Saturday, October 11, 2008

Selamat berbulan madu di Dubai

Malam tadi kawan saya Hisham & isterinya berangkat ke Dubai, UAE. Mereka berdua akan bekerja di sana selama 2 tahun. Mereka ni baru saja mendirikan rumah tangga pada 8.8.08 yang lalu. Kira bekerja sambil berbulan madu la ni. Waa..seronoknya. Saya dan beberapa orang rakan pergi ke KLIA malam tadi untuk mengucapkan salam perpisahan kepada mereka. Terasa sedih juga bila tengok kakak Hisham memeluknya sambil mengalir air mata...huuu

Ada apa dengan Dubai? Ish..macam-macam. Dubai merupakan salah satu daripada 7 emiriah yang terdapat di dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ia merupakan salah satu pembekal minyak utama dunia. Beberapa dekad yang lalu, Dubai hanyalah sebuah pekan nelayan yang kecil di persisir pantai Teluk Parsi. Kini ia telah berubah menjadi pusat perniagaan dan pelancongan terkemuka dunia. Dubai juga terkenal dengan projek-projek meganya seperti Hotel Burj Al Arab, Palm Island, World Islands dan Burj Dubai.

Burj Dubai setinggi 818m yang dijangka selesai pembinaannya pada September 2009 bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia. Belum pun siap pembinaan Burj Dubai, kerajaan Dubai sudah merancang untuk membina sebuah lagi menara yang lebih tinggi. Menara tersebut akan mempunyai ketinggian sehingga 3281 kaki atau 1km dan akan mengambil masa selama sedekad untuk disiapkan. Haa...1km? ...erkk...tingginya! Arab Saudi merancang membina bangunan setinggi 1.6km manakala Kuwait pula akan membina bangunan setinggi 1001m...waa gila...gila...
.....teringat sejenak tanda-tanda akhir zaman.....


"Ana nak duduk kat tingkat atas sekali!"


Apa pun, selamat bertugas dan berbulan madu diucapkan kepada Hisham & Nisya. Jaga diri baik-baik ya!

6 comments:

Kujie said...

salah satu tempat dalam list - tempat yang ingin dilawati, tapi entah bila...:D

azlan shah said...

tu la kan..
best gak klu dpt gi sana..
teringat dulu...ade rancangan 'golden dreams'..;)

hisham said...

SALAM...SALAM RINDU DAN SAYANG UNTUK SAHABAT2 DI TANAH AIR, DARI PERANTAU DI TANAH AMBIA'...TERNYATA UDARA YANG DI HIRUP DI DUBAI, TAK PERSIS UDARA DI MALAYSIA..UDARA MALAYSIA YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG KELUARGA, SANAK HANDAI DAN RAKAN2...TAMBAHAN UDARA DI SINI BERPARTIKALKAN PASIR DAN DEBU...TAPI AKU TETAP BERSYUKUR TATKALA MELIHAT INSAN2 YANG DATANG KE SINI UNTUK SESUAP NASI...AKU DATANG MENCARI SEDIKIT KESENANGAN DAN KEMEWAHAN...INSAF...

SALAM SAYANG UNTUK RAKAN2 DAN IBU AYAH...

HISHAM,
SYEIKH ESSA TOWER,
SYEIKH ZAYED ROAD,
DUBAI UAE

Lan Bingka said...

rindu la kat korang berdua. semoga sihat selalu..;)

tunfrida said...

salaam. maaf ye tuan punya blog, saya nyelit skejap.

this msg goes to hisham,
weyy dude! aku br tahu ko di dubai. kirim salam buat nisya. semoga sukses!

cK_norm

Lan Bingka said...

tunfrida: takpe, nyelit la..