlah dia dah sedar. Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya.

Thursday, June 4, 2009

Hilang ingatan

Pada hari Isnin lepas, tidak semena-mena saya mendapat berita bahawa seorang kakitangan di tempat saya bekerja telah hilang ingatan. Terkejut saya mendengarnya, sebab baru je awal minggu lepas saya berjumpa dan berbincang sesuatu mengenai kerja dengannya. Nampak dia sihat dan aktif je. Tak sangka pula sekarang dah hilang ingatan.

Umurnya dalam lingkungan 40-an. Pada mulanya dia ditahan di wad kerana demam panas, kebetulan dia juga ada penyakit kencing manis. Semasa isteri dan anak-anaknya datang melawat, tiba-tiba dia dah tak kenal mereka. Kawan-kawan sekerja pun dia tak berapa ingat. Cuma 2-3 orang kakitangan senior saja yang dia masih ingat. Aduh...sedih saya memikirkannya.

Baru saya tahu, penyakit kencing manis yang serius boleh menyebabkan hilang ingatan. Harap dia cepat sembuh dan semoga ingatannya pulih semula.


Wednesday, May 27, 2009

Hari Ahad yang menghiburkan

Sejak 2 minggu lepas, petang Ahad saya diisi dengan menonton rancangan Masquerade di Tv3. Sungguh menghiburkan. Rancangan ni merupakan salah satu rancangan yang popular di Jepun. Setiap peserta yang mengambil bahagian boleh menjadi apa saja yang diorang nak, sama ada menggunakan kostum, prop atau anggota badan mereka sendiri. Tergelak dan kagum saya menonton aksi peserta dalam rancangan tu. Kreatif betul orang Jepun ni. Hmm..teringat rancangan Istana Takeshi..;)


Friday, May 15, 2009

Pengapit

Dua minggu lepas saya telah menjadi pengapit kawan saya (Ajie) pada majlis perkahwinannya. Dua hari berturut-turut saya jadi pengapit Ajie, sebab majlis sebelah lelaki dan perempuan dibuat 2 hari berturut-turut. Ni kali ke-2 saya jadi pengapit selepas kali pertama pada tahun 2007, jadi pengapit kepada Faizul.

Saya kalau boleh nak datang makan je masa kenduri tu..;) Tapi orang dah minta tolong, kenalah tolong..kan. Bukan orang lain, kawan-kawan rapat gak. Tapi ok gak, dapat baju melayu percuma. Sebab warna yang pengantin nak tu saya takde. Jadi kena la taja. Bukan orang lain, best man ni...;)

Ada gak mitos pasal pengapit ni kan. Apa ya? Cepat atau lambat bertemu jodoh? Hmm...apa-apa aje la.

Foto oleh: Faizul

Sunday, May 10, 2009

Untuk semua ibu

Kebersihan kereta

Bagaimana keadaan kereta anda? Adakah bahagian dalamnya sentiasa bersih dan bahagian luarnya sentiasa berkilat. Kalau ya maknanya anda sangat sayangkan kereta anda, seperti teman istimewa gitu. Setiap hujung minggu anda akan basuh sendiri kereta anda. Waa..rajinnya. Mesti kereta baru beli ni. Selalunya memang macam tu kan...masa baru beli memang semangat basuh.

Ada yang lebih senang hantar ke kedai cuci kereta saja, macam saya..;) Tapi takdelah setiap minggu. Biasanya dalam 2 minggu sekali saya hantar kereta untuk dicuci. Atau selagi saya nampak kedaaan kereta tu masih bersih, tak berhabuk sangat, saya guna saja dulu. Cuaca di Malaysia ni tak menentu, basuh selalu pun tak guna juga. Hari ni basuh, esok lusa dah kena hujan dan lecak.

Kedai cuci kereta memang boleh didapati di mana-mana, sama ada siang atau malam. Sekarang terdapat banyak kedai cuci kereta yang dibuka di pusat membeli-belah. Saya nasihatkan kepada anda jangan tinggalkan kereta di kedai cuci kereta seperti itu, dan pergi membeli-belah atau melakukan urusan lain sementara menunggu kereta siap dicuci. Mungkin kunci kereta kita disalin tanpa pengetahuan kita. Manalah tahu kan. Jadi kita kena sentiasa berhati-hati.

