Sunday, November 16, 2008

Markah kamu rendah sedikit

Minggu lepas saya mula menjalani kursus induksi di tempat kerja. Kursus ini akan selesai pada 20 November nanti. Setiap hari saya dan lebih 70 peserta lain akan mengikuti tiga sesi ceramah di sebelah pagi dan petang. Saya suka melihat kepetahan penceramah berkata-kata. Bagusnya jika saya ada bakat seperti itu, tampak yakin sekali. Penceramah yang pandai menyelitkan jenaka dalam sesi ceramahnya pasti mendapat perhatian yang lebih. Saya paling tertarik dengan penceramah yang berperwatakan serius tapi penuh dengan kelucuan semasa berbicara. Kami yang mendengar ni punya la tergelak, penceramah itu buat muka selamba je..macam tiada apa berlaku. Tak puas hati betul saya...rasa nak geletek je penceramah tu..hehe.

Kami diberikan kertas penilaian bagi menilai setiap penceramah. Kelmarin ada seorang penceramah wanita yang suka betul guna bahasa rojak. "Integriti is kebertanggungjawaban...bla bla bla", "If anda semua..bla bla bla"..dan banyak lagi. Kalau boleh semua ayat dia nak selitkan dengan perkataan Inggeris. Seronok sangat ke merosakkan bahasa ni? Apa tak lengkap ke ayat tu tanpa perkataan Inggeris? Jika perkataan tu memang susah nak diubah ke Bahasa Melayu, ataupun jika sedang bersembang dengan kawan-kawan, saya tak kisah sangat. Pilih antara satu, nak guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, dan gunalah dengan seadilnya. Disebabkan itu, maaf...markah kamu rendah sedikit.

p/s: Saya akan tetap memanggil Bahasa Melayu itu sebagai Bahasa Melayu, bukan Bahasa Malaysia. Saya lebih suka begitu. Tak kiralah jika orang mengubah namanya kepada nama apa sekali pun, yang saya tahu bahasa yang sedang saya gunakan ini Bahasa Melayu.

5 comments:

Kujie said...

Teruskan...semakin keliru apa yang patut digunakan untuk menulis..Bahasa Melayu & Bahasa Malaysia

tapi memang sepatutnya Bahasa Melayu

arsaili said...

salam...bagi saya sepatutnya bahasa melayu..sebab ia di kongsi dengan negara kepulauan melayu..bukan hanya di malaysia. Opsss bahasa rojak...alamak saya perlu membaiki kerojakan melampau..kekadang terojak juga masa pembentangan.Good point!

Faizul said...

Salam bro..Sepatutnya adalah Bahasa Melayu...Sebabnya Nama Bahasa di berikan kepada sesuatu kaum...bukan negara...contoh bahasa arab...untuk kaum arab..bahasa tamil..untuk orang tamil..tak ada bahasa india...tak ada bahasa arab saudi...Lagi satu bahasa inggeris adalah bahasa untuk orang inggeris..mana ada bahasa great britan or bahasa amerika...logik tak... hahahahahaha...aku pun tak berapa pasti tentang benda ni...tapi aku gak-agak jer...Tapi kenapa Bahasa Melayu ditukar ke Bahasa Malaysia.. Sebab Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya oleh semua kaum...Jadi Bahasa Melayu itu adalah milik Rakyat Malaysia bukan Orang Melayu... Benar atau salah... Bijak atau tidak...Kamu yang tentukan...LU PIKIR LA SENDIRI...hahahaha

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
Bahasa Melayu ngan Bahasa Malaysia supposed Bahasa Melayu coz bahasa for orang melayu tapi kalu Bahasa Malaysia tu cam negara kan bukan bangsa

benny said...

salam.. wt pe la korg nk pening2... mgg dr dl BAHASA MELAYU kn.. mgg kdg2 korg tgk skg de yg pkai short form kn.. cm aku pkai skg.. heheheh... bkn nk merosakkan bahasa tp nk mengurangkn sakit jari.. hehehehh... 2 je. xde niat lain... tp aku pling pantang lau de kengkwn bls msg K je.. heheheh. kite tlis pnjang2, die bls K je... mgg ampehh... x ke sadis namanye...