Sunday, October 19, 2008

Yang saya telan

Kelmarin, pejabat saya buat jamuan raya secara potluck. Masing-masing kena bawa juadah ke pejabat. Saya bawa rendang masakan emak. Penuh meja bilik mesyuarat tu dengan makanan. Jamuan bermula pada pukul 10.30 pagi hingga ke petang, maknanya selagi ada makanan atas meja tu, datang saja dan makanlah bila-bila masa pun. Nak ulang berapa banyak kali pun tak kisah. Hari tu saya telah bertukar menjadi mesin pemakan mudah-alih...yeehaa.. Banyak juga yang saya telan, antaranya spagethi, roti jala, lemang, karipap, kebab, soto, lasagna, laksam, kek coklat, kek keju, puding dan buah-buahan. Ada beberapa makanan yang tak sempat dirasa sebab perut dah penuh...lain kali mungkin saya perlu jadi mesin yang lebih tahan lasak..;)

Bila waktu pulang hampir tiba, aktiviti mengemas pun bermula. Kawan-kawan saya sibuk membungkus makanan yang masih ada sebagai bekalan kepada semua. Saya mengangkat pinggan mangkuk yang kotor ke sinki yang terletak di pantri. Bila sampai ke sinki, tiada pula orang yang mencuci pinggan mangkuk yang melambak tu, hmm..terpaksalah saya beraksi. Pada pukul 5 petang ramai yang dah balik ke rumah, tapi saya masih sibuk di sinki tu. Ada la 3 orang kawan yang tunggu misi saya selesai. Hampir sejam juga saya mencuci. Huhh..lenguh pinggang dibuatnya... Tu la, makan banyak lagi..
Bila tiba di rumah, saya sampaikan pada emak..."Mak, diorang cakap rendang mak sedap tau.." La la la la...berbunga hati mak..:)

5 comments:

Lily Abdullah said...

Apa saja masakan ibu sememangnya enak,kerana ibu memasak beresepikan kasih sayang. T/kasih untuk link dan meninggalkan jejak di blog kak Lily yang entah apa2 itu.

Salam kenal Azlan.:)

Lan Bingka said...

salam kenal kak lily..
blog kak lily memang best..

Anonymous said...

Masakan mak memang tiada tandingan. Kadang2 terfikir, bila saya jadi mak nanti, bolehke agaknya anak2 saya katakan perkara yang sama seperti yang selalu saya katakan pada mak?..uhuu..

Anonymous said...

tengok org kecik ja.. mkn mcm anak gajah.. hahaha..

Lan Bingka said...

hehe..kadang2 je tu