Kalau anda jenis yang jarang mencuci kereta, sekurang-kurangya bahagian dalam kereta perlu dijaga dan dipastikan sentiasa bersih. Takdelah malu sangat kalau tiba-tiba ada orang tumpang kereta kita kan. Itu mencerminkan keperibadian kita juga. Biasanya orang yang mempunyai anak-anak kecil memang susah sikit nak kekalkan kebersihan dalam kereta. Biasalah budak-budak kalau naik kereta, dengan makanan ringan, permainan, alat tulis dan macam-macam benda disepahkan dalam kereta.

Saya selalu hantar kereta untuk dicuci pada malam Sabtu, lepas main futsal. Dalam perjalanan balik ke rumah saya akan singgah ke kedai cuci kereta. Selalunya dalam pukul 2 pagi la, dan biasanya takde pelanggan lain pun, jadi tak perlu nak tunggu lama.

Friday, May 1, 2009

Award Mei 2009


Dah lama Umaiy bagi award ni, hari ni baru nak ambil...;)
Terima kasih Umaiy...

Sunday, April 26, 2009

Orang melatah jangan diusik

Semasa bertemu seorang kawan lelaki beberapa hari lepas, dia menceritakan kini dia mempunyai satu masalah baru iaitu melatah. Hanya baru-baru ini dia mengalami tabiat yang tidak boleh dikawal itu. Teruk dia diusik di tempat kerja. Hakikatnya dalam budaya Melayu, tabiat melatah boleh berlaku kepada sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Saya tak menganggap itu sebagai hiburan, tak berminat langsung saya nak mengusik atau membuat dia terkejut.

Malangnya ramai orang kita yang tak berfikiran begitu. Jika dapat tahu ada orang yang mempunyai tabiat melatah, pasti orang itu akan disergah, dicucuk dan diusik sepuas-puasnya. Rasanya tak pernah saya tergelak atau terhibur melihat sekumpulan orang mengusik seseorang yang melatah. Tak lucu langsung bila melihat seorang makcik diusik, disergah dan disuruh buat macam-macam. Yang mengusiknya pula bukan orang lain, selalunya kaum keluarga sendiri yang galak melakukannya. Bukankan dia patut dihormati sebagai orang tua, bukan 'dibuli' melakukan perkara yang bukan-bukan supaya kita dapat bergelak ketawa beramai-ramai. Saya sangat kesal orang kita tidak cuba mengubah situasi ini.

Saya ada menonton rancangan 'Trek Selebriti bersama Fauzi Nawawi dan Lisdawaty' beberapa minggu yang lalu. Dalam rancangan tu Fauzi dan Lisda mengusik ibu Lisda yang melatah. Perlu ke dihebahkan kepada satu Malaysia yang ibunya melatah?

Bagi anda yang suka sangat mengusik orang melatah, saya harap hentikanlah perbuatan itu, kerana selalunya orang yang suka menyakat orang melatah tu, lama-kelamaan dia akan terikut-ikut dengan tabiat itu dan akhirnya dia pula yang melatah.

"Sebelum ini, saya fikir latah hanya berlaku kepada wanita berumur. Tetapi, sangkaan itu meleset apabila saya sendiri mula melatah pada usia 22 tahun. Semua ini berpunca daripada kecenderungan saya mengusik penari senior yang melatah. Pada waktu itu, saya bertugas sebagai penari di Istana Budaya (1997)." -Noorkhiriah Ahmad Shapie (pelakon).

Monday, April 20, 2009

Nak 'smackdown'


Saya terlihat pemandangan ni di dalam surau beberapa hari yang lepas. Rasa nak 'smackdown' je. Kalau ye pun nak berehat, takkan la sampai macam tu. "If you smell...!! What The Rock is cooking..!!"

Monday, April 13, 2009

PC Fair 2009

Pada hari Sabtu lepas saya ke Plaza Imbi bersama Faizul dan Fadhli.

