Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Semalam Aishah datang (dihantar) ke rumah saya kerana ibu bapanya ada urusan di luar. Seronok saya melayan kerenahnya..;) Saya pegang-pegang jarinya.. "hmm bila la jari kau ni nak baik ya.." Jam menunjukkan pukul 5.30 petang, kelihatan abah dan emak telah bersiap-siap. Nak ke mana pula ni? Owh, rupanya nak ke Masjid Negara. Dalam masa beberapa saat mereka dah bertolak pergi. Sebelum dan selepas azan Maghrib, saya turut mengaminkan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun yang disiarkan secara langsung dari Masjid Negara. Hmm...bagaimana kehidupan kita sepanjang tahun 1429? Adakah kita terlalu sibuk dengan hal duniawi? Banyakkah kesalahan yang telah kita lakukan? Sebagai seorang manusia pasti ada kelemahan dan kekurangan dalam diri kita. Semoga segala kekurangan dapat diperbaiki, dan semoga kita semua dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T sepanjang tahun ini...Amiin

2 comments:

Anonymous said...

salam maal hijrah 1430
moga kehidupan kita akan dtg dipjgkan umur dlm keberkatan

eedany said...

Lan Bingka,

Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009

Azam 2008 yg lalu dah tercapai? Kalau belum teruskan di tahun 2009. Jangan putus asa ok.

Goodbye 2008...
Welcome 2009...