Sunday, September 28, 2008

Aishah berhari raya

Aishah merupakan anak jiran sebelah rumah saya. Umurnya baru setahun. Ibunya seorang cikgu. Setiap hari (kecuali hari cuti) ibunya menghantar Aishah ke rumah saya untuk dijaga oleh emak.

Satu hari sedang ibunya memasak, Aishah merangkak ke dapur. Mungkin nak tolong apa yang patut kot..Ibunya biarkan saja, sambil meneruskan kerja. Kebetulan ada 'blender' di atas lantai. Suisnya dah dimatikan. Tapi entah macam mana pandai pula Aishah menghidupkannya dan masukkan tangannya ke dalam 'blender' tu. Waduhh..habis berdarah jari si kecil tu. Ibunya macam tak percaya je dengan apa yang dilihat, kelam kabut dia dan suaminya bawa Aishah ke klinik.

Dah 2 minggu berlalu. Setiap hari Aishah perlu dibawa ke Hospital Selayang supaya lukanya dapat dicuci dan diperiksa oleh doktor di sana. Dua jarinya luka. Satu jari luka teruk sampai nampak tulang, satu lagi luka sikit saja. Ishh...takut saya..nasib baik tak putus. Doktor terpaksa simen sedikit tangannya supaya jarinya tak banyak bergerak. Terpaksalah Aishah beraya dengan tangan yang berbalut. Aishah...Aishah...


"Doakan jari Aishah cepat sembuh ye...boleh tolong mama masak"


3 comments:

azisazahar said...

alahai kesiannya aishah...cepat2 la sembuh

***salam aidilfitri :)

huzaimi said...

ciannnnnn aishah..

Kujie said...

alaa..ciannya...budak besar tu mana tau dok diam...

mgkn kak jie tak dpt online lagi, teramat sibuk..maklumlah....kerja setahun tu mcm nk siapkan sehari..masa ni la nk ketatkan skru..nk vacumm bawah sofa..nak belek pinggan mangkuk..ngehhh....

kakjie ucapkan selamat hari raya- maaf zahir dan batin.