Saya: "You punya company ada buka booth kat PC Fair?"
Ah Weng (bukan nama sebenar): "Ada"
Saya: "Harga lagi murah ke kat sana?"
Ah Weng: "Sama saja"
Saya: "Oo...baik beli kat sini je"
Ah Weng: "Ye la, sama saja...sana ada free gift saja, tengoklah apa barang you beli"
Saya: "Takpe, esok saya pergi sana"

Semalam saya pergi la PC Fair sorang-sorang. Tengok barang-barang yang dijual. Harga memang sama la. Lagi mahal pun ada. Sebab minggu lepas saya ada tanya harga satu printer jenama HP. Saya tak beli lagi sebab nak tengok kat PC Fair dulu, mana tahu harga lagi murah. Kat PC Fair lagi mahal pula harganya. Tak jadi la saya beli.

Saya cuma beli RAM 2GB (sekarang guna 1GB je, mana cukup..) dan 'Kaspersky Antivirus 2009 for 3 users'. Saja nak cuba antivirus yang berbayar. Harganya tak mahal sangat. Kalau dihitung, sebulan cuma perlu bayar RM2.50. Ada orang membazir RM2.50 macam tu je setiap bulan. Saya pula guna untuk antivirus. Ok la tu kan, keselamatan komputer pun terjamin.

Tuesday, April 7, 2009

Hawa dan pisang

Yang mana betul? Pendingin hawa atau penghawa dingin?
Jawapan: Pendingin hawa
Kerana hawa bermaksud udara.

Cuba tukar hawa kepada udara:
Pengudara dingin. Tak faham kan..
Pendingin udara. Faham kan..;)

Yang mana betul? Pisang goreng atau goreng pisang?
Jawapan: Pisang goreng (jika bukan menggambarkan perbuatan)

Contoh 1: "Belikan saya pisang goreng" (betul)......."Belikan saya goreng pisang" (salah)
Tapi ramai orang guna istilah yang salah kan... Kalau makanan lain ok je orang sebut ayam goreng, telur goreng, nasi goreng, mi goreng...tapi bila masuk bab pisang, ramai yang gagal. Ni yang cikgu geram ni...

Contoh 2:
Ali: Aku nak pergi kedai
Abu: Aku nak goreng pisang
Ali: Ok, bagus
Sekembalinya Ali dari kedai...
Abu: Mana pisang yang aku suruh beli?
Ali: Laa...Kau kata nak goreng tadi...

Haa...kan dah salah faham tu...

Monday, March 30, 2009

Pening jika membaca

Hujung minggu baru-baru ni saya bercadang nak buat kerja-kerja pejabat di rumah. Kerja tengah banyak, masa pun singkat. Saya dah bawa balik segala data dan dokumen yang berkaitan. Tapi satu apa pun tak buat. Tiba-tiba saya buat keputusan nak ikut ayah dan emak saya balik kampung pada pagi Sabtu. Ada jemputan kahwin. Beberapa hari sebelum tu adik saya dah kata nak ikut, tapi tak jadi pula. Kesian la nak biarkan ayah saya memandu sorang-sorang. Lebih baik la saya ikut.

Petang Sabtu, makcik saya berkata, "Eh, pergi beli lilin kejap. Lilin takde ni, malam kang takde lampu.." Kami yang tengah berkumpul di depan rumah tersenyum je. "Kita tutup sendiri la, bukan diorang (TNB) tutup, kalau tak tutup pun takde siapa marah.." Oo..macam tu ke...hehehe" Jadi malam tu 'Earth Hour' di kampung la saya. Setengah jam je pun. Tiba-tiba nak kena cari barang pula. Tak perlu la semangat sangat sampai nak cari guna lampu suluh kan..

Dalam perjalanan, semasa saya memandu kadang-kadang ayah dan emak saya menghabiskan masa membaca surat khabar. Tak puas hati ni..;) Kenapa saya tak boleh. Kalau saya membaca dalam kenderaan yang bergerak mesti pening kepala. Kenapa ya? Haish...tak puas hati ni..

