Tuesday, December 23, 2008

Aishah pun cuti

Rindunya pada Aishah. Disebabkan ibunya seorang guru dan sekarang ni cuti sekolah, lama juga Aishah tak dihantar ke rumah saya. Hari Jumaat lepas, ketika saya balik dari kerja, Aishah sedang bermain-main di halaman rumahnya. Nasib baik sebelah rumah, dapat juga tengok dia. Bulan lepas dia boleh jalan sikit-sikit je, jalan dalam 3-4 langkah lepas tu jatuh balik. Sekarang dah pandai betul, siap berkasut..;) Saya terus panggil dia dan keluarkan handphone. Budak-budak sekarang ni pandai, nampak kamera atau handphone, mereka akan senyum dan bergaya.


Ingat lagi tak apa yang terjadi kepada jari Aishah? Lukanya dah lama sembuh, tapi jarinya bengkok. Bulan depan dia perlu menjalani pembedahan untuk meluruskan kembali jarinya.

2 comments:

Anonymous said...

budak-budak baru dapat kaki..memang tak berhenti nak dijelajahnya...meneroka dunia

Lan Bingka said...

ye la kan.. mak saya terpaksa buat sekatan dgn kerusi tak nak bagi Aishah masuk ke dapur..;)