Wednesday, November 12, 2008

Hati yang berubah

Semasa minum bersama beberapa orang kawan di restoran, tersentuh topik mengenai skandal di tempat kerja, tempias daripada kes Abby & Norman la ni. Hampir di setiap tempat kerja mereka ada kes hubungan antara suami dan isteri orang. Sama ada hubungan antara isteri orang & lelaki bujang, suami orang & anak dara, atau suami orang & isteri orang. Itu yang mereka tahu, mungkin ada lagi hubungan rahsia yang masih belum dihidu. Terfikir saya sejenak, mengapa perkara ini berlaku ya? Mungkin terlalu banyak masa dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah. Mungkin perkahwinan di usia yang terlalu muda menyebabkan mereka tersilap membuat perhitungan dan akhirnya menyesal dengan keputusan yang dibuat. Mungkin selepas berkahwin, banyak sifat buruk pasangan yang baru disedari. Dulu semunya indah saja. Sekarang sudah tidak boleh diterima lagi.

Ahh...ada saja perkara yang boleh menjadi punca. Kadang-kadang terbit perasaan yang bukan-bukan terhadap insan lain. Terpulang kepada kita bagaimana mengawal perasaan itu. Jika diikutkan perasaan, ia akan mempengaruhi tingkah laku, bila tingkah laku dilayan pula oleh pihak yang satu lagi, hmm...faham saja la, macam-macam masalah akan timbul.

5 comments:

Kujie said...

yang penting kedua belah pihak mesti berusaha sama2 menjada rumahtangga mereka...tak mungkin berjaya kalau masing2 ada matlamat yang berbeza.

arsaili said...

salam kenal..yea...tanda2 akhir zaman kot

Lan Bingka said...

salam kenal arsaili..;)

Faizul said...

Nak salam kenal jugak...hehe.. aku nak komen satu jer...Sayangilah Isteri anda selagi dia masih ada... Dia adalah pemberian tuhan yang terbaik untuk kamu... dan jangan sesali dan tangisi bila dia sudah pergi...

Untuk Norman Hakim... "Lu tak pandai cover line la Bro"...hehehe

.:maira:. said...

agree wit faizul.
isteri bukan hak milik.
tapi anugerah.
*ayat tiru*
hee