Friday, December 5, 2008

Los dan Faun

Malam tadi saya bawa adik dan sepupu saya pergi menonton Los dan Faun. Pertama kali rasanya saya menonton filem pada hari pertama ia ditayangkan. Kebiasaannya sebelum ke pawagam saya akan membaca 'review' mengenai sesuatu filem tu dulu di internet, tapi disebabkan percaya dengan hasil kerja Afdlin Shauki, kali ni saya terus je ke pawagam. Saya tak retilah nak bagi komen dari sudut teknikal perfileman, tapi yang saya ingat setelah sejam menonton, saya mula melihat jam tangan dan berkata dalam hati.."bila la nak habis ni.." Mungkin saya telah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana filem-filem Afdlin sebelum ni memang menghiburkan. Ada juga beberapa babak yang kelakar, tapi secara keseluruhannya agak membosankan. Banyak watak-watak menarik yang tak diolah dengan begitu baik. Perjalanan cerita juga agak perlahan. Pada pendapat saya, inilah filem 'Chief Kodok' yang paling mengecewakan. Sesungguhnya saya berazam takkan tengok lagi cerita ni walaupun disiarkan di tv. Inilah azam tahun baru saya.

p/s: saya cuma bersikap jujur.

13 comments:

yOnnA said...

oh my god.
saya ingat saya sorang saja yang ckp filem ni tak best.

setengah jam yang first tu,
saya dah menguap.
wondering bila nk abeh.
mata asyik tgk jam

saya pon expect more from this film..
but i was so dissapointed :(
huhu..

tapi saya suka watak ida nerina :)

selambakodok said...

thank you all for your honest feedback.

power to the people.

Afdlin Shauki

selambakodok said...

Kepada mereka yang tak percaya, tengoklah dulu sendiri dan nilaikan. Los dan Faun sedang bermain sehingga akhir minggu depan. Terimakasih kerana menyokong filem melayu.

Afdlin Shauki

Mohd Faizul Ibrahim said...

esok jugak aku pegi tengok.... heh.. untuk kepastian...heh...

Lan Bingka said...

selambakodok: sorry bro, saya cuma menyatakan dgn jujur apa yg saya rasa..

dlm blog anda ada menyatakan..
"Terus-terang saya nak cakap filem ini berbeza dari filem-filem sebelum ini...mungkin bukan untuk semua.... mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tak suka."

saya pasti ada yg suka, tapi saya termasuk dlm golongan yg tak suka...maaf ya

Lan Bingka said...

faizul: pegi la tengok dan nilai sendiri...mungkin ko suka

mungkin aku yg kurang faham..

kujie said...

masa tgok CUCI saya sudah hilang mood..... mgkn meletakkan piawaian yg terlalu tinggi.

arsaili said...

salam..impress..memang jujur..eheheh

Brother Lans said...

Aslkum Brother Lan Bingka, ni Brother Lans dari Putrajaya. Dah singgah blog Brother Lan Bingka ni menarik gak posting2 Cik Lan ni....hehehe nanti nak buat sangkutan dgn blog ini,hehehe lagi.

Lan Bingka said...

yonna: kita serupa..hehe

arsaili: saya tak nak tipu diri sendiri..;)

Brother Lans: w'salam. terima kasih, saya pun akan buat sangkutan ke blog Brother Lans.. hehehe

Anonymous said...

heheheh... aku pn xbudget xbes.. lps ko cite br aku tau... aku caye kt kwn2 aku.. tp plik gk ko ckp xbes... aku rs cite aflin kebanyakan smua bes2... tah le... tngu je la aku tgk dl...

Jard The Great said...

haha...crita tuh mmg tak best!!

chuckiesd said...

yer ker..ingatkan los n faun ni tak membosankan. Patutla hambar walaupun dah hampir seminggu berada di pawagam.