Thursday, March 19, 2009

Datang dan pergi

Rindunya nak menaip sesuatu di blog sendiri. Hari Isnin lepas saya selamat pulang dari kursus selama 5 hari 4 malam. Hari Selasa ambil cuti, berehat di rumah. Semalam baru saya mula bekerja. 2-3 hari ni saya hanya merayau di blog kawan-kawan dan membaca entri-entri yang belum dibaca. Berpuluh-puluh entri juga jumlahnya. Sungguh banyak idea kawan-kawanku. Setiap hari dengan entri yang baru. Saya pula yang kekeringan idea.

Pengalaman saya berkursus memang menyeronokkan. Yang tak seronoknya sebab tak dapat tengok bola. Ada perlawanan menarik pulak tu, MU lawan Liverpool. Owh...ruginya tak dapat tengok MU dibelasah. Begitulah perasaan kaki bola...;)

Sepanjang kursus ni, banyak ilmu yang saya pelajari, di samping dapat membina keyakinan diri. Memanglah terikat dengan peraturan dan jadual yang padat, tapi bagus juga sekali-sekala begitu. Jadual harian bermula seawal 5.30-6.00 pagi dan berakhir dalam pukul 11.30-12.00 tengah malam. Setiap pagi dan petang bersenam beramai-ramai. Sungguh bersemangat. Kalau tak kursus, nak bersenam sorang2 tu memang liat sikit.

Dari hari ke hari hubungan dengan kawan-kawan baru semakin rapat, khususnya hubungan dengan ahli kumpulan saya sendiri. Tapi bila dah semakin rapat, terpaksa berpisah pula. Selalu macam tu kan. Huu...sayangnya.

Maka pulanglah kami ke tempat kami,
Dengan kenangan saling mengenali,
Entah sampai bila kami saling mengingati,
Semoga suatu hari berjumpa lagi.

Saturday, March 7, 2009

Tungau tu apa?

Itulah soalan yang ditanya oleh Radhi Khalid kepada kumpulan Sepah semasa memberi komen dalam Gelanggang Raja Lawak.

Laa...tak tahu ke? Tungau tu merupakan sejenis binatang mikro yang sangat nakal...haha.

Masa kecik-kecik dulu, jika pulang ke kampung memang selalu terkena serangan tungau ni. Biasalah kan, budak-budak kalau dapat balik kampung memang seronok. Saya pun samalah. Bila balik kampung mesti leka bermain di sekitar rumah nenek. Sedar-sedar je dah kena gigit tungau. Kalau ia gigit dan pergi takpe, masalahnya ia gigit dan melekat terus. Nak mengeluarkannya juga susah kerana saiznya yang sangat halus.

Yang peliknya, tungau ni berkenan kat budak lelaki je. Tak pernah pula saya dengar perempuan kena tungau. Orang dewasa pun ia tak berminat. Perangai tungau ini sangat kurang sopan ok. Ia akan menyerang pada satu anggota badan saja. Dalam banyak-banyak tempat, kat SITU juga dia nak melekat. Sangat gatal.

Friday, February 27, 2009

Anti PPSMI

Saya menyokong mereka!


"Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi"

- Datuk A. Samad Said














"Memastikan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar tidak harus diambil ringan kerana ia satu-satunya instrumen perpaduan paling berkesan diterapkan dalam sistem pendidikan, sekali gus dapat memastikan kelestarian pembangunan negara pada masa depan."

- Profesor Diraja Ungku Aziz

*PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Wednesday, February 25, 2009

Memujuk hati

Kamu semua selalu tak menghadapi ketegangan (tension) di tempat kerja? Bagaimana cara kamu semua meredakannya ya? Janganlah bawa masalah tempat kerja ke rumah. Kasihan orang di rumah yang tak bersalah. Semalam saya mengalami perasaan itu. Komputer saya bermasalah di saat banyak kerja yang perlu dibuat. Bengang betul. Masa-masa macam tu, silap la kalau ada orang yang nak buat lawak bodoh. Lagi beberapa minit sebelum pukul 5 petang saya dah bersedia untuk pulang. Dah takde 'mood' nak buat kerja. Tik..tik..tik...tepat pukul 5.00 saya dah angkat kaki. "Waa...awal gila.." kata Mira yang duduk di meja sebelah.

