Monday, November 24, 2008

Jangan memandang rendah persekitaran

Adakah kita selalu memandang rendah persekitaran? Tanpa kita sedari, mungkin ya. Disebabkan tiada apa yang berlaku, maka kita tidak perasan. Antara sebabnya ialah kerana kita dah terlalu biasa dengan sesuatu tempat tu, setiap hari dah lalu di situ, dah berkurun tinggal di situ, atau dah bertahun bekerja di sesuatu tempat tu. Kadang-kala kita ke suatu tempat yang jarang kita pergi, tapi disebabkan banyak tempat lain yang kita dah pergi, dan tiada apa pun yang berlaku..maka dengan tidak sengaja kita telah bersikap sambil lewa dan memandang rendah persekitaran tersebut. Jika tidak pernah sekali pun perkara buruk berlaku, mungkin kita akan terus bersikap begitu. Sikap ini secara tidak langsung memudahkan berlakunya kemalangan dan jenayah.


Saya telah ke sebuah pusat beli-belah pada hari Sabtu lepas. Bila dah selesai membeli barang yang diperlukan, hanya objek di atas saja yang kelihatan tersangkut di motosikal saya. Cis...

9 comments:

Noor Hafizah said...

Kalau sempat aku akan cipta sensor khas utk helmet dikesan... mmmm...

Lan Bingka said...

bagus la tu..suruh je student ko buat..hehe

Faizul said...

Mungkin dah lama sangat pakai kot...dia suruh beli yang baru...heh..

Lan Bingka said...

dah 2 tahun setengah aku pakai..:) ye la kot..

JuliaNa said...

alahai...hilang sudah helmet yang banyak berjasa..

Lan Bingka said...

juliana: tu la, memang byk berjasa. sayang tu..;)

chuckiesd said...

bro, kena berhati-hati lepas ni..tak ley letak jer helmet kat atas motor tu

Lan Bingka said...

chuckiesd: baik! masalahnya memang malas tul la nk usung helmet..hehe

eedany said...

hmmm...

halalkan saja. Mungkin org tu lebih memerlukan benda tu kan?

*PEACE*