Di dalam kereta, saya pasang radio kuat-kuat sampai bergegar. Sambil tu saya menyanyi kuat-kuat mengikut alunan lagu. Sungguh puas ok. Terasa semua masalah keluar dari setiap lirik yang saya nyanyikan...haha. Di dalam perjalanan, saya singgah di restoran dan makan roti nan bersama ayam tandoori. Kira nak memujuk hati la ni, kena la makan makanan yang sedap sikit. Huh...lega rasanya...hehe. Bila perasaan dah tenang, barulah boleh balik rumah. Pagi tadi saya terus format komputer saya...puas hati. Harap-harap boleh bertahan lama tanpa masalah.




Saturday, February 21, 2009

Kenderaan pertama


Dulu ayah saya mempunyai sebuah motor Vespa. Dengan kapasiti enjin 150cc, motor itu antara yang paling laju jika dibandingkan dengan motor jenama lain ketika itu. Saya masih ingat nombor pendaftarannya, JAD 1405. Masa saya kecil, saya membonceng motor dengan berdiri di depan ayah sambil memegang kepala motor. Saya suka menekan hon jika naik motor ayah. Tin..tin..tin..seronok betul. Bila dah besar sikit, kena la duduk di belakang ayah. Giliran adik saya pula berdiri di depan.

Dengan motor itulah ayah menghantar saya ke sekolah. Saya belajar menunggang motor juga dengan motor Vespa ayah. Saya masih ingat semasa berumur 11 tahun...dalam perjalanan pulang dari sekolah, jika sudah memasuki kawasan kuarters, ayah akan memberhentikan motor dan menyuruh saya pula duduk di depan dan mengawal 'handle' hingga ke rumah. Masa mula-mula susah juga sebab gearnya di 'handle' sebelah kiri dan guna klac pula tu. Lama-lama baru saya biasa. Disebabkan dah biasa menggunakan gear di tangan, saya merasa kekok ketika nak menduduki ujian menunggang motor. Motor yang digunakan oleh JPJ ketika itu ialah Yamaha 100cc. Manalah saya biasa guna motor yang gear di kaki dan takde klac ni...;) Kalau JPJ guna motor Vespa, mesti saya yang paling cekap...hehe. Nasib baik lulus juga.

Pernah satu ketika ayah saya mempunyai sehingga 3 buah motor Vespa. Masa tu saya bersekolah menengah. Ayah saya guna 1, saya 1 dan adik saya 1. Tapi sekarang satu pun takde. Dah dijual. Sayangnya...

Saturday, February 14, 2009

Award - 14 Februari 2009

Award daripada Umaiy...kali ni dapat sekali 2..



Terima kasih Umaiy..!!

Friday, February 13, 2009

Keunikan Anak Betong

Apa yang menarik di akhir sesebuah drama? Yang menarik ialah jika sedikit sedutan semasa pengambaran dipertontonkan. Lucu bila tengok pelakon tergelak atau tersilap semasa pengambaran. Kadang-kadang ketika melakonkan babak serius pun mereka boleh tergelak. Selain daripada itu macam biasa la, nama krew dan pihak yang terlibat dengan produksi tersebut disiarkan.

Tapi bila saya tertengok pengakhiran drama bersiri Anak Betong di TV3, saya rasa begitu tertarik. Di akhir drama tersebut, Sheila Rusly, Maya, Hairie Othman, Fizz Fairuz dan Ezany Nizariff membaca Selawat Shifa daripada kumpulan Hijjaz. Waa..hebatnya! Memang lain daripada yang lain. Selawat itu sungguh sedap didengar. Memang tak puas kalau dengar sekali. Tahniah diucapkan kepada syarikat JS Pictures Sdn. Bhd. dan TV3 kerana menyelitkan unsur dakwah di dalam penerbitan mereka.

*Waktu siaran: 4.30-5.30 petang, Isnin-Khamis. Ulangan: 8.35 malam di TV9

Wednesday, February 11, 2009

Itu cuma abang

Adik ada dengar bunyi yang bukan-bukan ke pada waktu tengah malam? Bunyi apa yang adik dengar? Oo..bunyi orang berjalan naik turun tangga, bunyi air di dapur, bunyi air di bilik mandi, bunyi pinggan mangkuk dan bunyi orang menggosok baju di luar pintu bilik adik. Jangan risau, itu cuma abang. Sejak kebelakangan ni memang begitu dik. Abang tengok tv sampai tertidur. Lepas tu terjaga dalam pukul 3 pagi. Barulah nak solat, barulah nak gosok baju, barulah nak kemas beg, dan macam-macam. Lepas tu tidur balik. ZZzzz...

Saturday, February 7, 2009

Bayar saman

Pada hujung bulan lepas saya semak status saman di MyEG Services. Seperti yang dijangka, ada saman yang belum dijelaskan...hehe. Ingatkan dua saja, rupanya ada empat. Semuanya kesalahan menghalang lalu lintas. Alang-alang dah semak, bayar teruslah secara online. Tak susah pun, tiru saja aksi Maya Karin...cuma perlu depakan tangan dan gerakkan ke depan, ke kiri dan ke kanan. Dalam masa beberapa minit saja semuanya selesai. Mudah kan? Kelmarin saya semak semula status saman, tapi saman-saman tu masih kelihatan di sistem. Wah, cari pasal la tu kan.. Saya terus hantar e-mail kepada MyEG Services dan bertanyakan perkara tersebut. Nasib baik selesai, kalau tak saya saman..;) Kamu semua bagaimana, ada saman yang masih tertunggak?

Friday, February 6, 2009

Jangan sia-siakan bakat mereka


Di atas adalah pencapaian Malaysia dalam Danone Nations Cup 2007 yang disertai oleh murid-murid bawah 12 tahun. Skuad Malaysia menduduki tempat ke-17 daripada 32 buah negara yang bertanding. Bagi saya Malaysia sentiasa mempunyai bakat-bakat muda yang baik dalam sukan bola sepak.Ternyata mereka boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Yang menjadi persoalan ialah apa yang dilakukan terhadap mereka pada umur mereka 13-18 tahun? Jangka masa ini merupakan masa yang penting untuk menggilap dan mengasah bakat mereka secara efektif. Adakah mereka diajar dengan teknik bola sepak yang betul? Adakah mereka dilatih oleh individu yang berkelayakan? Jika tiada program pembangunan yang berkesan, bakat yang ada tidak akan berkembang dengan baik. Maka terhasillah skuad bola sepak kebangsaan seperti yang kita ada sekarang. Sebaliknya negara-negara yang pernah Malaysia tewaskan dalam Danone Nations Cup akan berjaya melahirkan pemain-pemain bola sepak yang lebih berkualiti dan bertaraf dunia.

Monday, February 2, 2009

Bising di majlis perkahwinan

Semalam kawasan perumahan saya bising dengan suara orang menyanyi di satu majlis perkahwinan. Sungguh menyinggung perasaan ok. Kalau lagu-lagu yang dinyanyikan berentak perlahan dan mendamaikan jiwa boleh terima lagi la, ini nyanyi lagu yang jerit-jerit. Lagu Meet Uncle Hussein (Lagu Untukmu) yang menang Anugerah Juara Lagu hari tu pun ada. Bayangkan sajalah lagu tu macam mana. Ada bahagian yang kena jerit sampai nak terkeluar anak tekak. Ingat ni Battle of the Band ke? Dah la suara tak sedap. Ishh, memang tak seronok betul la kalau pergi ke majlis perkahwinan yang bising dengan muzik ni. Tetamu yang hadir terpaksa tinggikan suara untuk berbual. Kalau nak pasang lagu atau nak menyanyi sekali pun berpada-padalah sikit.

Saturday, January 31, 2009

Award dari Umaiy

Terima kasih Umaiy kerana bagi award ni...;) (walaupun dah beberapa tag dari Umaiy yang 'gagal' dijawab) Kalau jawab tag mesti dapat hadiah wang tunai atau percutian kan...hehe

*jawab dalam hati je...;)

Sunday, January 25, 2009

Hello kak

Suatu hari di pejabat...

Kak Timah: Lan..
Saya: Ya kak..
Kak Timah: Sini kejap

Saya pun menuju ke tempat Kak Timah. Lagi beberapa langkah nak sampai ke tempat Kak Timah, telefon pejabat berbunyi...tapi saya biarkan saja. Sampai di meja Kak Timah;

Saya: HELLO...
Kak Timah: Haa...kau hello kat aku
Saya: Eh, hello pulak. Tengah fikir pasal telefon la tadi..;)
Kak Timah: Kau ingat akak ni telefon ke...hahaha
Saya: Tersilap la kak...hahaha

Friday, January 23, 2009

Janji untuk bertemu

Yang mana betul?

Janji temu atau temujanji?

Frasa yang betul ialah 'janji temu' ; janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dan sebagainya.

Hmm...kamu semua ada janji temu tak minggu ni?..;)

*Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Monday, January 19, 2009

Usik-usik AJL 2008

Di samping kemenangan Faizal Tahir dalam 3 kategori iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada, sebenarnya ada satu lagi kategori yang dimenanginya iaitu Komen Terbaik;

"Selepas menang tiga trofi, saya masih fikir Meet Uncle Hussein yang akan menang Juara Lagu sebab pertandingan ini tentang lagu dan muzik. Menang vokal dan persembahan tak semestinya menang lagu terbaik walaupun Sampai Syurga juga menang kategori Balada"...Faizal Tahir

Sunday, January 18, 2009

Nak pesan boleh tak?

Jumaat lepas...(di tempat kerja)

Saya: Esok Kak Timah pergi umrah kan?
Mira: Aah...ada pesan apa-apa ke?
Saya: Takde apa la... Haa..pesan jodoh boleh tak?
Mira: Boleh! Nanti Kak Timah bawa balik orang Arab...hehe
Saya: Ok gak, bawa macam Aisha Ayat-ayat Cinta tu..;)

Secara kebetulan media player di komputer saya memainkan lagu Jalan Cinta (OST Ayat-ayat Cinta) nyanyian Serina.

Mira: Hah, terus keluar lagu Ayat-ayat Cinta...hehe
Saya: Wee...ada harapan la tu..;))

Jozan

Kamu semua tengok tak rancangan Jozan di saluran Astro Prima? Gandingan Johan dan Zizan sebagai hos rancangan itu memang menghiburkan. Mereka berdua memang serasi bersama, cuma saya agak bosan jika gaya lelaki lembut dibuat secara berlebihan, terutama oleh Johan. Sudah sudahlah tu.. Antara tetamu yang dijemput adalah seperti Shebby Singh, Chef Wan, Afdlin Shauki, Joe Flizzow, Roslin Hashim, Azizi Chunk, Emmet Butterfingers dan lain-lain. Satu perkara yang perlu diperbaiki ialah soalan-soalan yang diajukan kepada tetamu undangan mereka. Kadang-kadang saya lihat Johan dan Zizan seperti tak tahu nak tanya apa kepada tetamu yang diundang. Buat la 'homework' sikit pasal tetamu tu. Lepas tu mulalah mereka melawak yang bukan-bukan. Memang la kelakar, tapi sayanglah jika kesempatan yang ada tak digunakan untuk bertanya soalan-soalan yang lebih baik, kerana ada antara tetamu tersebut dah lama tak ditemubual di kaca tv. Janganlah sampai tetamu undangan rasa macam buang masa saja datang ke situ kan.. Tak gitu?

Monday, January 12, 2009

Disoal Mazidul

Pada hari Sabtu yang lepas saya ke rumah saudara saya kerana ada majlis pertunangan. Semasa di sana, saya telah diajukan beberapa soalan oleh seseorang yang tak jauh beza umurnya dengan saya; "Kau masih kerja kat tempat lama ke?" "Dah beli rumah?" "Dah beli kereta?" "Bila nak kahwin?" Saya menjawab setiap pertanyaan sambil tersenyum (sekadar ingin berbudi bahasa). Soalan diajukan seperti cikgu menyoal anak murid, atau seperti Mazidul Akmal Sidek menyoal pesalah. Tak salah jika nak tahu, tapi ada cara yang sesuai jika ingin bertanya soalan begitu, terutama dengan orang yang jarang kita jumpa. Kalau tak kena gaya, nampak seperti memandang rendah orang lain. Soalan diteruskan lagi.."Dah berapa lama kau kerja kat situ? Oo..dah 3 tahun lebih....'jump' la. Apa lagi nak tunggu? Dah best sangat ke gaji kat situ?" Saya cuma tersenyum..(ingat main teng teng ke, nak 'jump' sana sini).

Thursday, January 8, 2009

Saya pemandu paling berhemah

Pagi tadi ketika memandu ke tempat kerja, saya melalui jalan yang mempunyai dua lorong. Saya memandu di lorong kanan. Tiba-tiba ada sebuah van di depan saya mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan tanpa memberi isyarat. Saya terpaksa menekan brek sedikit...(cis..nak buat onar pula pagi-pagi buta ni..) mujurlah saya tak laju sangat. Saya teruskan perjalanan dengan mengekori van itu. Kemudian saya masuk ke lorong kiri kerana nak membelok ke kiri di simpang depan. Bersusun kenderaan yang nak membelok ke kiri. Van tadi masih di depan saya, dan kelihatan cuba masuk ke lorong kanan yang kosong. Tiba-tiba sebuah motor yang ditunggang agak laju datang dari arah belakang dan van tu terlanggar bahagian tepi motor tersebut. Pehh..tersungkur penunggang dan pembonceng motor tu. Tercengang saya dibuatnya. Mujurlah penunggang motor tu mampu bangun dan dalam keadaan terhincut-hincut cuba memapah pemboncengnya (mungkin isterinya) yang kelihatan separuh sedar. Van tu terus berhenti di bahu jalan. Saya terpaksa meneruskan perjalanan kerana dah lewat ke tempat kerja. Saya sempat menoleh ke arah pemandu van yang tergamam. (kau ni tak reti tengok side mirror ke?..signal pun tak bagi..) Di sepanjang perjalanan saya telah menjadi pemandu yang paling berhemah. Kedua-dua tangan melekat pada stereng. Cermin sisi dan cermin pandang belakang entah berapa kali saya pandang sebelum mengubah haluan.

Monday, January 5, 2009

Azam yang mudah

Dalam khutbah Jumaat minggu lepas, khatib menyampaikan kepada para jemaah yang hadir bahawa kita tak perlu nak pening kepala memikirkan azam tahun baru. Ada orang nak buat itulah...inilah, dan macam-macam lagi. Sudah cukup sekiranya kita berazam untuk bertaqwa kepada Allah, iaitu mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Hmm..betul la tu kan.. Cuma setiap dari kita mungkin mempunyai harapan yang berbeza untuk tahun ini. Ada yang berharap dapat anak, dapat cucu, dapat menantu, dapat naik pangkat, dapat bertemu jodoh..(uhuk uhuk..eh, terbatuk pulok) dan sebagainya. Ada juga orang yang dah lama terpisah dengan keluarga atau saudara-mara. Semoga tahun ini tersimpul kembali silaturrahim mereka.

Friday, January 2, 2009

Sambutan malam tahun baru

Kamu semua ke mana pada malam Khamis lepas? Tak keluar ke? Ataupun lebih senang duduk di rumah? Dulu ada juga saya keluar ke tempat-tempat yang mengadakan sambutan tahun baru. Tapi sekarang dah malas rasanya nak bersesak-sesak. Pada pukul 9.30 malam saya hanya keluar minum bersama dua orang kawan (Lan & Fezol) dan pulang ke rumah pada pukul 11 malam. Tenang je, tak payah nak berserabut kepala. Sampai di rumah sempat la saya menonton tv sekejap, melihat kemeriahan sambutan di Dataran Merdeka. Sebelum pukul 12 saya dah tertidur...lagi la tenang. Bila menonton berita pada 1 Januari 2009 (semalam) , macam-macam hal berlaku pada malam tahun baru. Dengan penangkapan remaja lelaki dan perempuan dalam bilik hotel, penangkapan pembaca berita dan artis dalam pesta seks, penangkapan mat rempit dan beberapa kemalangan maut. Ish..ish..ish..